Sabtu, 3 Mac 2012

Video murtad: Tunggu lagi dua minggu, kata Hasan

Jika bulan lalu bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali berkata video membuktikan berlakunya usaha memurtadkan umat Islam di negara ini akan didedahkan beberapa hari lagi, namun hari ini beliau berkata video berkenaan dijangka dapat disiarkan dua minggu lagi.

hasan ali, jati president pc at his house, klBeliau yang kini presiden NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) berkata, pada masa ini terdapat beberapa "proses akhir" masih belum diselesaikan, antaranya membabitkan jaminan keselamatan kepada mangsa yang tampil membuat pengakuan.

"Siapa dapat jamin keselamatan mereka? Jika ada, tak ada masalah untuk siarkan sekarang," katanya yang bekas exco agama Selangor itu.

Pada pelancaran JATI , 21 Februari lalu, Hasan mendakwa badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini.

NONEKatanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.

Dalam video tersebut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.

Mana boleh diam!

Malah menurut beliau, sesiapa yang berkehendakkan video itu, akan pihaknya bekalkan.

Hasan sebelum ini juga pernah mendakwa mempunyai bukti pengakuan video bahawa terdapat usaha memurtadkan orang Islam melalui pelbagai cara pelik, antaranya menggunakan Injil berkuasa solar.

azlanBercakap dalam sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan bagaimanapun berkata beliau tidak akan membuat laporan polis berhubung semua isu berkenaan.

"Kalau buat laporan, nama pihak terbabit akan terdedah bila polis siasat. Soal akidah tak sampai ke tahap itu," katanya.

Ditanya tentang gesaan Majlis Perundingan Kristian, Hindu, Buddha dan Taoesme yang mahu beliau membuktikan dakwaannya atau berdiam diri, Hasan menjawab:

"Mana boleh diam, saya ini pendakwah!" tegasnya sambil meminta badan itu berdialog dengan golongan mufti bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Selar Menteri Besar

Mempertahankan dakwaannya sebelum ini, Hasan berkata terdapat kira-kira 50 kes dalam perhatiannya sekarang.

NONEBeliau juga menyelar menteri besar Selangor kerana menuduhnya menimbulkan kegelisahan dalam masyarakar dengan dakwaan itu.

"Sepatutnya sebagai MB dan sekarang memegang portfolio hal ehwal Islam, saya menganggap sekiranya terdapat riak-riak tentang kerja-kerja memurtadkan patut dipandang serius, bukan mempersoalkan apa yang dilakukan pihak-pihak lain," katanya.

Hasan juga mendakwa kenyataan menteri besar bertentangan dengan titah Sultan Selangor yang mahu usaha berterusan bagi membanteras kerja-kerja memurtadkan seperi dalam kes Gereja Methodist di Petaling Jaya.

Berhubung isu pelantikan exco Kedah, Hasan berkata beliau yakin Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dapat menyelesaikannya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum mendapat cukup maklumat tentang perkara sebenar.

Tiada ulasan: