Ahad, 25 Mac 2012

Sukan lasak jadi tumpuan pelancong ke Kelantan

Rizal Tahir,

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menjadikan sukan lasak (ekstrem) sebagai salah satu aktiviti Tahun Melawat Kelantan (TMK@2012).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata antaranya abseiling, berkayuh basikal lasak dan lain-lain lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Abseiling 46 K PKINK yang diadakan di Menara Perbadanan PKINK, anjuran Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan PKINK.

Ianya dianjurkan sempena ulang tahun PKINK yang ke-46.

Walaupun 46 orang peserta diperlukan sebagai simbolik sambutan ke-46 PKINK, namun seramai 76 orang peserta menyertai program pada ketinggian 166 kaki dan ianya dianggap abseling yg tertinggi di Pantai Timur.

Turut mengambil bahagian Pegawai Khas Datuk Takiyuddin, Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaiddin.

Takiyuddin bagaimanapun, mencadangkan mana-mana penganjur yang ingin menganjur sukan lasak itu supaya mencari tempat yang lebih tinggi.

Katanya, ianya penting bukan sahaja untuk menguji tahap kemampuan peserta, sebaliknya untuk mencipta rekod baru

“Kelantan mungkin akan akan menjadi tuan rumah jambori volskwegan Malaysia sempena Tahun Melawat Kelantan,”ujarnya lagi.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Eksekutif PKINK, Tuan Zainal Abdul Rahim dan Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Zurina Abdul Samad.

Pengerusi Jawatankuasa Biro persatuan itu, Mohd Rozi Mohd Nor, berkata simbolik pada penganjuran program ini untuk menterjemahkan kepada umum betapa PKINK kini semakin hebat menghadapi cabaran walaupun sudah berusia 46 tahun.

Beliau yang juga pengarah program, peserta yang sebahagiannya terdiri dari kakitangan PKINK, turut menggambarkan mereka juga mampu menghadapi cabaran lasak dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Alhamdulillah kita bersyukur, program yang pertama kali dianjurkan diperingkat kerajaan negeri ini mendapat sambutan pelbagai pihak,”ujarnya lagi.

Antara yang mengambil bahagian, pelajar dari Politeknik Kota Bharu, Kolej Politeknik Mara, Bulan Sabit Merah Cawangan Kelantan, Urusetia Sukarelawan TMK dan peserta individu.

Tiada ulasan: