Dalam dunia siber dan media sosial, kita banyak disediakan ruang untuk membaca dan mengulas berita. Cuma sama ada kita menulis dan mengulas dengan bijak dan menggunakan akal dalam memberi komen tentang sesuatu berita yang sensasi, menjadikan kita berbeza antara satu sama lain.
Terdapat juga pengguna ruang elektronik yang walau ianya percuma, ulasannya masih dianggap sia-sia belaka. Sesiapa yang sering memberi komen bersifat ‘spam’ untuk artikel yang tidak disukai memang nampak seperti orang yang tidak berpelajaran dan anda tahu siapa anda. Malah, orang sperti ini juga banyak ditemui diruangan komen Malaysia Chronicle.
Di kutuk dengan melampau oleh media , apa motif mereka?
Bebalik kepada isu utama yang merupakan tajuk muka hadapan Malay Mail yang berbunyi, S'PORE SUPERMART 'INVESTMENT' POSER, etc, etc. Kita boleh membaca komen marah yang berat sebelah dan pembentangan isu itu, secara keseluruhannya mengecam dakwaan baru ke atas NFC yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin muda PKR, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin. Ini ditambah pula dengan DAP dan PAS yang seperti menabur garam di atas luka.
Seperti biasa, Pengarah NFC, menegaskan bahawa 'perniagaan sampingan' mereka bukan merupakan penyalahgunaan tetapi selaras dengan terma dan syarat-syarat pinjaman RM250 juta yang diberikan untuk projek lembu '. Bagi mereka, pembangkang hanya cemburu lalu memangil mereka "lembu dan kondominium" sehingga mereka kini dituduh mengambil kesempatan menguasai "pasar raya dan perniagaan restoran"di Singapura. Pasti rakyat Singapura yang kiasu sedang mentertawakan kita!
Saya tertanya-tanya adakah benar semua spekulasi ini daripada ahli-ahli pembangkang kita yang bijak. Jika ia apakah tindakan selepas itu? Bukan rakyat sahaja yang perlu tahu malah kerajaan juga perlu untuk mendapatkan kepastian jika berita itu benar atau tidak kerana ia melibatkan salah guna dana kerajaan yang banyak.
Apakah langkah seterusnya? Adakah kita memerlukan satu "Arahan Khas" mengenai isu ini, seperti yang dipopularkan oleh Pak Cik Lim Kit Siang? Adakah permintaan Pakatan Rakyat untuk Suruhanjaya Siasatan Diraja diadakan untuk menyiasat perkara itu, dan akhirnya hanya Suruhanjaya yang tidak mempunyai fokus atau tindakan sahaja yang akan ditubuhkan!
Begitu banyak masalah ditambah pula dengan senario ekonomi global. Tetapi mampukah kita hanya menutup kedua-dua mata dan tidak berbuat apa-apa? Adakah Perdana Menteri Najib Razak tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap NFC dan Shahrizat serta keluarga?
Bukan semua itu adalah konspirasi, dan bukan semua kes ditunda dengan sengaja
Say tidak berniat jahat kepada keluarga Shahrizat kerana saya tidak ada kepentingan dalam hal ini. Saya hanyalah seorang blogger biasa yang mengulas laporan yang saya dapati menarik. Bagi saya, ia mesti disiasat atau dibuktikan sama ada betul atau tidak.
Pada usia 69 tahun, saya juga seperti Tan Sri Yuen, bekas ketua Bahagian Khas. Kita sudah jemu dengan politik negatif dan apa yang telah berlaku di negara ini semenjak Anwar Ibrahim dilucutkan dari jawatannya pada tahun 1998. Sama ada anda berpendapat yang dia bersalah atau tidak, peristiwa itu telah meninggalkan kesan pada rakyat yang tidak bersalah dengan memecah-belahkan negara.
Bagi saya, biarkan polis melengapkan siasatan mereka terlebih dahulu dan saya menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah untuk menyelidikinya juga. Kemudian, barulah Peguam Negara boleh menggunakan undang-undang yang berkaitan untuk mendakwa pengarah-pengarah NFC atau memutuskan tiada kes terhadap mereka.
Kadang-kala, saya terfikir juga adakah jabatan Peguam Negara kekurangan pakar yang berpengalaman yang berintegriti serta teliti? Pastinya ada banyak kes jenayah yang menggunung untuk diputuskan, termasuk yang dikemukakan oleh pembangkang.
Contohnya, bolehkah anda mengira berapa banyaknya kes Anwar sahaja yang telah dibawa kepada mereka, dan adakah kes-kes ini boleh diterima kerana ianya benar atau semata-mata berniat jahat. Maaf saudara Anwar, saya membuktikan hujah berkenaan dilema Gani Patail. Bukan kes merupakan konspirasi dan tidak semua kes itu sengaja ditundakan.
Kes seperti Shahrizat ini adalah besar jadi rakyat Malaysia tentu tahu bahawa PM juga mahu ia diselesaikan secepat mungkin dan tidak membiarkan menjadi lebih teruk seperti apa yang berlaku sekarang. Ini menyebabkan integriti kita menjadi bualan negara-negara jiran terutamanya di seberang tambak Johor.
Saya ingin tahu apabila The Farmhouse Supermarket telah dibuka di Rochester Mall, adakah orang Singapura yang akan berbelanja disana berfikir apabila mereka berbaris untuk membayar, “Oh, inilah yang dimiliki oleh keluarga menteri lembu dan kondo. Saya dengar mereka amat mewah dan telah membawa wang yang banyak untuk dibelanjakan disini.”
Demi rakyat Malaysia, saya harap ini tidak berlaku.
Datuk Mustapha Ong adalah seorang comentar yang aktif, pesara diplomatik dan penyokong Umno. Beliau turut menulis artikel untuk Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan