Isnin, 5 Mac 2012

Mula dari belakang di Lynas: Tanda korupsi makin kuat

Maclean Patrick, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Loji penapisan nadir-bumi Lynas telah menjadi sarang kontroversi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang giat berusaha untuk menjustifikasikan perlunya kita mempunyai kilang penapisan yang berharga RM700 juta untuk beroperasi di sebuah bandar kecil di negeri kelahirannya.

Menurut Najib, kerajaan telah mengkaji semula operasi Lynas Corp dan firma ini telah diberi garis panduan yang ketat untuk diikuti. "Kami tidak akan memberikan lesen operasi melainkan kami berpuas hati bahawa masyarakat setempat boleh menerima projek ini dan ianya selamat," katanya kepada akhbar berikutan Himpunan Hijau 2.0 yang dihadiri oleh 20,000 orang pada hujung minggu lalu.

PM juga menyatakan bahawa salah satu syarat yang dilampirkan kepada Lesen Operasi Sementara Lynas Corp ialah pelupusan bahan sisa toksik mesti dilakukan di lokasi terpencil, jauh dari masyarakat setempat. Tetapi ini tidak dapat memberikan ketenangan atau membantu untuk memberi jaminan kepada rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Gebeng, Pahang, di mana letaknya kilang itu.

"Jika nadir bumi yang diproses oleh Lynas tidak toksik, ia akan memerlukan kaedah yang berbeza untuk pelupusan. Tetapi tahap ketoksikannya adalah suatu perkara yang subjektif dan tidak boleh dipandang ringan," Robert Phang, anggota eksekutif majlis Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan bekas ahli Perundingan SPRM dan Panel Pencegahan Rasuah, berkata dalam satu kenyataan.

"Australia adalah jauh lebih besar daripada Malaysia tetapi mereka sendiri tidak membenarkan adanya loji seperti itu di tempatnya. Sebabnya amat jelas. Sepertimana Malaysia tidak sepatutnya membenarkan Australia mempergunakan tanah ini sebagai tempat untuk melambakan bahan bertoksik itu. Jika kerajaan meluluskan loji di Lynas dengan menerima semua risiko yang ada, ia tidak dapat dielakkan kenapa rakyat timbul syak ada rasuah yang terlibat dalam projek ini. "

Korupsi yang paling jahat

Sesungguhnya, aduan rasuah - yang tidak pernah lekang dari senario di Malaysia – semakin banyak berlaku jika diperhatikan cara pihak pentadbiran Najib dengan sedaya upaya cuba untuk memastikan projek ini tetap berjalan.

Sementara itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Koh Tsu Koon, menegaskan pencarian untuk tapak pelupusan yang sesuai untuk bahan buangan daripada operasi Lynas akan melibatkan empat kementerian. Walaupun melibatkan seratus kementerian sekali pun, ia tidak akan sedikitpun mengurangkan risiko pencemarannya nanti.

Setakat ini, perbincangan berterusan meliputi Sains, Teknologi dan Inovasi; Kesihatan; Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Sumber Asli dan kementerian Alam Sekitar. "Saya juga telah bercakap mengenai isu ini dalam kabinet, dan rakan-rakan saya dalam Kabinet telah membuat kenyataan untuk meminta Lynas mengalihkan tempat bahan buangan mereka," kata Koh.

Pengkritik Lynas yang mahu kerajaan menghentikan pembinaannya dan mengarahkan Perlesenan Tenaga Atom, Lembaga (AELB) untuk menarik balik keputusan untuk memberikan Lynas lesen operasi sementara (TOL), yang akan membenarkan ia untuk memulakan tempoh percubaan selama duan tahun. Mereka mendakwa bahawa pelombong Australia itu tidak memberikan jaminan yang mencukupi tentang bagaimana ia akan mengendalikan sisa radioaktif peringkat rendah yang akan dikeluarkan oleh kilang penapis itu. Mereka juga menegaskan bahawa pelan untuk lokasi tapak pelupusan bahan buangan kilang penapisan "benar-benar tidak masuk akal" dan mencerminkan pemahaman yang cetek tentang sistem ekologi dan terang-terangan tidak menghiraukan alam semula jadi. "

Kenapa mula dari belakang?

Malah, pentadbiran Najib nampaknya telah melakukan kerja dari belakang. Kemudahan telah dibina sebelum TOL dikeluarkan dan walaupun Najib memberi jaminan bahawa masyarakat setempat akan berpuas hati bahawa projek adalah selamat sebelum memberi lampu hijau. Isyarat rasa tidak puas hati bukan sahaja kuat tetapi ia juga telah menunjukkan sokongan dari seluruh negara yang terbukti pada kempen anti-Lynas di Kuantan hujung minggu lalu. Beribu-ribu hadir pada Himpunan Hijau 2.0 yang dianjurkan oleh penduduk Gebeng, para aktivis dan ahli parlimen PKR Fuziah Salleh untuk membantah loji penapisan Lynas.

Tidak dinafikan, ada sesuatu yang tidak kena dengan Lynas dan ia bukan sahaja berkenaan kesan alam sekitar akibat bahan sisa radioaktif yang mungkin berlaku, terdapat juga kebimbangan mengapa pentadbiran Najib boleh membenarkan industri yang "kotor" ini untuk bermula di Malaysia.

Pertama, dengan membenarkan penapisan nadir-bumi di Negara ini, adakah ini akan membuka pintu bagi Malaysia untuk menerima industri-industri "kotor" yang tidak diingini oleh negara-negara lain dalam dunia? Adakah Malaysia yang jauh tenggelam dalam kemerosotan ekonomi tidak mempunyai pilihan dan selain menjadi "tandas" semata-mata pada dunia untuk mengelakkan diri dari kemelesetan ekonomi?

Ingat, Lynas yang berasal dari Australia tidak mendapat permit daripada kerajaan sendiri untuk menubuhkan kilang penapisan dan Australia adalah benua yang mempunyai kawasan pedalaman yang luas dan tidak berpopulasi. Apabila kerajaan Australia mengelakkan diri daripada terpaksa berurusan dengan sisa radioaktif, Najib dengan mudah tertipu dengan tawaran itu, dan mendirikan kilang penapisan itu di negeri asalnya sendiri.

Terdapat juga rancangan untuk membina loji melebur aluminium di Bintulu, Sarawak. Sekali lagi, ini adalah tanda bahawa Malaysia sedang meletakkan dirinya sebagai tempat ‘selamat’ bagi industri "kotor" dengan bahan buangan berbahaya dimana tiada orang lain yang mahukannya.

Kini hanya mencari tempat pelupusan? Bagaimana ini boleh berlaku?

Kedua, mengapa kerajaan Najib, kini hanya mencari tempat untuk melupuskan bahan buangan Lynas? Mengapa tapak pelupusan dicari selepas pengeluaran TOL? Bukankah tapak pelupusan patut tersebut dikenal pasti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa TOL? Bukankah ada notis yang sepatutnya diberikan kepada penduduk berdekatan dengan tapak pelupusan itu? Mengapa ini dilakukan dengan tidak cekap dan profesional? Bukankah ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari penduduk dan rakyat Malaysia?

Sekali lagi, ini adalah petanda bahawa perkara ini telah dilakukan secara terbalik oleh pentadbiran Najib dan dengan sengaja. Tetapi, bukankah ini modus operandi pentadbiran Najib dan bagaimana ia menjalankan urusannya. Sama ada Najib sedar atau tidak, ia adalah seperti dia mengadakan suatu projek, memaksa rakyat dan penduduk untuk menerima sahaja. Dan apabila kejadian yang tidak diingini berlaku seperti di kilang penapisan nadir bumi Bukit Merah di mana pencemaran radioaktif telah membunuh beberapa orang dan meninggalkan berpuluh-puluh cacat - kerajaan BN hanya akan buat tidak tahu sahaja.

Bersungguh-sungguh untuk menghidupkan tragedi Bukit Merah

Amat sedikit yang diketahui tentang kes Bukit Merah. Malah di Barat, ia langsung tidak diketahui kerana pengendali loji, Mitsubishi Chemical, secra diam-diam bersetuju untuk menyelesaikan masalah tanpa adanya tindakan undang-undang. Penunjuk perasaan tempatan telah menghubungi aktivis alam sekitar Jepun dan ahli politik, yang membantu memujuk syarikat-pentingkan imej ini untuk menutup loji penapisannya pada tahun 1992 dan kemudian membelanjakan sebanyak USD100 juta untuk membersihkan tapak.

Pekerja-pekerja dalam pakaian keselamatan telah mengeluarkan lebih daripada 11,000 trak penuh bahan tercemar radioaktif, menangkut apa sahaja peninggalan kilang itu yang dicemari walaupun jauh dibawah tapak, hampir sedalam 25 kaki. Untuk melupuskan bahan radioaktif, jurutera terpaksa memotong bahagian atas bukit yang terletak tiga batu jauh di dalam hutan simpan, dan mengebumikan bahan beradioaktif di dalam teras bukit dan yang lebih daripada 20 kaki dan ditimbus dengan tanah liat dan granit. Setakat ini, penduduk Bukit Merah – seramai 11,000 orang telah mengalami lapan kes leukemia dalam tempoh lima tahun. Tujuh daripada mangsa leukemia itu telah meninggal dunia.

Rakyat mesti menentang kerajaan yang zalim

Tekanan untuk menutup kilang penapisan Bukit Merah datang daripada penunjuk perasaan tempatan dan Jepun dan bukan kerajaan BN, yang pada masa itu dipimpin oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, yang juga telah meluluskan projek itu.

Pada tahun ini, 2012. Tanpa mengambil iktibar dari pengalaman pahit berdekad yang lalu, kerajaan BN yang kini diketuai oleh Najib nampaknya cuba untuk mengulangi sejarah itu. Yang pasti, apabila pilihan raya umum ke-13 dimenangi BN, kerajaan persekutuan pasti akan melaksanakan sahaja projek Lynas ini.

Sekali lagi, ianya terpulang kepada rakyat Malaysia untuk bangun sebelum terlambat supaya dapat menghentikan perbuatan merosakkan generasi ini dan orang-orang yang mereka yang akan hidup selepasnya.Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: