Jumaat, 9 Mac 2012

Di pentas global: surat Dr M kepada Israel mendedahkan kejahilannya

K Suresh, Malaysia Chronicle


Jika surat bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, bertarikh 8 Jun 1999 kepada bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak dan 2 surat yang lain ke Tel Aviv dijadikan panduan, kita boleh meneka bahawa surat lain yang ditulis kepada pemimpin-pemimpin dunia mingkin serupa sahaja dari segi kebodohannya.

Tiga surat (sila skol ke bawah) kepada Israel mempunyai kandungan yang sama kerana dengan angkuhnya cuba untuk memberi amaran tapi sebenarnya tidak sedar diri kerana menyibuk perihal orang lain di arena antarabangsa. Mereka yang tinggal di rumah kaca tidak patut membaling batu kepada orang lain.

Jika surat-surat Mahathir pada bekas PM Israel menunjukkan pendirian tegasnya terhadap konflik Palestin, kita masih tidak akan mempunyai persefahaman dengan mereka kerana sesuatu yang tidak masuk akal tidak akan boleh diterima. Surat-surat itu tidak membawa apa-apa maksud. Ia hanyalah kertas yang penuh kontradiksi dan kurang kefahaman terhadap sejarah. Mahathir juga telah membuka ruang kepada orang lain untuk mengkritik sikap hipokritnya, menasihati orang lain tetapi di dalam negara sendiri, penindasan kaum berlaku dengan dasyat sekali.

Cakap besar depan orang kampung

Mahathir mungkin juga tidak banyak kerja di ofis, oleh itu dia mempunyai masa untuk menulis surat yang tidak bermakna itu.

Dia mengambil peluang dalam surat itu untuk mengulangi propaganda mengenai Dasar Ekonomi Baru, dengan mengambil contoh "Tanah Melayu" di Selatan Thailand dan semua orang di Malaysia amat gembira, jelas sekali dengan kepimpinannya. Sebenarnya, British yang merampas bahagian selatan Semenanjung Kra yang diduduki oleh Orang Asli- ia didiami oleh setinggan pendatang haram dan pelarian, pelarian jenayah dari pulau-pulau jiran - dari kerajaan Thai setelah terletusnya dua peperangan. Matlamat British adalah untuk menanam getah dan melombong bijih timah.

Kandungan yang lebih penting dalam surat adalah, Mahathir mahu mengambil kesempatan ke atas nasib Palestin dan bercakap besar sahaja supaya dia boleh nampak seperti hero. Jika boleh, ahli politik seperti Mahathir dalam dunia Islam mahu penderitaan rakyat Palestin untuk kekal selama-lamanya supaya mereka boleh bermain politik dengan isu tersebut.

Jahil sejarah, undang-undang dan agama

Dari sudut mana pun, surat-surat ini hanya menampakkan kejahilannya terhadap undang-undang, sejarah dan agama.

Tanah Suci sekitar Jerusalem adalah milik penganut agama Yahudi dan Kristian, walaupun tentera Islam menang semasa Perang Salib, Tanah Suci Islam adalah di Mekah dan Madinah. Pengusiran Rom terhadap majoriti orang-orang Yahudi yang menyebabkan diaspora adalah sesuatu yang umum diketahui dalam sejarah. Orang-orang Yahudi yang diusir berjanji untuk kembali semula tanpa mengira keturunan. Kini, dunia terpaksa menerima kenyataan itu. Tiada sesiapa yang waras akan melupakan usaha untuk mendapatkan semula sebahagian dari Tanah Suci, hanya kerana Tuhan dan Adat, untuk orang Islam yang hidup setinggan tetapi orang Yahudi bersedia untuk berbuat demikian dalam pertukaran untuk keamanan dan keselamatan.

Menarik juga jika pemimpin Israel menjawab surat Mahathir dengan menimbangkan bahawa Malaysia tidak mengiktiraf negara Israel. Mungkin juga Mahathir tidak menerima sebarang jawapan kerana surat-suratnya adalah suatu penghinaan yang dikira bertujuan untuk memprovokasi dan memberi tekanan kepada warganegara Israel, Arab - Islam dan Kristian dan Yahudi.

Bukan untuk menyinggung rakyat Palestin, Mahathir mencadangkan bahawa pengemis - pemimpin korup Palestin - boleh memilih. Kerajaan Tel Aviv telah menyentuh mengenai aspek ini sebelum ia mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan mempersoalkan apa yang mereka dapat. Ini adalah satu tragedi kerana pemimpin yang korup, tanpa perasaan tanggungjawab, boleh dibeli dengan mudah melalui wang dan harta. Mereka boleh mengkhianati perjuangan rakyat Palestin atas sebab-sebab kepentingan sendiri.

Amalan baik bermula di rumah

Mahathir bercakap tentang perjanjian antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). PLO bukanlah sebuah negara, atau pihak yang boleh dirunding, tetapi sering menyebabkan pertumpahan darah dan dilabel organisasi pengganas. Sememangnya tiada perjanjian boleh diuat dengan PLO. Tetapi, telah ada perjanjian Israel dengan Pihak Berkuasa Palestin yang telah diberi kuasa oleh kedua-dua belah pihak supaya tidak berbalah.

Amal jariah bermula di rumah. Jika Mahathir begitu bimbang tentang mematuhi perjanjian, dia boleh sepatutnya mematuhi Perjanjian Malaysia 1963 di mana Sabah dan Sarawak bersetuju untuk membentuk Persekutuan Malaysia sebagai rakan kongsi yang setaraf dengan Singapura dan Malaya.

Malaysia perlu memikirkan semula pendirian dan berprinsip yang konsisten terhadap Palestin. Ia tidak mempolitikkan isu ini, tentang pendustaan terang-terangan dan menyalah tafsirkan undang-undang, sejarah dan agama. Orang-orang Kristian di Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak akan bersetuju dengannya.

Pokoknya, masalah di Palestin bermula dengan British Trans-Jordan Mandate dan bukanlah orang Yahudi yang merampas tanah Arab seperti yang didakwa Mahathir. Badan dunia itu telah mewujudkan dua negara, Israel dan Palestin, seperti yang disyorkan oleh 24-Nation UN Decolonization Committee. Jadi, persoalan merampas tanah orang lain tidak timbul.

Oleh itu, Orang Asli di selatan Semenanjung dan masyarakat asli di pulau-pulau berdekatan di Indonesia perlulah bersama-sama menuntut keseluruhan kawasan tanah yang diduduki oleh Republik Singapura.

Penempatan di wilayah yang diduduki, merupakan isu lain yang hanyalah merupaka satu peratus daripada masalah pendudukan disitu. Ia menjadi sebahagian daripada usaha berterusan Israel untuk keselamatan dan boleh juga ditukar dengan kawasan alternatif, seperti yang diakui oleh rakyat Palestin sendiri, semasa proses damai. Israel tidak akan membina penempatan di atas tanah yang dihuni jika Hamas berhenti melancarkan roket.

Jika rampasan tanah adalah isu pada Mahathir, Kerajaan Malaysia harus melihat pada diri sendiri dan memeriksa rekod tanah Orang Asli, Penan di Sarawak yang dihalau keluar dari hutan nenek moyang mereka, dan juga Dayak serta Dusun yang kehilangan tanah NCR mereka kerana dirampas oleh syarikat perladangan yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia. Di Sabah, Felda telah pun mempunyai hak ke atas 306,000 ekar tanah NCR dan enggan memberi balik kepada kaum asli apa yang mereka telah dicuri.

Keengganan untuk mengadakan pilihanraya umum

Punca masalah di Timur Tengah adalah Palestin dan negara jiran Arab tidak menerima dan menghormati undang-undang antarabangsa. Mereka menentang Israel, menyerang negeri yang baru itu, dan terpaksa menerima akibatnya hingga ke hari ini. Negara-negara Arab tidak menyerang Israel hanya sekali pada tahun 1948 tetapi juga pada tahun 1967 dan terus menyerang negeri itu sehingga hari ini.

Akibat daripada peperangan yang berterusan antara Israel dan Palestin kita terpaksa menerima hakikat bahawa tidak ada negara akan wujud selagi tidak ada jaminan keselamatan pada Israel.

Bagi rakyat Palestin pula, tidak akan ada pembentukan sebuah negara untuk mereka kerana Israel tidak mendapat jaminan keamanan. Rakyat Palestin perlu berdamai dengan Israel dan mereka hanya boleh berbuat demikian melalui peti undi.

Walau bagaimanapun, kedua-dua Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat dan Hamas di Semenanjung Gaza tidak bersetuju setakat ini untuk mengadakan pilihan raya bagi membolehkan rakyat memilih pemimpin mereka sendiri. Nampaknya bahawa mereka takut dikalahkan oleh pemimpin-pemimpin baru. Mereka mendesak untuk mewakili rakyat Palestin dalam rundingan damai dengan Israel tanpa mendapat mandat daripada mereka untuk menjadi wakil. Tiada locus standi!

Menunggu rakan untuk berdamai

Israel, dalam keadaan ini, hanya boleh melihat dan menunggu untuk berdamai di sebelah Palestin. Ia mustahil untuk berlaku dalam masa yang terdekat kerana rakyat Palestin telah kehilangan kedaulatan mereka, di bawah undang-undang antarabangsa, oleh kerana kelompok kecil dalam Palestin dan Hamas.

Seperti Iraq di bawah Saddam Hussein, satu-satunya cara rakyat Palestin akan dapat kembali kedaulatan mereka adalah jika tentera persekutuan antarabangsa mengalahkan klik kecil yang mencengkam rakyat. Tentera perlu menjadikan Pihak Berkuasa Palestin dan Hamas menjadikan mereka contoh kepada mereka yang zalim.

PBB perlu campur tangan di peringkat ini, seperti di Iraq, dan menubuhkan pentadbiran interim untuk membuka jalan kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan supaya boleh menyedikan mereka untuk pilihanraya yang bebas dan adil sebagai langkah pertama.

Pilihan raya di wilayah yang diduduki yang memberikan Palestin langkah pertama ke arah hubungan dengan Israel dan bergerak ke arah penyelesaian dua negara.

Di pihak Israel, pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun dan akan berlaku perubahan kerajaan. Rakyat Palestin, jika mereka mahu boleh memilih pemimpin mereka sendiri, yang akan berurusan dengan kerajaan Israel. Israel dan PBB akan menerima keputusan jika rakyat Palestin mempunyai wakil yang sah pada rundingan damai.

Sementara itu, rakyat Palestin di wilayah yang diduduki mendapati Israel merupakan rahmat bagi mereka kerana ia menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan ekonomi yang tidak wujud di sebelah sempadan mereka akibat korupsi yang masih perlu dihapuskan.

Kerajaan Tel Aviv juga mengutip cukai di Tebing Barat bagi Pihak Berkuasa Palestin. Perlu diingat, Israel tidak lagi mengutip cukai di Semenanjung Gaza yang Tel Aviv dianggap tanah asal rakyat Palestin selepas penghijrahan mereka berabad yang lalu daripada Phoenicia (Lubnan).

Malaysia Chronicle

Surat pertama pada Yitzhak Rabin

KUALA LUMPUR, Feb 29 (Bernama) -- Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel pada tahun 1993, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

21 Disember 1993

Tuan Yang Terutama

Tuan Yitzhak Rabin

Perdana Menteri Israel

JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober yang memaklumkan kepada saya tentang Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kami menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya ia adalah satu langkah awal untuk merealisasikan penyelesaian yang lebih komprehensif berkaitan masalah di Timur Tengah.

Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara yang saya wakili pada Persidangan Penderma telah menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji akan memberi sumbangan kewangan walaupun sedikit, kepada rakyat Palestin bagi membantu mereka memulakan tugas-tugas baru.

Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Kerana prinsip umum, Malaysia bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sebelum itu, saya ingin melihat kemajuan dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin adalah punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian yang baru ini di antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap akan ada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

- BERNAMA

Surat kedua kepada Benjamin Netanyahu

KUALA LUMPUR, Feb 29 (Bernama) -- Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada tahun 1997, yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA

14 Mac 1997

Tuan Yang Terutama

Tuan Benjamin Netanyahu

Perdana Menteri Israel

Jerusalem

Surat tuan bertarikh 23 Januari telah saya terima semalam. Saya amat menghargai usaha tuan untuk memaklumkan kepada saya berikutan situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara itu telahpun berubah dengan cepat.

Malaysia percaya keamanan adalah penyelesaian antara dua negara berjiran yang boleh dicapai menerusi rundingan. Sebagai jalan terakhir, kami harapkan ada pihak ketiga. Dalam pertikaian wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami telah bersetuju untuk menyerahkan penyelesaian itu kepada Mahkamah Dunia untuk diputuskan. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand tentang wilayah perairan berjaya diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan adil.

Di dalam negara, ketidak adilan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang telah diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan mendapat bahagian yang lebih besar dalam ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan pendatang. Setiap orang menikmati bahagian yang adil sekarang dan mereka agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak kacau bilau.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Israel telah merobohkan rumah orang Arab dalam usaha mendirikan penempatan bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, tidak ketinggalan sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk ancaman Syria. Namun, ancaman mereka hanyalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan terpaksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, mereka akan bertindak secara ganas terhadap tuan dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak mampu bertindak balas atau menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira betapa seriusnya ia. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah untuk mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan mematahkan jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Pertimbangkanlah semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Matlamat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang patut dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap para belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka sudah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Apabila mengimbau semula orang Yahudi yang diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka telah mendapat perlindungan dari orang-orang Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai musuh selamanya. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka sedang dirampas. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah asli Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita terlalu mengenang masa lampau, kita tidak akan boleh hidup berjiran.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum komited dan mengakui apa yang dibuat oleh Kerajaan Israel tidak sah. Kami ingin sebaik sahaja hubungan wujud dengan pihak tuan, ia akan menjadi hubungan yang abadi.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD – BERNAMA

Surat ketiga kepada Ehud Barak

KUALA LUMPUR, Feb 29 (Bernama) -- Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel, pada tahun 1999, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSI8 Jun 1999

Tuan Yang Terutama

Encik Ehud Barak

Perdana Menteri Israel

TEL AVIV

Tuan Yang Terutama,

Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini.

Dengan mandat yang cukup membanggakan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di abad yang baru.

Saya mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan.

Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel.

Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansur.

Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel.

Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel.

Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnya mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.

Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain.

Malaysia tidak dapat membenarkan keganasan digunakan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghancurkan tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak bersikap jujur dalam mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan.

Ini mestilah berdasarkan pada prinsip "pertukaran tanah untuk perdamaian" dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen.

Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas

Dr Mahathir Bin Mohamad

-- BERNAMA

Tiada ulasan: