Ahad, 25 Mac 2012

Bagaimana mahu membanteras korupsi

Tok Janggut,

Untuk menentukan sesuatu itu mempunyai integriti ataupun pemarkahan tinggi dalam pentadbirannya, pihak ketiga yang tidak berkepentingan perlulah melakukan kajian dan pemarkahan mereka sendiri.

Najib menerusi NKRA nya telah menyatakan bahawa beliau komited dalam melaksanakan perang terhadap korupsi dan akan terus memastikan ia berjaya sewaktu mengambil jawatan sebagai perdana menteri dan akhirnya pada pada Isnin (27 Julai 2009), beliau telah melancarkan NKRA negara.

NKRA bagi rasuah ialah:

2) NKRA yang kedua – Memerangi rasuah

• Kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004.

• Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemas kini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.

• Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Manakala dari segi peningkatan penguatkuasaan, kerajaan telah pun menaikkan taraf badan pencegah rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif.

(http://pmr.penerangan.gov.my/index.p...gara-nkra.html)


2 tahun sudah berlalu dan 2 kali kajian korupsi telah dilakukan oleh Transparency International (http://www.transparency.org/) sebuah badan berkecuali yang menjalankan kajian persepsi korupsi terhadap lebih 100 negara di seluruh dunia. Demikian adalah keputusan tersebut:

2009 - Ranking 56 (http://www.transparency.org/policy_r...cpi_2009_table)

2010 - Ranking 56 (http://www.transparency.org/policy_r...i/2010/results)

2011 - Ranking 60 (Indeks 4.3) (http://cpi.transparency.org/cpi2011/results/)

Sedangkan pada zaman Tun Mahathir meletak jawatan pada tahun 2006 dan Pak lah mengambil alih pada tahun 2006, Ranking Malaysia pada masa tersebut ialah pada kedudukan 43 dengan indeks 5.1 (http://www.infoplease.com/ipa/A0781359.html)

Bagaimana Mencapai negara tanpa korupsi?

New Zealand, Denmark, Finland dan Sweden pada setiap tahun di nobatkan sebagai antara negara yang mempunyai indeks korupsi terbaik dan juga ranking terbaik. Maka kajian telah dilakukan apakah yang menyebabkan negara ini yang ada di antaranya suatu masa dahulu adalah negara yang amat korup, mencapai indeks terbaik adalah:

1. Komitmen pemimpin mereka menentang korupsi

2. Penguatkuasaan undang-undang yang efisen.

3. Sistem integiriti kebangsaan yang berkesan dan yang menjadikan ia berkesan ialah:

i) Kebebasan akhbar (akhbar nasional tidak dikawal oleh mana-mana parti politik - melainkan itu akhbar parti)

ii) Kebebasan rakyat mengetahui bagaimana kerajaan membelanjakan bujet dalam bujet negara mereka.

Jadi bagaimana ia dilakukan:

* Pendedahan infomasi bujet menutup pintu kepada pecah amanah. Maka, negara-negara didunia sepatutnya mendesak agar didedahkan infomasi bujet kepada rakyat. The Open Budget Index menunjukkan negara seperti sweden membenarkan rakyat melihat secara terperinci bagaimana kerajaannya membelanjakan duit yang telah dibujetkan.

Dalam indeks ini malaysia mempunyai ranking 39 (100 terbaik dan 0 terburuk) dan antara negara yang memberikan info minima kepada rakyat (extensive info, Significant, Some, Minimal dan scant or no infomation.) http://internationalbudget.org/wp-co...0_Rankings.pdf

* Codes of conduct for public servants. Denmark mewajibkan pada setiap bulan menteri mendedahkan perbelanjaan bulanan perjalanan dan juga hadiah mereka.

* Legal framework criminalising a wide range of corruption related abuses and an independent and efficient judiciary.


Bolehkah kerajaan sekarang ini menentang korupsi?


Setelah lebih 50 tahun berkuasa, pemerintah sekarang ini tidak dapat tidak terikat dengan "business transactions" ataupun usahawan-usahawan yang mempunyai perniagaan. Usahawan ini akan memastikan bahawa "orang" mereka berkuasa agar mereka terus kaya. Mereka akan memastikan bahawa kepentingan mereka terjaga.

Maka, setiap (kalau tidak pun kebanyakan) keputusan kerajaan adalah berdasarkan kepada kepentingan perniagaan ini. Suatu keputusan tersebut bukan dilakukan untuk kepentingan massa sebaliknya kepentingan beberapa indvidu.

Contoh mudah adalah konsesi TOL malaysia. Dan ini adalah satu berita tersebut:

Kebocoran trafik: Kerajaan lanjut tempoh konsesi tol Grand Saga

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kerajaan melanjutkan tempoh konsesi tol kepada Syarikat Konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn. Bhd. selama tiga tahun lagi bagi menyelesaikan isu kebocoran trafik di lebuh raya itu .

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, tempoh konsesi syarikat terbabit yang sepatutnya tamat pada tahun 2027 terpaksa dilanjutkan sebagai satu bentuk rundingan bagi memberi kebenaran kepada penduduk Bandar Mahkota Cheras menggunakan jalan susur tanpa melalui tol.

“Tempoh konsesi asal ialah selama 30 tahun bermula 1995 sehingga 2025. Namun penstrukturan semula kadar tol pada tahun 2002, tempoh konsesi dilanjutkan selama dua tahun sehingga 2027.

“Isu kebocoran trafik di bandar Mahkota Cheras pula, sebagai langkah penyelesaian, kerajaan telah berunding dengan syarikat konsesi terbabit dan bersetuju untuk memberi lanjutan tempoh dari tahun 2028 hingga 2030,” katanya dalam jawapan bertulis terhadap pertanyaan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Shaziman berkata, kerajaan telah menjelaskan pampasan dalam bentuk tunai sebanyak RM105 juta kepada syarikat konsesi berkenaan disebabkan penstrukturan semula kadar tol pada tahun 2002.

Katanya, berdasarkan perjanjian konsesi tersebut juga, kadar tol di lebuh raya itu akan menerima kenaikan pada tahun 2013.

“Bagaimanapun, kerajaan ketika ini masih mengkaji pilihan-pilihan lain yang boleh dipertimbangkan sebagai langkah meringankan beban yang bakal ditanggung oleh pengguna di lebuh raya itu,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak RM585.5 juta jumlah kutipan tol diperolehi sejak ia mula beroperasi pada tahun 1999 sehingga 31 Disember tahun lalu.

Katanya, jumlah tersebut adalah lebih rendah berbanding unjuran kutipan tol dalam perjanjian konsesi iaitu sebanyak RM613.4 juta.

“Jumlah aliran trafik sebenar untuk tempoh sama ialah sebanyak 809.7 juta kenderaan berbanding unjuran trafik asal sebanyak 822.8 juta.

“Kos keseluruhan bagi tujuan penyelenggaraan dan operasi pula untuk tempoh berkenaan ialah sebanyak RM147.3 juta,” katanya.

(http://www.utusan.com.my/utusan/info...i&pg=dn_10.htm)


Hutang Tajudin Ramli

Tan Sri Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC.

"Daripada sumber saya, saya boleh sahkan bahawa hutang itu telah dlupuskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu. Saya tahu tentang ini daripada sumber dalaman. Penyelesaian ini menyebabkan negara serta merta kerugian RM589 juta," kata Pua kepada Malaysiakini bulan lalu.

Penyelesaian itu berikutan persetujuan Tajudin untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.

Kesimpulan

Perlantikan suatu kuasa baru yang bersih dari sebarang kepentingan perniagaan perlu bagi memastikan negara kita akan terus maju dan mencapai status negara maju tanpa perlu menggadai negara.

50 tahun sudah cukup bagi memberikan mereka kuasa.

NOTA: Artikel ini boleh disiarkan dan hak cipta tidak terpelihara. Lihat perbincangan lanjut di www.bincang.net

Tiada ulasan: