shahbudindotcom
Tun
Mahathir Mohamad akhirnya melakukan tindakan "dua dalam satu" iaitu
menyahut cabaran Nazri Aziz untuk berlawan dalam PRU 14 akan datang dan
dalam masa yang sama mencabar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu
agar bertanding di Langkawi.
Kata
Tun Mahathir, Nazri seharusnya lebih tahu bahaw beliau berkhidmat untuk
negara, bukan hanya kepada penyokongnya di Padang Rengas semata-mata.
“Mengapa dia mahu saya pergi ke tempatnya? Datanglah ke tempat saya.
“Awak menteri seluruh negara, bukan untuk Padang Rengas saja" tegas Pengerusi Bersatu itu lagi.
Selain
menjadi Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir juga baru-baru ini diumumkan
memegang jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Langkawi, Kedah.
Dengan
menyahut cabaran Nazri dan kemudian mencabarnya untuk berlawan di
Langkawi, ini adalah petunjuk yang amat jelas bahawa Tun Mahathir akan
kembali bertanding sebagai Ahli Parlimen dan memilih Langkawi sebagai
tempat barunya untuk bertapak.
Walaupun
sudah lama bersara, tetapi demi menunjukkan kesungguhan untuk
menyingkirkan Najib dan menyelamatkan negara, Tun Mahathir nampaknya
tiada pilihan selain perlu bertanding semula dan cabarannya kepada Nazri
agar datang ke Langkawi tentunya adalah khabar gembira bagi penantian
sebuah perubahan yang semakin cerah cahayanya.
Langkawi
sangat dekat di hati Tun Mahathir sejak beliau mengisytiharkannya
sebagai pulau bebas cukai yang kemudian menyaksikan pembangunannya
menjadi rancak serta terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi
percutian dan pelbagai acara peringkat antarabangsa seperti pameran,
konvensyen dan sebagainya.
Dikhabarkan
Tun Mahathir sangat popular, dikenali dan disukai oleh penduduk
Langkawi atas jasa dan sumbangannya memajukan pulau tersebut, sekaligus
menjadikan harapannya untuk menang adalah cerah jika bertanding di situ.
Kerusi
Parlimen Langkawi kini diwakili oleh calon BN, Nawawi Ahmad yang menang
dalam pilihanraya 2013 lalu dengan majoriti 9,546 undi.
Meskipun
perkhabaran mengatakan Tun Mahathir cukup popular dan berpeluang cerah
untuk menang, majoriti kemenangan BN sebaliknya terlihat agak selesa.
Oleh
itu, amatlah wajar agar Nazri yang berkawan dengan Najib sejak zaman
muda lagi dapat meyakinkan Perdana Menteri untuk memberi kebenaran atau
izin khas kepadanya bertanding di Langkawi untuk berdepan dengan Tun
Mahathir.
Di
Padang Rengas, Nazri cuma menang 2,300 undi tetapi dengan berpindah ke
Langkawi, majoriti di atas kertas yang menunggunya ialah 9,546 undi.
Takkan
tak jantan dan Nazri masih mahu memberi pelbagai lagi untuk mengelak
daripada berlawan dengan Tun Mahathir yang sudah berusia 92 tahun?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan