Isnin, 6 Mac 2017

MCA akan kekal bersama BN, kata presiden

Berita Daily Staff

MCA menegaskan tidak akan meninggalkan gabungan politik parti pemerntah itu dan terus berdiri teguh atas perlembagaan parti berhubung perkongsian kuasa dan keputusan secara konsensus

KUALA LUMPUR: Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA menegaskan tidak akan meninggalkan gabungan politik parti pemerntah itu dan terus berdiri teguh atas perlembagaan parti berhubung perkongsian kuasa dan keputusan secara konsensus, kata presidennya Liow Tiong Lai.

Liow berkata, sebagai salah satu daripada 13 parti komponen BN, MCA tetap akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Kita mahu memainkan peranan utama dalam Barisan Nasional. Kita tidak akan sesekali berundur,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-68 MCA di Wisma MCA, semalam.

MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949.Liow berkata BN adalah satu pakatan politik dan perlembagaannya jelas mengatakan bahawa ia berpegang kepada prinsip perkongsian kuasa dan keputusan secara konsensus.

“Ini bermakna setiap parti tunggal amat diperlukan.

“Kita adalah sama, oleh itu kita tidak harus menjadi kambing hitam untuk kesilapan orang lain dan janganlah kita menghukum diri kita sendiri untuk perkara itu.

“Desakan untuk keluar dari BN adalah tidak bermoral dan menyalahi undang-undang dan tindakan yang tidak tepat,” tegasnya.

Tiada ulasan: