Isnin, 6 Mac 2017

LZS agih RM697.5 juta pada 2016

OLEH LIZAWATI MADFA

IMG_20170306_115536-800x640


SHAH ALAM,: Sejumlah RM673.7 juta bayaran zakat berjaya dikutip menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 2016, umum Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Beliau berkata, LZS turut mengagihkan RM697.5 juta dalam tempoh sama berbanding RM676 juta, pada 2015.

Katanya, ia meningkat 3.2 peratus bersamaan RM21.4 juta, berbanding tahun sebelumnya.

“Peningkatan ini didorong inisiatif LZS, pada 2016 yang mengemas kini bantuan zakat mengikut keutamaan berdasarkan Maqasid Syariah.

“Pendekatan agihan zakat ini adalah menyenaraikan bantuan zakat mengikut keperluan Dharuriyat (Bantuan Utama), Hajiyyat (Bantuan Sekunder) dan Tahsiniyat (Bantuan Pilihan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat LZS di sini, hari ini, yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Hussin Mohd Ali.

IMG_20170306_115708-800x512

Terdapat lapan kumpulan asnaf zakat iaitu asnaf fakir, miskin, amil, muallaf, fisabilillah, gharimin, ibnu sabil dan riqab.

Pada 2016, kumpulan asnaf miskin menerima agihan tertinggi iaitu RM200.5 juta, manakala asnaf Fakir menerima RM98.2 juta.

Sementara itu, amil menerima RM84.2 juta, muallaf (RM60.9 juta), fisabilillah (RM150.2 juta), gharimin (RM72.9 juta), ibnu sabil (RM206,000) dan riqab (RM30.4 juta).-AA-

Tiada ulasan: