Rabu, 15 Mac 2017

ALAMAKKK...RAHMAN DAHLAN PULA KENA SETEPEK DENGAN NAZRI!!

shahbudindotcom


Nazri Aziz nampaknya bersungguh-sungguh benar mahu debatnya dengan Tun Mahathir Mohamad menjadi kenyataan dengan membayangkan  sama sekali tidak akan berundur diri atau membatalkannya di saat-saat akhir.

Malah kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, "kalau pun batal, ia disebabkan Mahathir, bukan saya."

"Mengapa saya perlu (menarik diri daripada berdebat)?

"Saya Nazri Aziz, kamu patut lebih tahu saya ni macam mana. Saya bukan Rahman Dahlan," katanya lagi.




Alamak, belum pun debat berlangsung, sebaliknya Rahman Dahlan yang selama ini kononnya hebat dengan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Komunikasi Strategik BN serta kerap mengeluarkan kenyataan politik pula yang kena setepek dengan Nazri.

Rujukan Nazri kepada Rahman Dahlan ialah berikutan debatnya yang dijadualkan dengan Lim Guan Eng tidak lama sebelum ini tidak menjadi kenyataan pada saat-saat akhir.

Kenapa Rahman Dahlan dijadikan rujukan oleh Nazri?

Apa tujuan Nazri mahu memperlekeh rakan kabinetnya  itu?

Tidak malukah Rahman Dahlan diperlekeh sedemikian rupa yang bermakna beliau bukanlah pemimpin yang berani, sekurang-kurangnya di mata Nazri?

Adakah ini menunjukkan menteri-menteri dalam kabinet Najib Razak memang tidak sekata antara satu sama lain?

Apakah perlekehan kepada Rahman Dahlan itu menunjukkan Nazri tetap akan berkeras untuk berdebat dengan Tun Mahathir, biar pun jika sekiranya pihak polis menasihatkannya agar tidak meneruskan debat atas faktor keselamatan atau Najib sendiri tidak mahu ia diadakan berikutan kemungkinan debat itu lebih berupaya menjejaskan namanya dan imej UMNO serta BN?

Sama-samalah kita tunggu sejauh mana Nazri mampu bertahan dengan keberaniannya jika nanti MT UMNO atau kabinet membuat keputusan melarangnya berbuat demikian kerana seperti yang kita sedia maklum antara tajuk pilihan debat seperti skandal 1MDB, wang RM2,600 juta dan hutang RM55 bilion untuk membina keretapi pantai timur adalah tembakan-tembakan yang boleh disasarkan tepat ke dahi Perdana Menteri sendiri.

Adakah Nazri benar-benar berani atau beliau pun akan jadi seperti Rahman Dahlan juga? 


 

Tiada ulasan: