Beliau
diingatkan tidak mencadangkan Sekolah Menengah Tamil yang pertama di
negara jika SJKT di kawasannya sendiri masih berkeadaan daif
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didakwa tidak
mempeduli Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri tersebut.
Ahli Majlis Kerja Pusat (CWC) MIC J Dhinagaran berkata buktinya
sebuah SJKT Rajaji di Ayer Itam yang bangunannya memerlukan bantuan
kerajaan negeri itu untuk dari aspek dana bagi membina bangunan yang
baharu.
“Saya mendesak agar YB Lim Guan Eng memberi perhatian dulu kepada
keadaan sekolah – sekolah rendah Tamil sedia ada di Pulau Pinang sebelum
bercerita dengan megah tentang rancangan kerajaan negeri untuk
menubuhkan sekolah menengah Tamil pertama di negara ini,” katanya
menerusi kenyataan media hari ini.
Malangnya tambah Dhinagaran lagi, sekolah tersebut adalah di bawah DUN Lim sendiri iaitu N23 Air Putih.
“Persoalan saya, macam mana Ketua Menteri, di kawasan DUN sendiri
pun tidak tahu keadaan SJKT Rajaji malah langsung tidak membantu apa –
apa tetapi ghairah berjumpa pihak media dan meraih “political mileage”
(kepentingan politik) dalam hal pembinaan Sekolah Menengah Tamil,”
ujarnya.
Sehubungan itu katanya, Ketua Menteri negeri itu tidak perlu
bermegah untuk mencadangkan Sekolah Menengah Tamil yang pertama di
Malaysia selagi SJKT di kawasannya sendiri masih terabai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan