ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: RTM tidak berhasrat untuk membuat siaran langsung debat
antara bekas perdana menteri Tun Dr Dr Mahathir Mohamad dan Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak
berkata, debat itu bukan anjuran RTM tetapi hanya melibat dua individu
berkenaan.
"Pada saya itu adalah satu perbahasan antara dua individu dan bukan
satu perbahasan yang telah dianjurkan oleh pihak RTM itu sendiri.
"Dan kita tak ada rancangan untuk menyiarkan perbahasan tersebut secara
langsung," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Rabu lalu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Salleh membenarkan debat itu disiarkan secara langsung.
Debat tersebut dijadual berlangsung di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar, Perak pada 25 Mac.
Antara topik perdebatan termasuk isu 1Malaysia Development Berhad
(1MDB), RM2.6 bilion dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak, Projek Keretapi Laju Pantai Timur (ECRL) dan skandal BMF yang
berlaku ketika Mahathir menjadi perdana menteri.
Pada awalnya, Nazri mencabar Mahathir untuk bertanding menentang beliau
di Padang Rengas - kawasan Parlimen diwakilinya sejak 1995.
Bagaimanapun, Mahathir kemudian mengeluarkan cabaran balas dan meminta Nazri bertanding di Langkawi.
Selepas siri cabar mencabar, kedua-duanya bersetuju untuk berdebat di
Padang Rengas, pada 25 Mac, bertepatan lawatan Mahathir ke kawasan itu
bagi menghadiri satu majlis anjuran BERSATU.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengesahkan
telah menerima permohonan daripada pihak penganjur dan menyokong debat
berkenaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan