Rabu, 15 Mac 2017

Polis, SPRM digesa siasat projek Taman Ilmu yang masih terbengkalai

MALAYSIA DATELINE

Salah sebuah bangunan yang masih dilihat terbengkalai di kawasan projek Taman Ilmu. Salah sebuah bangunan yang masih dilihat terbengkalai di kawasan projek Taman Ilmu.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa agar menyiasat mengenai projek Taman Ilmu oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Kementerian Pendidikan Tinggi yang bernilai RM800 juta  didakwa pembangkang gagal disiapkan dalam tempoh masa ditetapkan.

Ahli Parlimen pembangkang dalam satu kenyataan bersama diwakili Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah dan Ahli Parlimen Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi.
"Satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi meneliti kembali projek Taman Ilmu.

" Memohon siasatan dijalankan bagi mengetahui berapakah jumlah sebenar yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk pembinaan Taman Ilmu ini serta jumlah kerosakan yang terpaksa ditanggung.

" Memohon siasatan dijalankan bagi mendapat pengesahan adakah terdapat unsur-unsur pecah amanah didalam urusan pemberian tender pembinaan Taman Ilmu ini," ujar kenyataan itu.

Kementerian Pendidikan Tinggi serta kerajaan negeri Terengganu turut digesa mengambil langkah segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk, dan pembaziran berterusan wang rakyat Terengganu serta mengenal pasti siapakah yang bertanggungjawab.

"Pihak kami telah menerima satu dokumen lengkap mengenai Projek Taman Ilmu di Tembila, Besut Terengganu.

Lakaran projek menunjukkan kawasan seluas 770 ekar untuk bina Taman Ilmu di Besut.Lakaran projek menunjukkan kawasan seluas 770 ekar untuk bina Taman Ilmu di Besut.

"Projek yang menelan belanja hampir RM800 juta itu mula dibangunkan pada tahun 2004 ketika era pentadbiran mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh bagi meralisasikan hasrat meletakan enam buah institut pengajian tinggi (IPT) setempat.

"Perlaksanaan projek ini adalah di bawah Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan melibatkan kawasan seluas 770 ekar di mukim Temila Besut.

"Sejak dari mula pembinaan, projek Taman Ilmu ini telah beberapa kali terbantut perlaksanaaannya dan berada dalam keadaan yang sangat terbiar dan tidak menentu.

"Pada tahun 2012 projek ini disambung kembali dan sebahagian dari bangunan utama Taman Ilmu ini telah hampir siap dibina. Namun hingga hari ini tiada sebarang perlaksanaan atau pengambilan pelajar dibuat dan tiada pemakluman status terkini Taman ilmu ini.

"Paling mengejutkan kami adalah kedudukan terkini (Januari 2017) nasib Projek Taman Ilmu ini.
"Kami mendapat dokumen serta gambar-gambar kerosakan teruk yang berlaku kepada sebahagian besar bangunan-bangunan yang baru siap dibina di Taman ilmu ini."

Di antara bangunan utama yang mengalami kerosakan yang amat teruk akibat berlakunya penyelewengan, sabotaj serta kecurian tanpa kawalan adalah:Peralatan dan kabel Sewarage Treatment Plant (STP) dan District Cooling System (DCS);Bilik-bilik dan kelengkapan asrama pelajar;Komplek Pusat Pelajar;Dewan konvokasyen;Komplek Sukan dan Mini stadium.

"Kami juga dimaklumkan bahawa bangunan pentadbiran utama yang telah hampir siap di bina dengan kos RM38 juta terpaksa dirobohkan kerana didapati tidak selamat untuk diduduki.

"Kami juga telah dimaklumkan bahawa kos untuk membaik pulih segala kerosakan yang telah berlaku ini sahaja adalah dianggarkan melebihi RM230 juta.

"Ini merupakan suatu pembaziran berskala besar di waktu peruntukan pendidikan di seluruh negara kita terpaksa dikurangkan dengan drastiknya. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang terpaksa menanggung kos kehidupan yang kian meningkat serta tekanan pembayaran pinjaman PTPTN yang sangat membebankan para graduan terutama yang menggangur dan pihak ibubapa," ujar kenyataan bersama itu.

Sebahagian bangunan yang telah siap masih terbiar kosong. 
Sebahagian bangunan yang telah siap masih terbiar kosong.

Tiada ulasan: