Ahad, 26 Mac 2017

Nazri ‘hilang’ suara berdepan Tun M

SELANGORKINI

tun-m


SHAH ALAM: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz masih dapat bertemu walaupun sekadar menghirup semangkuk cendol selepas debat antara mereka di Kuala Kangsar ditangguhkan.

Pada program ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia semalam, Mahathir menceritakan kesungguhan Nazri untuk berdebat dengan beliau.

“Tetapi saya nampak partinya tidak sokong, kerajaan tidak sokong, tiada siapa yang sokong dia supaya dia tidak boleh berdebat dengan saya.

“Tetapi tidak apa, kita berdebat di Shah Alam pada 7 April,” katanya lapor MalaysiaKini.

Bagaimanapun, Mahathir berkata, beliau hairan dengan suasana ‘sepi’ antara mereka, semalam.

“Dia bertekad jumpa saya tetapi apabila bertemu di tempat cendol, dia tidak berkata apa-apa. Apa gunanya berjumpa tetapi tidak kata apa-apa,” katanya disambut gelak ketawa hadirin di ceramah itu.

Secara tiba-tiba, mikrofon digunakan Mahathir tidak berfungsi dan selepas lebih seminit ia kembali berfungsi apabila penganjur bergegas untuk menyelesaikan masalah dengan Mahathir sempat berjenaka.

“Mikrofon ini seperti Nazri, hilang suara,” katanya.-NFN

Tiada ulasan: