Rabu, 15 Mac 2017

Nazri Aziz perlu sedia jawab isu 1MDB, kata Tony Pua

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua meminta Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz bersedia dengan fakta bagi merungkai isu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada sesi debat bersama Tun Dr Mahathir, hujung bulan ini. 
 
Saranan itu dibuat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara sementelah sehingga kini tiada lagi pemimpin kerajaan mampu tampil menjawab segala persoalan mengenai skandal syarikat kewangan strategik itu.
 
"Sekarang hanya Nazri Aziz sahaja yang berani dan dia sebut diberikan kebenaran oleh Umno untuk berbahas perkara.
 
"Kita terima bahawa beliau adalah calon yang paling baik sekali dikemukakan oleh Umno dan BN untyk berbahas perkara mengenai 1MDB.
 
"Jadi saya harap dia akan datang dan bersedia dengan fakta yang kita minta fakta-fakta di luar dan jawab kenapa begitu besar kerugian dan dimana perginya berbilion-bilion ringgit yang telahpun diselewengkan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
 
 

Tiada ulasan: