Rabu, 28 Februari 2018

Menghasut : Hukuman Penjara Terhadap Naib Ketua Pemuda Amanah Dikekalkan

 
 


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan hukuman 8 bulan penjara ke atas Naib Ketua Pemuda Amanah, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar yang disabitkan di bawah Akta Hasutan berkait kritikannya terhadap penghakiman kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim 3 tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah berkata keputusan Mahkamah Sesyen pada Ogos 2016 adalah “selamat dikekalkan”.

Menurutnya, Fakhrulrazi menggunakan loudhailer di perkarangan Sogo di Kuala Lumpur dalam menuduh kerajaan menzalimi Anwar.

“Mahkamah Tinggi ini berpuashati pihak pendakwaan atas penelitian maksima berjaya membuktikan suatu kes prima facie seperti mana pertuduhan dan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di atas kes pendakwaan yang berjaya dibuktikan tanpa sebarang keraguan munasabah,” kata Azman dalam penghakiman ringkas.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permintaan pendakwaan untuk menambah tempoh hukuman ke atas Fakhrulrazi.

Hakim juga membenarkan hukuman ditangguhkan sementara rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.

Peguam Fakhrulrazi, Ariff Azami Hussein berkata pihaknya akan berhujah di peringkat rayuan bagi menunjukkan ucapan anak guamnya tidak berunsur hasutan.

Fakhrulrazi dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan, berhubung ucapannya di perhimpunan #KitaLawan pada 2015.

Selain beliau, 8 aktivis lain termasuk Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan pengurusnya Mandeep Singh turut didakwa berkait perhimpunan sama –FMT

Kalau Percaya Rakaman ‘Nik Abduh Terima Duit UMNO’ Kena Percaya Juga Audio ‘Mat Sabu dan Normah’

 
 



Jika ada yang mempercayai rakaman ‘Nik Abduh terima duit UMNO’ maka dalam masa sama perlu juga mempercayai rakaman ‘Mat Sabu dengan Rosmah’ dan “Anwar dengan China Doll’ kata Fais Al-Hajari.

“Jangan sekerat-sekerat, jangan separuh-separuh, jangan memilih-milih…perlu diingat rakaman audio “Mat Sabu dan Normah” itu dilegarkan pada ketika teknologi editing audio video sangat-sangat terhad masa tu.

“Bukan macam sekarang yang memang senang-senang je nak edit itu ini,”katanya dalam Facebook.

Dalam rakaman yang sedang giat disebar oleh aktivis-aktivis PAN itu mendakwa satu pertemuan tertutup diadakan di antara Ustaz Zaharuddin Mohamad dengan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkenaan dengan isu terima duit daripada UMNO.

“Cuba dengar nada suara Nik Abduh. Itu suara bercakap dengan ‘beberapa orang’kah atau bercakap depan ramai orang. Gema yang ada seolah dalam dewan yang besar.

“Suara yang kononnya Nik Abduh tu dengan nada kuat dan keras. Sedangkan Nik Abduh jika bercakap dalam kelompok kecil sangat terkenal nada lembut dan perlahan suara. Kecuali jika dalam perhimpunan besar,” kata Ahmad Amzad Hashim dalam Facebook.

Menurutnya, keshahihan suara dalam rakaman itu adalah suara Nik Abduh juga dipertikaikan orang ramai.

“Jadi jika pertemuan ‘beberapa orang’ mereka duduk jarak 50 kaki kah sehingga kena menjerit begitu?

“Content, Isi kandungan ucapan Nik Abduh yang berterusan dalam tempoh yang singkat itu pula, dikumpulkan segala benda kontroversi yang jadi bahan fitnah. Sangat tak munasabah.

“Biasanya kita kesan kandungan itu, satu satu dalam rangkap yang berbeza. Orang bodo saja yang cerita sekali gus macam guni beras pecah. Ini pula dalam durasi 2.3 minit. Bukan dua puluh tiga minit!,”katanya lagi

PPBM pilihan Wan Saiful

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan parti pilihan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.
 
Jemputan media ke majlis induksi rasminya pada Khamis (1 Mac) mula diedarkan pada Selasa.
 
Ia menyebut bahawa ia akan berlangsung di Galeri Pribumi, Menara Yayasan Selangor, di mana Presiden Pribumi, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan penyertaam Wan Saiful dalam parti itu.
 
Wan Saiful dijangka memberi ucapan sebelum sesi soal jawab dan makan tengah hari bersama kepimpinan PPBM dan Pakatan Harapan (PH).
 
Bercakap kepada The Star sebelum ini, beliau akan secara rasmi menukar keanggotaan dalam PAS untuk parti politik baru namun enggan mengulas lanjut.
 
Timbul spekulasi bahawa Wan Saiful akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-114) di bawah tiket PPBM dengan beliau sendiri menyatakan minatnya berhubung perkara itu.
 
Hari ini (28 Februari) merupakan hari terakhir Wan Saiful di Ideas, sebuah badan pemikir dasar bebas yang diasaskannya pada 2009 selepas beliau pulang dari United Kingdom.
 
 

Mufti bimbang Neelofa cetus fenomena 'asalkan bertudung'

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bimbang tindakan melancarkan produk Naelofar Hijab di sebuah kelab malam di ibu negara pada Selasa, akan membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung.
 
Dalam surat terbuka kepada pemilik jenama itu, Nor Neelofa Mohd Noor, mufti itu berkata tidak salah mencipta kelainan, namun personaliti terkenal yang juga usahawan berkenaan perlu menghindar daripada fitnah serta tohmahan.
 
"Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. 
 
‎"Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. 
 
"Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan," katanya dalam surat terbuka itu.
 
Zulkifli berkata pihaknya sedar bukan mudah untuk Neelofa menggalas tugas sebagai ‘wanita besi’ dan ‘gergasi’ dalam perniagaan dan kerjayanya, namun beliau tetap perlu menghayati syariat Islam.
 
"“Kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. 
 
“Di sini (terdapat) tiga perkara iaitu tanyalah ulama’ sebelum bertindak, sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan carilah rezeki yang diberkati Allah SWT,” tulisnya.
 
Neelofa selepas dikecam pelbagai pihak bertegas tidak akan peduli segala kecaman yang diterimanya malah menuduh orang luar memperbesarkan isu itu.
 
Neelofa berkata, tetamu acara itu lebih tahu situasi sebenar di mana premis terbabit berubah daripada sebuah kelab kepada ruang acara pelancaran produk.
 
"Saya tak apa-apa pun (dengan tohmahan) kerana tahu apa yang saya lakukan. Tempat itu sendiri sudah ditukar dari pusat hiburan ke lokasi acara.
 
"Malah, tiada alkohol pun dihidangkan. Sesiapa yang ada di situ tahu kisah sebenar. Orang yang tiada di sana pula melebih-lebih," ujar Neelofa.
 
Kenyataan pengacara program hiburan Astro, Meletop itu dianggap angkuh oleh nitizen yang terus membanjiri ruangan komen di Instagramnya.
 
Berikut adalah kenyataan penuh Mufti Wilayah Persekutuan:
 
Assalamualaikum…
 
Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.
 
Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. 
 
Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini. 
 
1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.
 
2. ‎Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.
 
3. ‎Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impi, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?
 
4. ‎Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.
 
5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.
 
6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.
 
7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
 
Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya. 
 
Akhukum fillah,
 
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, 
Mufti Wilayah PersekutuanHIBU
 
 

1MDB akan ditutup selepas hutang dibayar, kata Irwan Siregar

1mdb_600new


PETALING JAYA: Syarikat pelaburan strategik 1MDB akan ditutup selepas semua hutang selesai dibayar, kata Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah.

Pengerusi 1MDB itu yakin dana milik kerajaan itu mampu melangsaikan segala hutang melalui pelan rasionalisasi.

“Kita boleh bayar menerusi ‘monetisation’ aset-aset yang ada, dalam TRX City ada Bangunan Exchange 106 yang merupakan bangunan tertinggi di Malaysia dan penghuni-penghuni akan membayar sewa,” katanya lapor Utusan Online.

Pada 31 Disember lepas, 1MDB dilaporkan selesai membuat semua pembayaran kepada dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC) dalam satu urusjanji menyelesaikan pertikaian hutang RM4.9 bilion.

Media melaporkan wang untuk pembayaran itu hasil daripada program rasionalisasi melibatkan antara lain pertukaran hutang dengan aset dengan IPIC, penjualan Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corp untuk RM9.83 bilion, pembangunan tanah Tun Razak Exchange dan pelupusan aset bukan teras.

Pada Mac 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata 1MDB, yang menanggung hutang sehingga RM50 bilion setakat Januari 2016, sudah melangsaikan semua hutang bank dan hutang jangka masa pendek.

Pada Julai 2017, Najib berkata isu 1MDB ini sengaja diperbesar-besarkan pembangkang kerana mahu menumbangkan kerajaan.

1MDB tidak akan ditutup dalam 10 tahun, kata pakar ekonomi



1MDB-reuters
Gambar Reuters

PETALING JAYA: 1MDB tidak akan ditutup dalam tempoh 10 tahun ini kerana kerajaan memerlukan masa untuk melangsaikan hutang ditanggung syarikat pelaburan strategik itu, kata pakar ekonomi, Prof Barjoyai Bardai.

Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak itu berkata, 1MDB perlu menyelesaikan hutangnya tidak melebihi 10 tahun, selepas penstrukturan semula.

“1MDB ditubuhkan untuk melakukan projek khusus dan asalnya ia menggabungkan semua projek berkait janakuasa tenaga dan kemudian projek itu mengalami beberapa masalah dan memerlukan penstrukturan semula…bila semua aspek kewangan dalam 1MDB diselesaikan, memang 1MDB tidak mempunyai fungsi lagi, jadi wajar ia ditutup.

Prof.-Barjoyai
Prof Barjoyai Bardai percaya kedudukan kewangan negara akan berubah, selepas hutang diselesaikan dan 1MDB ditutup.

“Tempoh hutang itu diselesaikan bergantung kepada projek-projek yang dilaksanakan sekarang untuk mewujudkan sumber kewangan sebab kita dah lakukan kesilapan. Sekarang ini, kita nak tutup hutang itu dengan mengadakan projek lain, jadi ia memakan masa.

“Mungkin saya rasa 1MDB tiada masa sampai 10 tahun kerana kebanyakan hutang mereka perlu diselesaikan dalam tempoh lebih pendek daripada itu, tetapi bergantung kepada bagaimana ia akan diselesaikan dan bagi saya ia memerlukan perancangan kewangan yang sangat berkesan dalam tempoh 10 tahun dan hutang-hutang 1MDB juga adalah hutang jangka pendek,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah yang 1MDB akan ditutup selepas semua hutang dibayar.

Pengerusi 1MDB itu yakin dana milik kerajaan itu mampu melangsaikan semua hutang melalui pelan rasionalisasinya.

Barjoyai percaya kedudukan kewangan negara akan berubah dan keyakinan pelabur asing akan kembali, selepas semua hutang itu diselesaikan dan 1MDB ditutup.

“Memang 1MDB telah mewujudkan satu krisis dan suasana kewangan agak menggerunkan Malaysia, tapi kalau isu hutang-hutang ini dapat diselesaikan, pastinya ia akan mengubah imej dan kedudukan kewangan negara, tapi jumlah tanggungan hutang adalah besar dan ia memerlukan masa untuk menyelesaikanya.”

Beliau mencadangkan kerajaan berhenti melaksanakan projek dalam bentuk perniagaan bagi mengelakkan krisis hutang 1MDB berulang.

“Ini merupakan satu budaya baharu yang dibawa apabila kita melaksanakan konsep Malaysia Incorporated dan (dasar) penswastaan…mungkin di masa akan datang kerajaan perlu mewujudkan satu peraturan untuk mengelakkan diri melakukan perniagaan.”

Pada 31 Disember lepas, 1MDB dilaporkan selesai membuat semua pembayaran kepada dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) dalam satu urus janji menyelesaikan pertikaian hutang RM4.9 bilion.

Media melaporkan wang untuk pembayaran itu diperolehi hasil program rasionalisasi yang antara lain membabitkan pertukaran hutang dengan aset yang dipersetujui IPIC, penjualan Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corp untuk RM9.83 bilion, pembangunan tanah Tun Razak Exchange dan pelupusan aset bukan teras.

PKR dijangka letak nama besar di tiga kerusi Parlimen Johor

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: PKR dijangka meletakkan nama besar daripada Pusat di tiga kawasan Parlimen iaitu Batu Pahat, Tebrau dan Pasir Gudang.
 
Ketua Cabang PKR Tebrau, Steven Choong, berkata beliau difahamkan pucuk pimpinan PKR dijangka meletakkan calon nama besar di tiga kawasan berkenaan.
 
Bekas calon PKR bagi Parlimen Tebrau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu berkata, bagaimanapun nama calon berkenaan masih belum diputuskan pucuk pimpinan tertinggi PKR.
 
"Selama ini saya diarahkan (pucuk pimpinan) terus kerja dan saya akan terus bekerja, tapi saya sudi (beri laluan) kalau ada orang hebat (dari PKR) nak kerusi Parlimen Tebrau.
 
"Siapa yang akan bertanding di kerusi Parlimen ini memang hak pucuk pimpinan iaitu Presiden kita. Saya terus kerja kerana selepas PRU13 pun saya terus kerja berkhidmat kepada rakyat di kawasan ini," katanya dipetik Berita Harian.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media di Taman Rekreasi Adda Heights di sini, hari ini.
 
Choong berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nama besar yang akan diletakkan pucuk pimpinan PKR di Johor menjelang PRU ke-14.
 
 

Amanah tak akan perguna agama demi politik - Ahmad Awang

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Amanah tidak akan mempergunakan hukum-hakam agama semata-mata untuk kepentingan politik sepertimana parti leluhurnya, PAS.
 
Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang berkata partinya sudah berpuas hati jika calon pilihan raya umumnya menyatakan perakuan untuk taat setia kepada perjuangan mereka.
 
"Kita di dalam Amanah ini tidak akan menggunakan hukum-hukum agama semata-mata untuk kepentingan politik.
 
"Lebih-lebih lagi bai'ah sumpah cerai talak tiga ini adalah sangat berat kalau mengambil kira hukum di dalam agama, dan boleh masuk dalam kategori terlarang.
 
"Kita memang tidak mungkin ingin melaksanakan bai'ah yang seperti itu, cukup dengan hanya perakuan," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos baru-baru ini.
 
Ahmad berkata demikian sebagai mengulas ketetapan yang dibuat Majlis Syura Ulama (MSU) PAS pada Sabtu lalu untuk mengekalkan sumpah bai'ah namun akan diselaraskan - termasuk lafaz taklik talak tiga kepada isteri masing-masing. 
 
Bagaimanapun lafaz taklik talak tiga hanya mengikut keperluan dan mesti mendapatkan kebenaran daripada MSU terlebih dahulu.
 
Mengulas lebih lanjut, Ahmad yang juga bekas naib presiden PAS itu berkata Amanah memilih untuk 'percaya kepada calon' berbanding mengikat mereka dengan sumpah bai'ah.
 
"Kalau kita percaya pada ahli kita jadi calon, hatta kalau buat aku janji sekalip pun, ada juga orang keluar, jadi tiada guna juga.
 
"Yang penting adalah komitmen serta kepercayaan terhadap calon itu, suruh dia bersedia untuk menghadapi segala macam (rintangan)," ujarnya lagi.
 
Pimpinan PAS sebelum ini bertegas bai'ah yang dilafazkan calon PRU memberi keyakinan dan mengingatkan kepada calon wakil rakyat itu sendiri mengenai perjuangan sebenar PAS.
 
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata, lafaz sumpah baiah itu dilakukan dengan kerelaan calon wakil rakyat yang turut menyedari dan reda dengan balasan dilaknat, sekiranya melanggar perjanjian.
 
 

Syarikat Neelofa mohon maaf

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar tudung jenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd memohon maaf atas kontroversi majlis sambutan hari jadi ke-29 aktres dan pengacara popular, Neelofa serta pelancaran koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk di sini, kelmarin.
 
Pengarah Urusannya, Noor Nabila Mohd Noor berkata, syarikat memohon maaf terutama kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu.
 
"Majlis pelancaran yang sepatutnya menjadi acara istimewa untuk jenama kami, menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
 
"Sepanjang majlis pada malam itu, kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol minuman keras, gelas serta perkakas diasing dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat terbabit sebelum majlis berlangsung.
 
"Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup serta merokok dilarang sama sekali sepanjang majlis berkenaan," katanya dipetik BH Online.
 
Isnin lalu, majlis sambutan hari jadi Neelofa dan pelancaran koleksi tudung baharu Be Lofa yang dianjurkan NH Prima International di Zouk, dikecam netizen kerana dikatakan tidak sesuai dengan imej pelakon dan pengacara popular itu yang bergelar Hajah.
 
Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk mufti dan pertubuhan Islam menyuarakan pandangan serta nasihat kepada Neelofa termasuk memintanya bertaubat.
 
Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa berkata, syarikat turut mendapatkan khidmat katering untuk menyajikan makanan halal sepanjang majlis.
 
"Semua perkakas termasuk sudu, garpu dan gelas yang digunakan tetamu disediakan syarikat katering terbabit," katanya.
 
Noor Nabila berkata, syarikat membuat keputusan mengadakan majlis pelancaran di Zouk kerana kemudahan yang ditawarkan di pusat hiburan itu.
 
"Mereka menawarkan ruang untuk disewa sebagai tempat acara pada setiap Ahad dan Isnin kerana premis berkenaan tidak dibuka untuk kunjungan umum.
 
"Selain itu, sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED dan sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan untuk menjayakan majlis itu.
 
"Semuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan pihak terbabit," katanya.
 
Noor Nabila yang juga isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad berkata, pihaknya mengambil langkah segera bagi membetulkan keadaan sebaik kontroversi tercetus.
 
"Tiada yang lebih penting daripada mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua.
 
"Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini. Kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelak insiden sama berulang," katanya.
 
Noor Nabila memberi jaminan syarikat akan memastikan isu keagamaan dan kebudayaan dititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa depan.
 
"Kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan," katanya.
 
 

PAS Selangor bincang isu dana 13 wakil rakyatnya petang ini

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Selangor hari ini dijadualkan akan membincangkan isu peruntukan wakil rakyat daripada kerajaan negeri kepada 13 ADUNnya yang sehingga kini belum diterima.
 
Perkara itu disahkan Setiuasaha PAS negeri, Abdul Halim Omar ketika dihubungi Antarapos sebentar tadi.
 
"Itu antara agenda (perbincangan isu dana ADUN PAS Selangor). Kita ada banyak perkara untuk dibincangkan, itu salah satu perkara yang kita akan bincangkan.
 
"Kita lihatlah nanti apa keputusan yang akan diberikan oleh jawatankuasa itu," katanya ringkas.
 
Antarapos sebelum ini melaporkan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menyifatkan kelewatan pemberian dana kepada 13 ADUN PAS adalah sesuatu yang luar biasa.
 
Menteri Besar Selangor, datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini menafikan dana itu disekat namun mengalami masalah teknikal. 
 
PAS Selangor sebelum ini memberi kata dua kepada Azmin untuk menyelesaikan isu peruntukan kepada 13 wakil rakyatnya sehingga perayaan Tahun Baru Cina.
 
Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi berkata jika isu peruntukan berkenaan gagal diselesaikan dalam tempoh itu, pihaknya akan mengambil langkah susulan. 
 
Sallehen sebelum ini tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah jika isu pembekuan peruntukan wakil rakyat parti itu tidak diselesaikan segera. 


Pok Ya Cong Codei tolak tawaran politik

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bahang drama Pok Ya Cong Codei terus membuatkan pengarahnya kurang selesa apabila ditawarkan untuk kempen politik.
 
Pengarahnya pelawak Sabri Yunus berkata mana-mana kempen parti politik akan ditolak kerana kerja seninya lebih menjurus ke arah penyatuan rakyat.
 
“Datang ke rumah saya pakai baju parti memperkenalkan diri bakal calon Parlimen. Datang mengajak saya untuk buat program.
 
“Saya minta maaf kerana saya meletakkan diri saya sebagai elemen penyatuan bukan perpecahan," dipetik portal MMO.
 
“Daripada zaman muda, hanya elemen Wan Ismail Golok saja orang politik boleh gelak bersama depan televisyen. Hal lain tidak boleh. Mesti gaduh punya.
 
“Mereka akan sama-sama gelak menonton Wan Ismail Golok. Dari situ lagi saya pegang, saya elemen penyatuan,” katanya merujuk sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
 
Pok Ya Cong Codei masih hangat diperkatakan di media sosial selepas drama yang ditayangkan Januari lalu sarat dengan mesej tersirat.
 
Bakal menyusul sekuel Aidilfitri ini, Sabri berkata sekuel drama itu tidak akan merungkai persoalan yang ditinggalkan sebelum ini.
 
Sementara itu, Sabri berkata karyanya masih dihormati kerana beliau tidak memilih jalan yang dilalui rakan-rakannya.
 
Katanya, pelawak lama yang cenderung menyertai pertandingan bersama pelawak baharu hanyalah perbuatan “membunuh diri”.
 
“Kenapa mereka masuk bertanding? Saya juga ditawarkan tetapi dari awal lagi saya menolak sebab saya lebih bijak berfikir selangkah daripada mereka.
 
“Itu sebenarnya gelanggang untuk membunuh orang lama. Tidak ada cara lain, mereka ajak masuk gelanggang.
 
“Mereka kata ini peluang masuk TV, RM4,000 seminggu. Sejauh mana mereka boleh bertahan? Lima minggu? Itulah duit terakhir mereka akan terima dalam industri.
 
“Apabila saya tidak masuk, saya dihormati sebab saya tiada ukuran. Sebab itu saya masih dipanggil sebab saya tidak masuk bertanding.
 
 

PH Pusat ambil alih rundingan agih kerusi DUN Selangor

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Rundingan agih kerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor kini diambil alih PH Pusat dan ia dijangka diselesaikan pada minggu depan.
 
Ujar Pengerusi Amanah Selangor, Ir. Izham Hashim berkata buat masa ini jawatankuasa rundingan kerusi peringkat nasional sedang menyelesaikan agihan bertindih negeri-negeri lain terlebih dahulu dahulu.
 
PH Pusat kini sedang meneliti tuntutan bertindih di negeri Terengganu dan Pahang.
 
"Rundingan kerusi minggu ini, sekarang ini peringkat nasional sudah ambil alih. Minggu ini, semalam Terengganu, Pahang, Perak. Ini hari Kelantan dan Melaka, Pulau Pinang. Habis itu baru Selangor. 
 
"Isnin lepas, hari Isnin. Dia dah mula bincang, tetapi dia mula negeri lain dahulu. Selangor ini terakhir. Itu yang lambat sikit Selangor ini. Bincang negeri Terengganu dan Pahang dahulu. Yang selesai setakat ini ialah, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah. Semalam, Pahang dan Terengganu hampir selesai. Jadi hari ini Kelantan dengan Melaka. Pulau Pinang pun tak banyak, jadi patut okay dalam sehari dua ini. Lepas itu, baru Selangor.
 
"Selangor besar kemungkinan minggu depan minggu baru masuk. Mereka nak selesaikan negeri-negeri lain dulu," katanya kepada Antarapos hari ini.
 
Katanya, rundingan peringkat nasional dibuat menerusi jawatankuasa rundingan kerusi peringkat nasional yang diwakili parti komponen PH, sepertimana rundingan kerusi Parlimen yang dimuktamadkan gagasan itu sebelum ini.
 
"Tidak. Majlis Presiden akan bagi arahan saja, rundingan kerusi ini memang mereka orang yang sama dulu bincang kerusi Parlimen pun mereka juga. Dia ada pasukan dia. Mereka akan laporkan kepada Majlis Presiden lah," jelasnya. 
 
Beliau juga optimis kemelut agihan kerusi PH Selangor pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan selesai minggu depan.
 
"Saya rasa boleh selesai. Saya rasa dah banyak perbincangan kita sudah buat, boleh selesai dalam minggu depan. Selesai, insyaAllah," katanya.
 
Minggu lalu Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tempoh sehingga Jumaat lepas kepada PH di tujuh negeri untuk menyelesaikan agihan kerusi DUN dan jika gagal berbuat demikian, Majlis Presiden PH (MPPH) akan mengambil alih rundingan itu.
 
Namun, Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan PH Selangor diberi lebih masatempoh sehingga Isnin (26 Februari) bagi menyelesaikan rundingan itu. 
 
Rundingan agihan kerusi PH di Selangor sepatutnya diselesaikan pada 31 Januari lepas, sebelum ia dilanjutkan kepada 7 Februari berikutan pertikaian antara keempat-empat parti komponennya. 
 
Kerusi yang menjadi pertikaian hangat parti komponen PH Selangor adalah 12 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN), dan 13 kerusi milik PAS. 
 
Selangor mempunyai 56 kerusi DUN, di mana PKR mempunyai 13 kerusi, DAP (14) dan Amanah (2). PAS mempunyai 13 kerusi dan Umno 12 kerusi. 


Polis Indonesia sita kapal mewah dikaitkan siasatan 1MDB



1mdb_indonesia1


JAKARTA: Indonesia pada Rabu merampas sebuah kapal layar mewah di Bali, yang dikehendaki Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam siasatan rasuah berbilion dolar dikaitkan dengan dana kerajaan Malaysia 1MDB, kata polis.

“Kami memeriksa krunya sejak semalam dan kami sedang mengambil tindakan selepas mendapat kelulusan mahkamah untuk menyita bot itu,” kata Agung Setya, pengarah jenayah khas dan ekonomi di Biro Penyiasatan Jenayah Indonesia kepada Metro TV.

Rakaman televisyen di Indonesia menunjukkan pegawai Indonesia bercakap dengan kru di atas kapal layar mewah itu.
Laporan: Jho Low hidup mewah di hotel Shanghai, kapal layar

Rafizi: Jika Exchange 106 milik swasta, bagaimana sewa bayar hutang 1MDB

 
Naib presiden PKR mendakwa kerajaan telah membeli kembali pegangan dalam projek di TRX itu setelah menjualnya kepada syarikat Indonesia. 


rafizi-ramli-fmt-3


PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini meminta Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah menjelaskan bagaimana sewa daripada The Exchange 106 di Tun Razak Exchange akan diperoleh untuk membayar hutang 1MDB jika ia adalah milik swasta.

Rafizi mengajukan soalan itu selepas pengerusi 1MDB itu dilapor Malaysiakini sebagai berkata hutang dana milik kerajaan itu akan dibayar daripada hasil pendapatan projek seperti TRX.

“Beliau menyebut bahawa ‘…penghuni yang memiliki tempat di bandar TRX akan membayar sewa dan kita juga akan menjual plot tanah’,” katanya.

“Sebab sebenar Irwan menyebut mengenai sewa dari penghuni di TRX, walaupun umum mengetahui projek itu projek swasta yang tanahnya telah dijual kepada syarikat swasta dari Indonesia, ialah kerana kerajaan Malaysia telah membeli kembali pegangan di dalam projek ini setelah menjualnya kepada syarikat Indonesia.”

Rafizi mendakwa “secara diam-diam”projek itu dimiliki kerajaan melalui sebuah syarikat yang memegang 51% dalam syarikat pemaju.

Beliau mendakwa kerajaan menggunakan beberapa pelabur untuk mengabui hakikat, “iaitu hutang-hutang 1MDB secara perlahan-lahan dan senyap-senyap diambil alih oleh kerajaan”.

Rafizi menambah “segala bukti setakat ini” membayangkan kerajaan menjual tanah milik kerajaan kepada syarikat Indonesia, “kemudian dibeli kembali menggunakan duit rakyat pada harga yang berganda lebih tinggi”.

Naib presiden PKR itu menggesa Irwan menjawab adakah Kementerian Kewangan membeli 51% pegangan dalam pemaju The Exchange 106 secara senyap-senyap dan bila Kementerian Kewangan membeli 51% pegangan itu.

Beliau juga bertanyakan apakah niat kerajaan mengumumkan kejayaan menarik pelabur asing melabur untuk membina The Exchange 106, “kemudian secara senyap-senyap membeli kembali projek itu?”.

Semalam, Irwan dilaporkan berkata 1MDB akan ditutup selepas semua hutangnya dibayar. Pengerusi 1MDB itu yakin dana milik kerajaan itu mampu melangsaikan semua hutang melalui pelan rasionalisasinya.

Pada 31 Disember lepas, 1MDB dilaporkan selesai membuat semua pembayaran kepada dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC) dalam satu urusjanji menyelesaikan pertikaian hutang RM4.9 bilion.

Media melaporkan wang untuk pembayaran itu hasil daripada program rasionalisasi melibatkan antara lain pertukaran hutang dengan aset dengan IPIC, penjualan Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corp untuk RM9.83 bilion, pembangunan tanah Tun Razak Exchange dan pelupusan aset bukan teras.

Pada Mac 2017, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata 1MDB, yang menanggung hutang sehingga RM50 bilion setakat Januari 2016, sudah melangsaikan semua hutang bank dan hutang jangka masa pendek.

Pada Julai 2017, Najib berkata isu 1MDB ini sengaja diperbesar-besarkan pembangkang kerana mahu menumbangkan kerajaan.

Nak bayar hutang 1MDB dengan wang apa, soal Dr Mahathir



1mdb-reuters


KUANTAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan bagaimana kerajaan mahu membayar hutang 1MDB, jika tiada wang.

“Selepas bayar (nak tutup 1MDB)? Macam mana nak bayar? Beritahu kepada kita daripada mana punca (wang). Kerajaan tidak ada duit,” katanya pada sidang media di Kuantan, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah yang syarikat pelaburan strategik itu akan ditutup selepas semua hutang dilangsaikan.

Irwan yakin dana milik kerajaan itu mampu melangsaikan segala hutang melalui pelan rasionalisasinya.

“Kita boleh bayar menerusi ‘monetisation’ aset-aset yang ada, dalam TRX City ada Bangunan Exchange 106 yang merupakan bangunan tertinggi di Malaysia dan penghuni-penghuni akan membayar sewa.

“Melalui wang ini kita akan membayar hutang…hasil diperoleh bukan membabitkan sehari dua, sebaliknya akan memakan masa lebih 10 tahun untuk menjana pendapatan daripada pembangunan jangka panjang terbabit. Sebaik saja habis hutang, tidak perlu lagi wujud 1MDB,” katanya semalam.

Pada 31 Disember lepas, 1MDB dilaporkan selesai membuat semua pembayaran kepada dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) dalam satu urus janji menyelesaikan pertikaian hutang RM4.9 bilion.

Media melaporkan wang untuk pembayaran itu diperolehi hasil program rasionalisasi yang antara lain membabitkan pertukaran hutang dengan aset yang dipersetujui IPIC, penjualan Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corp untuk RM9.83 bilion, pembangunan tanah Tun Razak Exchange dan pelupusan aset bukan teras.

Pada Julai 2017, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata isu 1MDB ini sengaja diperbesarkan pembangkang dalam usaha menjatuhkan kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang antara 4 parti komponen gabungan pembangkang itu hampir selesai.

Katanya, tinggal 1 atau 2 kerusi yang akan dimuktamadkan secepat mungkin.

Beliau turut mengakui pembahagian kerusi DUN di Selangor belum selesai dan memerlukan sedikit masa.

“Kita akan selesaikannya sebelum pilihan raya umum,” katanya.

Bayi yatim piatu terima pencen Perkeso

baby-reuters
Gambar Reuters


SITIAWAN: Seorang bayi perempuan berumur 5 bulan yang kehilangan ibu bapa dalam kemalangan di Jalan Sitiawan-Teluk Intan pada 15 Februari lalu, menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini.

Adwa Maisarah Sharizal menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibunya Siti Nor Fazirah Amran, 26, dan ayah, Sharizal Harun, 28, maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan sebuah kereta jenis Proton Iswara.

Bayi itu kini dijaga neneknya Nasirah Mohd Taib, 45.

Pengurus Pejabat Perkeso Manjung, Mohd Shaperi Md Salleh berkata pihaknya menyerahkan faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000 dan Adwa Maisarah juga akan menerima pencen penakat sebanyak RM777 sebulan bermula Mac sehingga berusia 21 tahun.

“Diharapkan dengan faedah yang diterima ini, sedikit-sebanyak akan membantu mengurangkan beban keluarga mangsa terutama kepada anak mangsa yang masih kecil,” katanya kepada pemberita pada Penyerahan Cek Faedah Perkeso kepada keluarga mangsa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang Datuk Rashidi Ibrahim di Kampung Sungai Limau.

Dalam kejadian 8.40 malam itu, Allahyarham Siti Nor Fazirah menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, sehari selepas kejadian manakala suaminya meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, Nasirah berkata dia reda dengan kejadian menimpa anak dan menantunya serta akan menjaga cucunya sebaik mungkin.

“Saya bukan orang senang namun saya akan cuba memberikan kemewahan kasih sayang dan perhatian kepada Adwa Maisarah,” katanya.

Menurut Nasirah, anak dan menantunya bekerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat kontraktor pembersihan loji di Manjung dan pemberian pencen penakat itu sedikit-sebanyak membantu meringankan beban dalam membesarkan Adwa Maisarah seperti kanak-kanak lain.

“Saya terharu menerima kedatangan Perkeso hari ini dan duit ini akan digunakan untuk menyelesaikan urusan tertangguh arwah sebelum ini.

“Pencen bulanan akan digunakan sepenuhnya bagi keperluan Adwa dan akan disimpan untuk masa depannya,” katanya.

Selasa, 27 Februari 2018

Shahida Kecewa Suami Kena Kecam Berlakon Filem…




MYNEWSHUB




MUNGKIN masih ada yang tidak tahu bahawa sebelum menceburi bidang perniagaan, Datin Seri Shahida merupakan penyanyi sebuah kumpulan nasyid pada suatu ketika dahulu.

 



Kumpulan tersebut dikenali sebagai Solehah, yang turut dianggotai oleh penyanyi Bienda dan isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu.

Oleh itu, Shahida mungkin mempunyai kredibiliti untuk membandingkan keadaan industri hiburan dulu dan sekarang.



“Suasananya berbeza. Dahulu, tiada kecaman hebat dan berbisa seperti sekarang. Lagipun, saya menganggotai kumpulan nasyid, pastinya keadaan yang saya lalui berbeza berbanding selebriti lain.

“Sekarang zaman internet, semua orang ada akses menerusi telefon pintar dan kemudahan ada dihujung jari sahaja. Banyak perkara boleh ditimbulkan oleh sesetengah pihak dan dijadikan isu hangat,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.



Sebab utama ibu kepada tiga cahaya mata itu mengeluarkan kenyataan seperti itu ialah disebabkan kecaman yaang diterima oleh suminya sendiri selepas membintangi filem sulungnya, Badang.



Sebagai isteri yang sedang mengandung, pastinya dia berasa sedikit terkilan dan sedih ketika membaca segala kritikan yang dilemparkan ke atas suami kesayangannya itu.

Sebelum ini, Aliff telah dikecam kerana didakwa menjadi perosak filem tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga telah ditegur oleh ramai artis lama dan menganggap dirinya masih belum layak menjadi pelakon jika sudah melatak selepas ditegur tentang cara lakonan.

Baca: Aliff Syukri Mohon Maaf Isu Ganggu ‘Periuk Nasi’ Orang

Juga: Amyza Aznan ‘Meluat’ Aliff Syukri Minta Bakat Dihargai

 



“Sebagai isteri, tipu kalau saya tidak terkesan. Sedih memang sedih kerana banyak kritikan yang berunsur cemuhan dan menjatuhkan.

“Kritikan yang membina itu positif untuk penambah baikan di masa akan datang, tetapi apa yang banyak diterima adalah kritikan menjatuhkan,” tambahnya lagi dengan perasaan sedih.

Malah, baginya segala kritikan itu bagaikan mengeji dan menghina sehingga menjatuhkan maruah mereka sekeluarga.



Bagaimanapun, sebagai seorang isteri, Shahida sentiasa menasihati Aliff supaya tidak membuat sesuatu perkara secara melulu.

Dia sering mengingati usahawan itu supaya sering berhati-hati setiap kali memuat niak gambar mahupun video di akaun Instagram.

Masakan tidak, netizen ni kalau dah tak suka, semua benda salah di mata mereka. Buatlah baik macam mana pun, pasti buruk yang menjadi fokus buat mereka.



Sementara itu, program realiti kehidupan mereka sekeluarga sekali lagi akan ditayangkan melalui saluran Astro yang bertajuk Oh Abang Kosmetik.

Oh Abang Kosmetik sudah memasuki musim kedua selepas ianya ditayangkan sekitar tahun lalu.
Jadi, kalau nak tengok macam mana kehidupan sebenar keluarga usahawan terkenal itu, jangan lupa saksikan setiap Isnin jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Percayalah, walaupun ramai yang cakap mereka tak suka pada Aliff Syukri tu, mesti akan ada yang curi-curi tengok juga untuk tahu kisah kehidupan mereka sekeluarga! – MYNEWSHUB.CC/AH

LIHAT VIDEO DI SINI
NO. 1
NO. 2
NO. 3

Penjawat awam bebas mengundi sesiapa

DETIK DAILY

 
Oleh A. Sivanesan

 IKRAR Aku Janji penjawat awam di bawah Peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bukan bermakna kakitangan kerajaan perlu menyokong Barisan Nasional (BN).

Sama seperti hak-hak pengundi yang lain, undi penjawat awam adalah rahsia, mengikut lunas-lunas demokrasi dan tidak hanya tertakluk kepada parti pemerintah semata-mata dengan mereka turut bebas mengundi parti pembangkang.

Kontrak perkhidmatan kakitangan awam juga sama seperti pekerja swasta yang jelas mengatakan pekerja hanya perlu mematuhi arahan majikan (kerajaan) semasa tempoh 8 jam bekerja dan tidak pernah menggariskan terma-terma wajib untuk mengundi BN.

Oleh itu, kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Zainal Rahim Seman bahawa penjawat awam perlu menghargai kerajaan sedia ada yang telah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam sektor perkhidmatan awam adalah sangat-sangat dikesali.

Sebagai kakitangan kerajaan, Zainal Rahim sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan yang sangat mengelirukan ini kerana kesetiaan penjawat awam adalah kepada 'government of the day' atau mana-mana kerajaan yang memerintah setelah dipilih oleh rakyat.

Semua pihak harus menolak kenyataan Zainal Rahim yang boleh dianggap suatu ugutan kepada kakitangan awam.

Buat kakitangan kerajaan yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), anda bebas untuk mengundi sesiapa jua sama ada dari mana-mana parti kerana hak tersebut dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Kami terima banyak aduan di kalangan guru yang mendakwa telah diugut akan dibuang atau dikenakan tindakan jika mengundi pembangkang pada PRU14.

Jangan takut, jika ada mana-mana penjawat awam yang ditekan, diugut atau dikenakan tindakan kerana tidak mengundi BN, kami sedia dan bersiap siaga membela anda. Kami akan memberi perkhidmatan guaman secara percuma demi menegakkan proses demokrasi dan membela nasib kakitangan kerajaan.

* A. Sivanesan adalah Pengerusi Biro Buruh DAP.
 
 

PRU14: Kenapa rakyat perlu sokong PAS

DETIK DAILY


Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

 KUALA NERUS: Rakyat dan pengundi mesti menyokong dan memilih PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, bukan kepada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) berdasarkan track record.

Ketua Pemuda PAS Dungun, Syeikh Hanafi Syeikh Hassan berkata PAS mempunyai track rekod yang cemerlang memerintah kerajaan Kelantan selama 27 tahun.

Malah, katanya PAS juga pernah memerintah Terengganu dan Kedah satu penggal termasuk Perak ketika kerajaan Pakatan Rakyat.

"Kita PAS telah ada track rekod itu yang cemerlang. Kita pernah memerintah Terengganu satu penggal dan 27 tahun memerintah Kelantan.

"Kita (PAS) pernah memerintah Kedah satu penggal dan memimpin Perak sebelum dijatuhkan termasuk bersama memimpin Selangor dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

"Mudah-mudahan modal ini benar-benar berjaya dipasarkan dan diterima oleh masyarakat rakyat. Inilah (PAS) pilihan terbaik, apatah lagi sebagai sebuah gerakan Islam yang menjadi mata rantai menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Chit-Chat Bersama Ustaz Syeikh Hanafi Sempena Fastaqim Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir, di perkarangan Pasti Al-Husna, Tok Jembal, Kuala Nerus, kelmarin dahulu.

Menurutnya, pemimpin Umno-BN dan Pakatan Harapan pula mempunyai track rekod yang tidak baik untuk dipilih serta wajar direhatkan.

Sehubungan itu, Syeikh Hanafi yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Terengganu yakin PRU14 ini bakal berlaku satu perubahan yang besar dinamakan Tsunami politik.

"Saya percaya Pemuda Dun Seberang Takir ini juga tidak kurang tahap keinginan untuk berubah ini. Bila kita hendak buat perubahan apa yang hendak dijanjikan kepada rakyat?

"Umno-BN dengan Transformasi Negara (TN50) dan parti ini telah rakyat beri peluang memerintah puluhan tahun. Maka, sudah tiba masanya untuk rakyat beri rehat kepada Umno-BN pada pilihan raya kali ini.

"Adapun Pakatan Harapan pula, tidak mempunyai agenda yang baik. Apatah bekas diktator ketuanya hendak dijadikan Perdana Menteri Malaysia semula.

"Apa yang kita hendak harapkan kepada orang (pemimpin) yang telah ada track rekod politiknya selama 22 tahun jadi PM (Tun Dr Mahathir)," tegasnya.

Beliau turut mengakui keupayaan PAS yang bersungguh-sungguh mahu mewujudkan sebuah kerajaan berkebajikan.

"Apa buktinya? Bukti paling besar ialah tidak pernah ada seorang pun pimpinan-pimpinan kita (PAS) kerajaan di Kelantan yang didakwa rasuah dan inilah ibu segala ibu mahu mewujudkan sebuah kerajaan berkebajikan.

"Kerajaan yang berintegriti dan inilah yang kita (PAS) hendak pasarkan kepada rakyat. InsyaAllah, jika berlaku perubahan sungguh baik di peringkat negeri mahupun pusat," jelasnya. Moderator program itu, Raja Arizal Raja Arif dan hadir sama Pengarah MTD Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang.-H/D

Tetapkanlah tarikh pilihan raya...

DETIK DAILY

 
Oleh Lanh

THAI umum pilihan raya Nov '18 - demikian tajuk utama berita sebuah akhbar tanah air tidak lama dulu. Intro berita itu berbunyi: Thailand akan mengadakan pilihan raya umum pada November 2018, menurut Perdana Menterinya Prayuth Chan-o-cha.

Selain Thailand, sebagai jiran terdekat, banyak lagi negara maju dan sedang membangun seperti Pakistan dan Indonesia awal-awal lagi sudah menetapkan tarikh pilihan raya lama sebelum ia berlangsung. Pendeknya, sejak awal lagi tarikh itu telah di'booking' (tempah) - jadi tidaklah banyak pihak dan orang perseorangan 'jadi susah' dibuatnya.

Malah negara yang mendabik dada sebagai terhebat di dunia, Amerika Syarikat juga sudah menetapkan tarikh pilihan raya lama sebelum ia berlangsung. Amerika memilih tanggal awal November setiap empat tahun sebagai tarikh pilihan raya.

Akan tetapi, di Malaysia, Perdana Menteri mempunyai kuasa memilih tarikh pilihan raya. Mungkin setelah beliau berpuas hati bahawa semua keadaan menguntungkan perikatan parti pemerintah BN, barulah beliau membuat kepu- tusan untuk mengadakan pilihan raya.

Sekarang ini pelbagai pihak membuat andaian pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat ini kerana telah wujud pelbagai 'feel good factor' seperti pulangan dividen atau bonus tinggi bagi KWSP, Tabung Haji, malah ekonomi dikatakan semakin kukuh termasuklah peningkatan nilai ringgit berbanding dolar Amerika.

Di Malaysia kerana 'ada kuasanya' seseorang perdana menteri mengenai tarikh pilihan raya menyebabkan banyak pihak dan orang perseorangan kelam kabut apabila pilihan raya diadakan mengikut 'suka hati' beliau!

Bagi negara kita, umum mengetahui bahawa PRU mesti diadakan sebelum tarikh akhir hayat Parlimen selepas kerajaan yang memerintah tamat tempoh lima tahunnya. Bagaimanapun, tarikh PRU itu tidak diketahui, ia boleh diadakan bila-bila masa sebelum tempoh itu tamat; ketidak-tentuan tarikh pilihan raya inilah dilihat sebagai dieksploitasi oleh parti pemerintah sementara bagi pembangkang ia banyak merugikan mereka.

Jika dilihat senario antarabangsa seperti yang telah dinyatakan, kebanyakan negara demokrasi dunia mempunyai jadual pilihan rayanya. Mungkin negara kita satu-satunya di mana ketua kerajaan (perdana menteri) mempunyai hak menentukan tarikh pilihan raya.

Beliau berhak memanggil pilihan raya sekalipun tempoh mandat pemerintahan lima tahun belum tamat. Namun biasanya pilihan raya dilangsungkan pada ketika parti pemerintah yakin ia mendapat undi dan sokongan kuat rakyat. Ia dilangsungkan pada ketika parti pemerintah berada dalam keadaan kuat dan selesa.

Apabila perdana menteri sahaja yang tahu bila pilihan raya hendak diadakan, beliau akan menggunakan kesempatan itu sepenuhnya. Sudah pasti beliau menjurus untuk mengadakannya pada masa difikirkan paling sesuai untuk kemenangan partinya sementara lawan pula berada dalam keadaan huru-hara atau lebih teruk lagi 'nazak'.

Seorang tokoh politik pembangkang berkata sewajarnya perdana menteri bersikap 'gentleman' atau dalam bahasa Melayu pasarnya 'anak jantan' dengan mengumumkan tarikh pilihan raya lebih awal dan bukannya berahsia. Katanya, pengisytiharan awal tarikh pilihan raya akan memberi peluang adil kepada semua parti atau individu yang akan bertanding.

Teka-teki tarikh pilihan raya membayangi negara buat tempoh masa yang panjang. Apabila diheboh-hebohkan akan diadakan pilihan raya, sepanjang tempoh ini dikhuatiri ‘politiking’ amat panas, menjadikan banyak kerja dan perancangan bukan saja di pihak kerajaan tetapi rakyat tergendala.

Misalnya, perbahasan hangat terjadi agar pilihan raya tidak dilangsungkan pada waktu tertentu seperti musim haji atau musim tengkujuh (banjir); semua ini menyumbang kepada ketidak-tentuan yang boleh membawa kepada pelbagai hal negatif seperti pembaziran masa dan tenaga manusia. Dengan tiadanya tarikh PRU ditanda di kalendar, banyak majlis seperti keramaian dan perkahwinan boleh terjejas dan menyusahkan pelbagai pihak.

Sehubungan itu dilihat bahawa ada keperluan mendesak untuk meminda undang-undang pilihan raya termasuklah menetapkan tarikh pilihan raya. Apabila tarikh pilihan raya sudah ditetapkan awal, tidaklah urusan pelbagai pihak tergugat akibat ketidak-tentuan itu seperti yang berlaku sekarang ini!-http://lanh14.blogspot.my/

Muhyiddin Kecewa Jentera Pakatan Harapan Bergerak Tanpa Hala Tuju

 
 



Pengarah Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin kecewa dengan jentera PH di seluruh negara yang dilaporkan bergerak tanpa hala tuju dan gagal membuktikan sokongan rakyat terhadap gabungan pembangkang itu.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara Selangor, Jaafar Samsudin dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Wanita Amanah Selangor semalam.

“Tanpa bukti, dan kerja ini kita buat, kita bergerak, kita menjalankan kerja pilihan raya dalam keadaan tanpa haluan tuju dan bukti yang mengatakan kita mendapat sokongan.

“Baru-baru ini dalam Mesyuarat Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia yang dipengarahkan oleh Tan Sri Muhyiddin, memohon pihak Pakatan Harapan menunjukkan kedudukan cula di tiap-tiap negeri di seluruh negara, sama ada SFERA-nya atau report-report yang lain,

Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia tidak dapat menunjukkan kedudukan sokongan kita di seluruh Parlimen, 222, yang menyebabkan Tan Sri Muhyiddin berasa kecewa dan amat terperanjat,”kenyataan Jaafar dipetik.

AMANAH buat kajian, culaan letak calon di Marang bukan menujum



AMANAH buat kajian, culaan letak calon di Marang bukan menujum


AMANAH Negeri Terengganu menempelak Timbalan Pesuruhjaya Pas II TerengganuDr Alias Razak kerana menujum jangka hayat AMANAH dan memperlekehkan hasrat AMANAH meletakkan calon di kerusi Parlimen Marang.

Pengerusinya Miqdad Zakaria berkata, AMANAH sendiri telah membuat kajian dan culaan terhadap kemampuan parti itu untuk meletakkan calon melawan Presiden Pas Abdul Hadi Awang dalam Pilihan Raya Umum (PRU)  ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi.

“AMANAH dan Pakatan Harapan Marang sama sekali tidak pernah membuat keputusan terburu buru, untuk bertanding di Parlimen dan semua Dun di Marang.

“Ianya dibuat atas kajian dan culaan yang teliti dari semua pihak, dan kita yakin bahawa AMANAH dan PH Marang mampu menyumbang sekurang-kurangnya satu Kerusi Parlimen dan empat Kerusi baru di Pusat dan Negeri,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya II Pas Terengganu Dr Alias Razak yang dipetik berkata masa depan AMANAH kian pudar selepas PRU14 dan parti itu bakal mengikut jejak parti serpihan sebelum ini seperti Semangat 46 yang telahpun ‘bersara’ dalam politik tanah air.



Justeru kata anak saudara kepada Abdul Hadi ini, AMANAH Marang sangat berterima kasih kepada Timbalan Pesuruh Jaya II Pas Negeri Terengganu itu kerana sudi menujum tarikh hayat Parti AMANAH Negara.

“Terima kasih sekali lagi. Seperti sebelum ini, amalan menujum hayat parti bukan beliau sahaja, bahkan termasuk Presiden Pas sendiri, yang mana seorang yang digelar sebagai Tuan Guru dan pernah dihebohkan bermimpi Nabi beberapa kali demi ingin menyatakan ketelusan matanya dalam menujum.

“Akan tetapi, akhirnya diketahui ramalan Presidennya sendiri meleset dan tidak benar.

“Jadi kalau Presiden pun boleh salah dalam meramal, takkan seorang Doktor seperti beliau lebih telus pandangan mata dari Presidennya sendiri,” sindirnya.

Miqdad yang juga Timbalan Pengerusi PH Marang berkata, ahli Pas di negeri itu tidak lebih daripada 8,000 pengundi. ini menunjukkan bahawa Presiden Pas sendiri ujarnya lagi, tahu nasibnya di Marang jika golongan atas pagar tidak mengundi beliau.

“Dan sejarah telah terbukti, beliau pernah tewas di gelanggang sendiri disebabkan undi atas pagar berpindah kepada calon BN.

“Atas sebab sebab inilah AMANAH Marang berani untuk bertanding, dan kami optimis dengan kemenangan.

“AMANAH Marang tidak bersendirian , kami masih ada kekuatan dari rakan Pakatan Harapan yang lain,” ujarnya.

Miqdad Zakaria

Beliau mendakwa penyokong PH di Marang lebih daripada 35,000 orang yang akan menjadi terasnya ialah undi atas pagar dan undi Cina.

“Oleh itu Pas jangan suka memperlekehkan lawannya. AMANAH Marang ingin mengingatkan Pas Terengganu dan juga Pas Marang agar istiqomah untuk mempamerkan sifat matang dan sejahtera yang pernah ditunjukkan kepada Umno-BN sekarang ini,” tegasnya.

Baru Bian Gagal : Mahkamah Sivil Tidak Boleh Bicara Kes Murtad



Firma guaman Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian gagal membawa kes empat orang muslim yang mahu murtad ke mahkamah sivil apabila Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Kuching hari ini memutuskan mahkamah sivil tidak mempunyai hak untuk membicarakan kes murtad.

Menurut Borneo Post, panel lima anggota itu sebulat suara memutuskan, berdasarkan undang-undang kes, bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan kes-kes murtad.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata walaupun tidak ada peruntukan seperti itu dalam Ordinan Mahkamah Syariah 2001, terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 yang boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah.

Panel yang diketuai oleh Zulkefli turut dianggotai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dan hakim-hakim Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan dan Tan Sri Ramly Ali.

Baru Bian, peguam keempat-empat pemohon itu mengemukakan soalan kepada Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Tinggi pada tahun 2015 menolak permohonan mereka untuk membatalkan status agama Islam mereka dan keputusan itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun 2016.

Pengerusi PKR Sarawak itu berhujah bahawa Mahkamah Syariah Sarawak “tidak dibekalkan kuasa untuk memutuskan kes murtad” oleh Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak 2001.

Walau bagaimanapun, peguam responden – Jabatan Agama Islam Sarawak dan Jabatan Pendaftaran Negara – mengemukakan hujah bahawa peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 adalah memadai.

Empat pemohon itu – seorang yang dilahirkan sebagai Islam dan tiga orang mualaf – memohon perintah mahkamah untuk meninggalkan Islam dan mahu agama dalam kad pengenalan mereka diubah kepada Kristian.

Mereka adalah Syarifah Nooraffyzza Wan Hoosen, Tiong Choo Ting @ Mohd Syafiq Abdullah, Salina Jau @ Salina Jau Abdullah dan Jenny Peter @ Nur Muzdhalifah Abdullah

Pengerusi PKR Sarawak Bela 4 Muslim Yang Mahu Murtad

Maria Chin Sertai PKR Untuk Tanding PRU 14





Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dijangka meletak jawatan dalam tempoh dua minggu lagi dan menyertai PKR untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, Maria bakal bertanding di “kerusi selamat” bagi memastikan beliau menang dan menjadi Ahli Parlimen pada PRU itu.

Ketika dihubungi untuk mengesahkan perkembangan itu, Maria menjawab: “No komen.”

Minggu lepas, akhbar arus perdana New Straits Times melaporkan yang Maria mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Batu atau Petaling Jaya Selatan, Ambiga pula dikatakan akan bertanding di Kapar atau Segamat.

Bagaimanapun Ambiga memberitahu The Malaysian Insight yang beliau “tidak berminat” dengan politik.

“Jika Ambiga tidak bertanding, dia mungkin akan menggantikan Maria sebagai pengerusi Bersih selepas pilihan raya.

“Buat masa sekarang, Shahrul akan menyandang jawatan pengerusi,” kata sumber itu merujuk kepada Timbalan Pengerusi Bersih Shahrul Aman Mohd Saari.

Minggu lepas, Ketua Eksekutif Institut Demokarsi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan mengumumkan pengundurannya daripada badan pemikir tu berkuatkuasa 18 Februari.

Wan Saiful yang merupakan ahli PAS dijangka meninggalkan parti Islam itu untuk menyertai PPBM minggu ini.

Wan Saiful dilihat melawat ibu pejabat PPBM di Petaling Jaya, dan masih mendiamkan diri mengenai dakwaan yang beliau akan menyertai parti itu.

Audio pengakuan Pas terima duit Umno mula tersebar

Audio rakaman berdurasi 2.3 minit dikesan mula tersebar.

Sebahagian audio rakaman yang didakwa menjadi bukti pengakuan kerjasama antara Umno dan Pas mula tersebar malam ini yang dikatakan suara seorang AJK Pas Pusat.

Kewujudan audio ini  mula didedahkan oleh Naib Presiden Amanah, Husam Musa di Kota Bharu 18 Februari lepas apabila beliau mendakwa mempunyai rakaman itu.

Audio dengan latar belakang pengakuan berdurasi 2.30 minit itu tersebar mulanya dikesan dalam Facebook Ketua Amanah Marang, Miqdad Zakaria itu kemudiannya telah dikesan disebarkan melalui media sosial yang lain khasnya whatapps.

Video klip yang berasaskan audio itu bertajuk ‘Bukti Pas ambil duit Umno’ itu memaparkan suara penjelasan seorang yang dikatakan AJK Pas Pusat itu menjelaskan bagaimana ia bermula.

Ia dikatakan bermula apabila sesetengah pemimpin Pas tidak berpuashati dengan dakwaan pemimpin Pas yang lain menerima duit Umno.

Beliau bersama beberapa rakannya dikatakan menuntut penjelasan secara tertutup daripada AJK PAS Pusat berkenaan dan sessi tersebut telah dirakamkan audionya.

Sebelum ini, dalam ceramahnya di Kota Bharu, Husam Musa mendakwa mempunyai bukti pengakuan ini dan pihak yang membuat pengakuan itu meminta agar ia jangan disebarkan atau “akan disumpah menjadi abu.”

Ekoran itu, seorang ahli Pas di Kuala Terengganu telah membuat laporan polis mengenainya.

Murtad: Keputusan mahkamah tepat, mendasari perundangan Islam, kata Perkasa





Datuk Ruslan Kassim


Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) hari ini menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan Kuching membatalkan permohonan empat individu warga Sarawak untuk mengisytiharkan diri mereka keluar dari Islam.

Ketua Penerangannya Datuk Ruslan Kassim berkata, dengan keputusan Mahkamah Persekutuan Kuching bahawa kes murtad hendaklah di dengar di Mahkamah Syariah dan hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk memutuskannya diterima sebagai suatu justifikasi dan pensejajaran kembali aspek penguatkuasaan undang-undang di negara ini.

Katanya dengan keputusan itu ia sekaligus dianggap langkah pemerkasaan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

“Perkasa amat mengalu-alukan keputusan tersebut dan menyifatkannya dibuat tepat pada waktunya kerana sekurang-kurangnya meredakan kegelisahan orang Melayu yang selama ini masih tetap bersabar dengan asakan sentimen kebencian kaum dan agama, khususnya terhadap bangsa Melayu dan Islam, yang dilakukan oleh segelintir rakyat negara ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai Mahkamah Persekutuan Kuching hari ini, membatalkan permohonan empat individu warga Sarawak untuk mengisytiharkan diri mereka keluar dari Islam

Keputusan dibuat lima panel hakim dianggotai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan selepas meneliti permohonan berkenaan, termasuk hujah berkaitan.

Walaupun Mahkamah Syariah Sarawak tidak memiliki kuasa dalam kes itu, namun isu berkenaan masih tertakluk kepada bidang kuasa diperuntukkan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Permohonan itu dibuat Syarifah Nooraffyza Wan Hosen, Jenny Peter@ Nur Muzdhalifah Abdullah, Mohd Syafiq Abdullah@ Tiong Choo Ting dan Salina Jau Abdullah.

Menurut Ruslan lagi, Perkasa yakin agenda berjadual mereka akan terus dilancarkan bagi mengubah persepsi tentang kedudukan bangsa Melayu dan kaum Bumiputera sebagai bangsa pentakrif di bumi ini serta membuat justifikasi sembrono mereka dalam hal kesamarataan tanpa mengambil kira faktor keabsahan sejarah, nasab permastautin dan hakikat pemilikan bangsa Melayu dan kaum Bumiputera terhadap wilayah perpolitikan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

“Perkasa turut merasa lega dengan penolakan Mahkamah Persekutuan di Kuching terhadap permohonan rayuan empat individu untuk mendapat perisytiharan di Mahkamah Sivil dan menganggap penolakan tersebut sebagai pemulihan dan penegakan kembali perkara-perkara dasar dalam pengurusan tatacara bernegara,” ujarnya.

PH Pahang bidas kebiadaban, budaya gengsterisme Umno Bahagian Pekan



PH Pahang bidas kebiadaban, budaya gengsterisme Umno Bahagian Pekan

Pakatan Harapan Pahang menolak sekeras-kerasnya kenyataan biadab ahli jawatankuasa Umno Bahagian Pekan, Abdul Rahim Yahya yang didakwa mengugut dan menghasut.

Zulkifli Mohamed

Ketua Penerangannya Zulkifli Ahmad berkata, kenyataan itu dikeluarkan semata-mata kebimbangan Umno dengan kehadiran Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad dalam siri jelajahnya di beberapa daerah di Negeri Pahang esok.

“Amat jelas kenyataan dibuat bersifat mengugut dan menghasut untuk mengganggu kehadiran Tun Dr Mahathir dalam siri jelajah beliau ke daerah Pekan, Kuantan dan Chini.

“Kenyataan Abdul Rahim amat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu cubaan untuk merosakkan ketenteraman dalam amalan demokrasi dan kebebasan bersuara di negara kita.

“Ia juga adalah manifestasi gengsterisme dan radikalisme yang berakar umbi dalam Umno-BN selama ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan di buat AJK Umno Bahagian itu hari ini dipetik berkata, Umno Pekan memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat rasa tidak puas hati terhadapnya di kawasan parlimen diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Rahim berkata ramai pemuda di kawasan itu telah memberitahunya mengenai lawatan Mahathir dan mereka merancang melakukan “banyak perkara” lantas beliau berpesan kepada bekas perdana menteri itu agar membatalkan lawatannya ke kawasans itu esok.

Zulkifli yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH berkata, PH tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang sengaja untuk mencetuskan ketegangan dan mengganggu-gugat sistem demokrasi di negara ini.

“Pakatan Harapan juga sentiasa mendukung amalan demokrasi dan kebebasan bersuara yang sudah termaktub di dalam perlembagaan negara.

“Justeru itu, Pakatan Harapan sentiasa akan memastikan segala program dan aktiviti yang dianjurkan, selari dan tidak melanggar undang-undang negara,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama turut dilaporkan kenyataan Pengerusi PH Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman yang turut membidas Umno Bahagian Pekan kerana mengeluarkan amaran terhadap Dr Mahathir.

Saya tidak nampak apa-apa sebab mengapa mereka begitu teruja dengannya. Ini adalah negara yang bebas.

“Sekiranya kamu benarkan gangsterisme untuk memerintah, maka parti lain juga boleh mencari samseng,” kata Fauzi seperti dilaporkan Malaysiakini.

Kerusi DUN PH masih tiada keputusan

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) sehingga kini masih lagi gagal memuktamadkan agihan kerusi DUN dibeberapa buah negeri walaupun sudah melepasi tiga kali tarikh akhir yang ditetapkan Majlis Presiden.
 
Seperti yang dimaklumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, rundingan berkenaan masih berjalan. 
 
"Agihan kerusi kita (PH) hampir selesai. Kita akan umumkan sebaik sahaja sedia untuk diumumkan," katanya dalam sidang media sebentar tadi.
 
Ditanya sama ada kerusi Parlimen Ayer Hitam, Johor sudah diputuskan sama ada milik DAP beliau juga berkata ianya belum diputuskan lagi.
 
"Belum putuskan lagi," ujarnya.
 
 

Bai'ah tak salah tapi jangan obses - Penganalisis

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Lafaz bai'ah atau ikrar diakui amat diperlukan bagi sesebuah parti namun jangan sampai ia menjadi ekstrimis, kata penganalisis politik Edwin Michael Muniandy.
 
Beliau menegaskan lafaz itu menjadi suatu keperluan dalam menunjukkan kesetiaan ahli kepada sesebuah parti tetapi tidak sepatutnya menyebabkan keluarga bercerai-berai jika ahli berkenaan keluar parti.
 
"Jika dilihat politik dunia, ini tidak diamalkan di negara-negara lain, tapi ini menjadi satu trend di Malaysia parti-parti politik mengamalkan tradisi ni, tetapi yang saya rasa terlalu ekstrem adalah PAS sampai bercerai berai, talak tiga dan sebagainya.
 
"Tetapi parti politik lain yang mengamalkannya adalah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawasanya calon yang mereka pilih itu menunjukkan kesetiaan kepada parti.
 
"(Untuk) menunjukkan persepsi bahawa calon tidak akan lompat parti dan sebagainya, tapi dalam konteks lain, ini membawa suatu yang buruk seperti yang berlaku dalam konteks PAS bercerai talak tiga dan sebagainya", katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Mengulas lebih lanjut isu ini, Edwin berkata PAS hendaklah mengamalkan politik sederhana sebagaimana agama Islam mengajar umatnya untuk bersederhana dalam semua aspek.
 
"Ini dikatakan obses politik dimana mereka meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan lain.
 
"Kalau kita lihat dalam konteks Islam sekalipun, semuanya harus dalam bentuk kesederhanaan. Begitu juga politik, kita perlu bersederhana dalam politik, tetapi dalam PAS ini kita lihat keobsesannya yang terlampau sehingga menggugat institusi kekeluargaan itu sendiri," ujar beliau.
 
Walau bagaimanapun, Pensyarah Sains Politik dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) itu, juga melihat lafaz bai'ah kini mula menjadi satu kewajipan setiap kali berlakunya pilihan raya umum.
 
"Dalam konteks yang umum, menjadi keperluan, mereka menunjukkan kesetiaan kepada parti, ini bukan bercakap tentang PAS khususnya tapi parti politk lain, perlu kerana kesetiaan itu ada disitu.
 
"Tapi kalau konteks lebih menjurus kepada parti politik itu sendiri, saya rasa tidak perlu. Kerana katakan calon yang dipilih, adalah calon yang mendapat perkenaan presiden dalam konteks Barisan Nasional dapat perkenan Perdana Menteri jadi tidak patut timbul persoalan kredibiliti calon itu," katanya lagi

Bapa 'durjana' fail rayuan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang bapa yang dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan kerana melakukan 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun, mengemukakan rayuan bagi mengurangkan hukuman penjara itu.
 
Rayuan lelaki berusia 37 tahun yang sebelum ini bekerja sebagai ejen unit amanah itu akan didengar pada 23 April ini di Mahkamah Tinggi Jenayah, di sini.
 
Penolong Kanan Pendaftar Nur Ain Mustapa menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes tersebut di hadapannya, hari ini dengan dihadiri lelaki itu yang juga perayu, manakala pendakwaan selaku responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin.
 
Aimi Syazwani memberitahu wakil media, mahkamah memerintahkan perayu melantik peguam untuk mewakilinya dan memintanya memohon bantuan pihak penjara bagi melantik peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
 
"Mahkamah memberitahu perayu sekiranya gagal melantik peguam pada tarikh perbicaraan rayuan, dia perlu mewakili kesnya sendiri," kata Aimi Syazwani sambil menambah lelaki itu menfailkan rayuannya pada Oktober tahun lepas, iaitu sebulan selepas dijatuhkan hukuman.
 
Kesnya mendapat perhatian ramai kerana ini pertama kali seorang tertuduh menghadapi pertuduhan jenayah seksual yang sangat banyak.
 
Pada 8 September 2017, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara terhadap lelaki itu selepas dia mengaku bersalah atas 591 pertuduhan meliwat, 30 pertuduhan melakukan seksual fizikal, satu pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa yang juga anak perempuan sulungnya.
 
Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun bagi kesalahan merogol, manakala untuk penganiayaan seks, bapa tiga anak itu dihukum penjara 20 tahun.
 
Dia juga dihukum penjara 20 tahun bagi setiap pertuduhan melakukan seksual fizikal dan ketiga-tiga hukuman itu diperintahkan berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 26 Julai lepas.
 
 

Rehlah Dhuha pasak istiqamah Muslimat Putatan

AISYAH RAMADHA ISMAIL


PUTATAN: Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan telah mengadakan Rehlah Dhuha yang dilangsungkan di Tanjung Aru, di sini kelmarin dahulu.
 
Program ini bertujuan menyemarakkan semangat persaudaraan dan kekeluargaan jentera Muslimat dengan berjamaah bermunajat kepada Allah agar diberi kekuatan untuk menghadapi PRU14.
 
Taujihat telah disampaikan oleh Setiausaha Muslimat PAS Putatan, Laila Sufiah S Ali yang mengingatkan jentera Muslimat terhadap pengukuhan amalan-amalan perlu dirutinkan.
 
Usaha itu ujarnya, sebagai merapatkan hubungan dengan Allah S.W.T dalam meraih juga pertolongan dan keredaan dari-Nya.
 
Sehubungan itu serunya, amalan zikir, doa, selawat, qiyamullail dan selainnya perlu dirutinkan sebaiknya sebagaimana dilakukan Rasulullah S.A.W.
 
Majlis sederhana yang dihiasi alunan salawat tafrijiyah itu dilihat mengikat semangat ukhuwah dan juang Muslimat PAS Putatan. -HARAKAHDAILY

Seruan dan sokongan buat Mahkamah Syariah S'wak

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH





MALAYSIA menghadapi satu lagi konflik bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Kali ini melibatkan kes rayuan Mahkamah Persekutuan berkenaan tuntutan murtad empat orang Muslim dari Sarawak.

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan satu isu undang-undang iaitu : Sama ada Mahkamah Syariah ada bidang kuasa mendengar kes murtad, ataupun itu adalah bidang kuasa Mahkamah Sivil.

Kes ini bakal menjadi titik penentuan kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak berkenaan memutuskan kes murtad : adakah masih punya bidang kuasa atau tidak.

Muslimat PAS menyeru umat Islam mendoakan agar kemenangan berpihak kepada institusi-institusi agama Islam Sarawak yang dinamakan sebagai responden-responden dalam kes ini agar bidang kuasa Mahkamah Syariah yang sedia terhad terus terpelihara.

Kita tidak mahu pemelukan agama Islam dianggap perkara main-main yang dilakukan tanpa sikap tanggungjawab dan hormat kepada agama yang merupakan agama rasmi negara seperti tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan dalam beberapa kes telah pun memutuskan bahawa murtad adalah bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti kes-kes berikut :

(i)     Soon Singh a/l Bikar Singh v Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah & Anor [1999] 1 MLJ 489;

(ii)     Majlis Ugama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai v Shaik Zolkaffily bin Shaik Natar & Ors [2003] 3 MLJ 705;

(iii)     Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan lain-lain [2007] 4 MLJ 585; and

(iv)     Hj Raimi bin Abdullah v Siti Hasnah Vangarama bt Abdullah and another appeal [2014] 3 MLJ 757.

Kita mengharapkan permohonan semakan kehakiman oleh pihak perayu tidak dibenarkan, seterusnya bidang kuasa Mahkamah Syariah berkenaan isu murtad tidak lagi dipertikaikan.

Akhirnya, Muslimat PAS berpandangan bahawa masa hadapan bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah masa hadapan generasi Muslim seluruhnya.

*USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia