JOHOR BAHRU: PKR dijangka meletakkan nama besar daripada Pusat di tiga
kawasan Parlimen iaitu Batu Pahat, Tebrau dan Pasir Gudang.
Ketua Cabang PKR Tebrau, Steven Choong, berkata beliau difahamkan pucuk
pimpinan PKR dijangka meletakkan calon nama besar di tiga kawasan
berkenaan.
Bekas calon PKR bagi Parlimen Tebrau pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13) lalu berkata, bagaimanapun nama calon berkenaan masih belum
diputuskan pucuk pimpinan tertinggi PKR.
"Selama ini saya diarahkan (pucuk pimpinan) terus kerja dan saya akan
terus bekerja, tapi saya sudi (beri laluan) kalau ada orang hebat (dari
PKR) nak kerusi Parlimen Tebrau.
"Siapa yang akan bertanding di kerusi Parlimen ini memang hak pucuk
pimpinan iaitu Presiden kita. Saya terus kerja kerana selepas PRU13 pun
saya terus kerja berkhidmat kepada rakyat di kawasan ini," katanya
dipetik Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Taman Rekreasi Adda Heights di sini, hari ini.
Choong berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nama besar
yang akan diletakkan pucuk pimpinan PKR di Johor menjelang PRU ke-14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.