Isnin, 31 Mac 2014

K'jaan bazir RM70 juta lewat siapkan Hospital S.Alam

SALMIYAH HARUN 


 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan telah membazirkan RM70 juta bagi projek membina Hospital Shah Alam.

Beliau dalam sesi soal jawab pagi tadi berkata pembaziran itu berlaku kerana projek yang sepatutnya dijadualkan siap dalam masa dua tahun telah dilanjutkan sehingga enam tahun.

"Bagaimana kerajaan hendak tentukan pembaziran ini tidak berlaku lagi selepas ini untuk projek-projek lain.

"Apakah menjadi perkara biasa bagi Kementerian Kerja Raya projek-projek memakan masa bertahun-tahun untuk disiapkan?"soalnya.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin jumlah keseluruhan kos projek yang terlibat sehingga ini sebanyak RM550.8 juta.

Katanya, sebanyak RM 410.8 juta adalah kos kontrak semasa manakala RM 140 juta lagi melibatkan bayaran kos kontrak terdahulu yang telah ditamatkan pada September 2010.

Tambahnya, kos yang terlibat pada awalnya sebanyak RM 480.6 juta kerana kegagalan kontraktor pertama jumlah kos yang baru adalah RM 550.8 juta.

"Pihak kerajaan telah mengambil tindakan dengan menubuhkan panel awam dalam masa sama kontraktor asal dikenakan tindakan undang-undang,"katanya.

Masalah projek Hospital Shah Alam sering dibangkitkan oleh Khalid bahkan perkara ini turut diakui oleh Rosnah.

Projek Hospital Shah Alam telah dimulakan pada 15 November 2007 dan  dijangka siap pada 25 Jun 2011, tetapi hari ini Timbalan Menteri Kerja Raya memaklumkan projek itu akan siap sepenuhnya 24 September 2014.

Memali: PAS gesa siasat semula, tarik balik kertas putih 1986



SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan menarik balik kertas putih berkenaan Peristiwa Memali yang telah dibentangkan di Parlimen pada tahun1986 serta menarik balik fatwa Bughah yang dikenakan kepada Ibrahim Libya dan para pengikutnya.

Merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Keselamatan Dalam Negeri Tun Musa Hitam, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Peristiwa Memali satu konspirasi tersembunyi yang sudah mempunyai skrip.

"Bagaimana Kertas Putih dibentangkan? Sedangkan ia meragukan tetapi perencanaan skrip seolah-olah susah ada.

"Saya minta kerajaan, Najib bawa usul tarik balik ke atas kertas putih 1986. Hanya kerajaan boleh tarik balik,"katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Mahfuz turut mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah turut menarik balik fatwa ‘Bughah’ (penderhaka) terhadap Allahyarham Ibrahim Libya serta 14 pengikutnya.

Ini kerana katanya, fatwa itu adalah tidak tepat kerana tidak menyedari kejadian itu terhasil daripada konspirasi halus kerajaan menjadikan fatwa itu boleh dipersoalkan.

Katanya, penarikan balik dua perkara itu bertujuan menjaga nama baik Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang pada ketika itu ialah Sultan Kedah.

Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan berkata satu siasatan semula perlu diadakan bagi membersihkan nama baik mereka yang terlibat dalam tragedi berdarah itu.

"Jatuh hukum Bughah, tetapi sebenarnya mereka dizalim," katanya dalam sidang media bersama Mahfuz dan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli.

Bagi Hatta, Musa mungkin tidak tertanggung dengan fakta Peristiwa Memali menyebabkan beliau sanggup mendedahkan apa yang berlaku di sebalik kejadian itu.

Hatta percaya peristiwa hampir 30 tahun lalu menunjukkan mangsa dianiaya dan paling mengecewakan apabila tidak ada kata maaf daripada kerajaan buat ahli keluarga mangsa.

Peristiwa Memali berlaku ketika pihak polis cuba untuk menahan Ibrahim Libya di bawah ISA kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Pihak polis membuat rempuhan dengan kereta perisai kerana Allahyarham enggan menyerah diri mengakibatkan 18 terbunuh termasuk empat anggota polis pada 19 November 1985.

CNN Pula Cuba Gambarkan Kapten Zaharie Sebagai Pengganas

KELAB GRENBOC


CNN cuba gambar imej negatif Zaharie'

 
Seorang bekas rakan sekolah Kapten Zaharie Ahmad Shah meminta agar juruterbang itu tidak dipersalahkan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free, Jalil Saad berkata beliau tidak berpuas hati dengan laporan nagatif pihak media asing yang cuba mencari kesalahan Zaharie.

Beliau berkata media asing seperti CNN (Cable News Network) dan Asia Wall Street Journal (AWSJ) datang ke sekolah itu minggu lalu bagi mendapat butiran lebih lanjut tentang juruterbang tersebut.

"Saya beritahu mereka saya tidak setuju dengan laporan mereka sebelum ini terutama CNN yang cuba menggambar imej negatif Zaharie dengan mengaitkannya dengan pengganas," katanya hari ini.

Beliau berkata juruterbang itu yang merupakan rakan sekolahnya di sekitar tahun 70-an merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan bekerja kuat untuk mencapai cita-citanya menjadi juruterbang.

"Saya berharap semua media asing tidak membuat spekulasi mengenai Zaharie sehingga siasatan ke atas kehilangan misteri pesawat yang dipandunya selesai," tambahnya.

Semasa perhimpunan di sebelah pagi, para pegawai, guru dan pelajar sekolah tertua di Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 1,045 pelajar bertafakur selama seminit bagi mengingati penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang.

Bendera turut dinaikkan separuh tiang.- Bernama

ULASAN GB

Jelas kini, CNN cuba media barat cuba mengaitkan Kapten Zaharie sebagai "pengganas". Sama seperti kes 9 September, dimana umat Islam dihambinghitamkan sekalipun umum sudah mengetahui siapakah sebenarnya dalang di sebalik serangan tersebut - iaitu - sekutu Amerika paling akrab, Israel.

Yang menyedihkan kita ialah ada umat Islam di dalam negara ini yang turut menghina dan memfitnah Katen Zaharie - mungkin mengikut telunjuk barat tersebut - menuduh atau menyetujui kononnya Zaharie sebagai fanatik Anwar, malah ada yang pergi lebih jauh, menuduh Zaharie membunuh diri!

Kebenaran akan tetap terbongkar dan terserlah, marilah kita terus berdoa:

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
 

1) Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

 

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

MH370: Najib Terbang Ke Perth Pada Rabu




Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN 


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlepas ke pusat operasi pencarian MH370 di Perth, Australia pada Rabu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kunjungan itu bertujuan bagi mengetahui perkembangan operasi SAR pesawat MH370 yang giat dijalankan di sana.


"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan terbang ke pangkalan tentera udara Pearce di Perth pada Rabu.

"Ia adalah lawatan kerja untuk melihat perkembangan operasi dan mengucapkan terima kasih kepada anggota yang terlibat dalam usaha carian multinasional, termasuk anggota dari Malaysia," katanya pada taklimat harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Isnin.

Hishammuddin berkata Najib telah pun bercakap sendiri dengan rakan sejawatnya dari Australia Tony Abbott pada Isnin.

Jelasnya, Abbot telah memberitahu perkembangan terkini secara penuh kepada Najib mengenai status mencari MH370.

Sementara itu Hishammuddin berkata beliau akan terbang ke Uspacom di Hawaii Amerika Syarikat (AS) pada malam Isnin untuk menghadiri sidang Menteri Pertahanan Asean yang berlangsung dari 1 hingga 4 April.

Katanya, kunjungannya itu atas kapasiti beliau sebagai Menteri Pertahanan.

"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya akan berkongsi dengan rakan kerjasama Asean dan kerajaan AS tentang perkembangan carian MH370. "Saya akan menyampaikan penghargaan kepada rakan kerjasama Asean AS terhadap bantuan multinasional yang diberikan," katanya.

Hishammuddin berkata akan menggunakan peluang ini untuk berbincang tentang kemungkinan mengerahkan aset militari yang lebih khusus untuk fasa operasi carian yang lebih sukar.

Akta Pencegahan Jenayah berkuat kuasa Rabu ini

Wan Junaidi Tuanku Jaafar Wan Junaidi Tuanku Jaafar
 
KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, khusus untuk membanteras jenayah terancang dan berat akan dikuatkuasakan Rabu ini.
  
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata selain bukti kerajaan komited membanteras aktiviti jenayah, akta yang akan diwartakan esok itu bertujuan memastikan usaha pencegahan dapat dilakukan segera.
  
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang ingin tahu bila POCA akan dilaksanakan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
  
Wan Junaidi menjelaskan akta itu antara lain memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan arahan menahan penjenayah selama dua tahun.
  
Beliau berkata pelaksanaan akta bagi memerangi dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan atas kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam atau pencegahan jenayah.
  
Kepada soalan asal Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik), yang ingin tahu bagaimana pelantikan anggota ke dalam Lembaga Pencegahan Jenayah dibuat, Wan Junaidi berkata pelantikan dibuat sepenuhnya oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.
  
"Semua pelantikan adalah melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong, dan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terlibat dalam proses pelantikan itu," katanya. - Bernama

Linda Rafar Masih Tertanya-Tanya Penyakit Anak

Linda tenang menghadapi dugaan dan sentiasa berada di sisi anaknya yang kini sudah tiga minggu terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur. Foto Ihsan Instagram Linda Rafar.

 
 
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Linda Rafar masih tidak mengetahui penyakit sebenar anak keduanya iaitu Rezaiman Keiflin yang kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dekat sini sejak tiga minggu lalu.

Linda yang dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, dia masih menunggu laporan daripada pihak hospital selepas melakukan pelbagai ujian bagi mengetahui punca sebenar keadaan Rezaiman, yang berusia 12 tahun.

"Saya sebagai ibu sendiri tertanya-tanya apakah punca sebenar keadaannya? Setakat ini saya tidak boleh berkongsi maklumat mengenai keadaan anak saya kerana doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut bagi mencari punca penyakitnya itu.

"Dia kini masih ditahan di hospital dan saya berharap dia akan kembali sihat seperti sedia kala," katanya.

Linda diminta mengulas mengenai laporan yang mengatakan anaknya itu menghidapi penyakit kronik dan sukar diubati.

Rezaiman Keiflin adalah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan Keifli Othman.
 
Rezaiman ditemani bapa tirinya, Syed Aiman dan bapa kandungnya, Keifli (kanan) sebelum menjalani pembedahan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Linda berkata, pada mulanya dia sukar menerima keadaan yang menimpa anaknya itu namun menganggap ia adalah ketentuan Allah dan dia harus tabah mengharungi situasi yang melanda.

Jelas Linda lagi, semangat anak lelakinya melawan penyakit  turut menjadi kekuatan kepadanya dan keluarga dan dia berharap agar anaknya cepat sembuh.

"Sukar menerima keadaan yang dialami Rezaiman dan sudah kering air mata mengenangkan anak yang terlantar di hospital namun ini adalah ujian daripada Allah yang harus saya terima dengan redha.
Linda yang kini berhijab mengakui selesa dengan penampilannya itu.

"Ujian ini memberi kekuatan kepada saya dan keluarga namun bersyukur Rezaiman sendiri kuat menghadapi dugaan tersebut," katanya. 
 
Tambah Linda, biarpun masih ditahan di hospital namun Rezaiman tetap mengulang kaji pelajarannya di kelas khas yang disediakan PPUKM memandangkan tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sementara itu, Linda yang kini sudah berhijab melahirkan rasa syukur diberi kesempatan untuk melakukan perubahan ke arah kebaikkan dalam hidupnya dan selesa dengan penampilannya itu.

Jelas Linda perubahan itu sudah lama dilakukan cuma tidak dihebahkan secara umum kerana enggan niatnya disalah erti oleh sesetengah pihak.

Prestasi pendidikan negara jauh lebih teruk berbanding Thailand, Vietnam


lge masjid



KUALA LUMPUR: DAP menyelar dakwaan Barisan Nasional (BN) bahawa Malaysia mempunyai sistem pendidikan bertaraf dunia setaraf United Kingdom.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana walaupun sektor pendidikan menerima peruntukan terbesar dalam belanjawan tahunan namun prestasinya jauh lebih teruk berbanding Thailand dan Vietnam.

“DAP bersetuju dengan pakar ekonomi Bank Dunia, Dr Frederico Gil Sander bahawa rakyat Malaysia sepatutnya terkejut kerana anak-anak mereka menunjukkan prestasi lebih teruk berbanding murid di Thailand dan Vietnam yang lebih miskin.

“Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) pada 2012 meletakkan tahap murid kita pada kedudukan 52 daripada 65, berbanding Vietnam yang menduduki tangga ke-17 daripada 65,” katanya ketika berucap pada perbahasan Bajet Tambahan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Memetik laporan The Edge, Ahli Parlimen Bagan itu menegaskan, punca kepada masalah itu adalah kualiti pengajaran.

Katanya, DAP juga amat bersetuju dengan penyelesaian desentralisasi Dr Sander bagi mengagihkan lebih kuasa kepada sekolah untuk membuat keputusannya sendiri berdasarkan keadaan setempat.

Jelasnya lagi, melalui langkah itu, sekolah akan menjadi lebih efisyen dengan memberikan gred berdasarkan prestasi dan merit, yang tentunya memaksa mereka untuk mendapatkan guru lebih terlatih.

“Akhirnya, guru sekolahlah yang menjadi faktor perubahan dan memberi inspirasi kepada murid untuk berjaya.

“Soalannya, apakah BN berani untuk melaksanakan perubahan yang dicadangkan Bank Dunia.

“Atau adakah ego dan kebanggaan palsu mereka yang berkuasa dalam sistem pendidikan kita akan terus mengongkong Malaysia di tahap suku terendah di dunia daripada segi kualiti sistem pendidikan dan akhirnya kalah bukan sahaja kepada Thailand dan Vietnam, malah Indonesia,” ujarnya. – Roketkini.com

Hospital Shah Alam siap sepenuhnya September ini


Rosnah Abd Rashid Shirlin Datuk Rosnah Rashid Shirlin


KUALA LUMPUR - Pembinaan Hospital Shah Alam dengan kos RM550.8 juta dijangka siap sepenuhnya pada 24 September 2014.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata,  daripada segi struktur fizikal, hospital berkenaan sudah siap sepenuhnya.

"Manakala dari segi kompenan peralatan, dan pemasangan sudah 86 peratus siap dan sistem ujian juga sedang dilakukan, " katanya kepada Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Khalid Samad (Shah Alam-Pas) yang ingin tahu perkembangan terkini projek berkenaan yang tertunggak sejak 2008.

Khalid menerusi soalan tambahannya mempersoalkan pertambahan kos pembinaan hospital itu yang meningkat dari RM480 juta kepada RM550.8 juta.

Menurut Rosnah,  daripada jumlah itu RM410.8 juta adalah kontrak semasa manakala RM140 juta adalah bayaran kontraktor terdahulu yang telah ditamatkan pada tahun 2010.

Rosnah ketika ditemui berkata,  peningkatan kos itu disebabkan oleh perubahan peralatan dan kenaikan kos semasa.

"Kelewatan itu disebabkan proses perbekalan peralatan dan ubat-ubatan yang memerlukan varifikasi dan ujian selama enam bulan sebelum hospital itu boleh memulakan operasinya," katanya yang juga bekas Timbalan Menteri Kesihatan.

Keluarga penumpang China dibawa ke lokasi rahsia


 Keluarga penumpang China dibawa ke lokasi rahsia


SUBANG - Usaha untuk mendapatkan respons daripada keluarga penumpang MH370 yang tiba dari China sejak semalam gagal sama sekali apabila pihak MAS telah membawa mereka keluar dari Hotel Holiday Villa tepat jam 10 pagi tadi.

Keluarga tersebut yang diiringi pihak polis dan pengawal dibawa secara berkumpulan menuju ke pekarangan lobi hotel untuk menaiki dua buah bas e-Putra yang disediakan khas untuk mereka.

Kelihatan anggot keluarga penumpang MH370 berwajah sugul dan muram namun agak tenang ketika dibawa menuju ke kenderaan yang telah tersedia.

Usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut dari pegawai MAS dan juga sukarelawan tidak berhasil apabila mereka enggan memberikan kerjasama.

Kira-kira 48 ahli keluarga penumpang MH370 tiba dari China semalam untuk menuntut penjelasan dan maklumat terperinci mengenai misi SAR yang dilancarkan di Laut Hindi.

Kumpulan tersebut yang menetap di Hotel Holiday Villa, Subang telah dibawa keluar oleh pihak MAS dengan bantuan polis pengawal dan sukarelawan ke suatu lokasi yang tidak dapat dipastikan.

MH370: Timbalan Menteri Pertahanan bohong, kelirukan negara


lim lip eng



KUALA LUMPUR: DAP mendesak untuk merujuk Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat kenyataan mengelirukan berhubung kehilangan pesawat MH370 minggu lalu.

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, berkata Abdul Rahim, Rabu lalu menyatakan bahawa tentera tidak bertindak apabila melihat penerbangan tidak dikenali pada radar kerana percaya pihak kawalan trafik udara di Subang mengarahkannya untuk berpatah balik.

“Kenyataan beliau adalah paling bercanggah dengan yang dibuat kerajaan mengenai kehilangan MH370.

“Versi manakah sebenarnya yang betul? Kita tidak mahu seorang Timbalan Menteri yang bercakap lain di dalam dan lain di luar.

“Beliau harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen supaya tidak berlaku lagi pada masa depan sebarang kenyataan mengelirukan,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.

Lip Eng menegaskan, walaupun Abdul Rahim mengakui bahawa kenyataannya itu adalah tidak benar dalam satu kenyataan bertulis Parlimen, namun beliau tidak secara rasmi meminda rekod Parlimen seperti dikehendaki mengikut Perintah Tetap Aturan 36 (12).

“Peraturan 36(12) memperuntukkan mana-mana anggota yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan disifatkan sebagai menghina Dewan dan boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.

“Lagi pun, apa yang diperkatakan beliau minggu lalu masih direkod dalam Hansard Parlimen,” tegasnya. – Roketkini,com

Undi berasaskan kaum, BN mahu sistem apartheid?


dr.ong kia ming  (3)



KUALA LUMPUR: Berbanding menyokong sistem demokratik ‘satu orang satu undi’, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan sistem ‘satu kaum, satu wakil’.

Beliau ketika berucap di Parlimen hari ini berkata, sistem satu orang satu undi itu boleh dipakai seandainya setiap pengundi hanya dibenarkan mengundi mengikut kaum masing-masing.

Apabila dicelah Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke yang mengatakan Shahidan tidak faham konsep satu orang satu undi, beliau langsung membantah.

“Anda perlukan dua lagi ijazah untuk bersaing dengan saya. Saya ada PhD. Saya faham konsep ‘satu orang satu undi’ tetapi ia mesti berasaskan kaum,” katanya dilaporkan Free Malaysia Today.

Ahli Parlimen Arau itu malah mencadangkan pada sidang media kemudiannya bahawa parti politik berbilang kaum wajar dihapuskan dan diganti dengan tiga parti sahaja: Satu untuk Bumiputera, satu untuk orang Cina dan satu untuk orang India.

Mengulas kenyataan Shahidan itu, Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming mengecam keras cadangan itu.

“Shahidan mencadangkan satu sistem di mana orang Melayu mengundi wakil Melayu, orang Cina mengundi wakil Cina. Ini pilihan raya apartheid. [Saya] kecam sekeras-kerasnya,” tulis beliau melalui akaun media sosial Twitternya.

“Sekiranya PM Najib Razak tidak memberi amaran terbuka terhadap cadangan pengundian berasaskan kaum yang dicadangkan Shahidan, bukankah itu bermakna beliau menyokong apartheid?” tambahnya lagi.

Berita lanjut menyusul. – Roketkini.com

Ramai masih belum putus asa, percaya MH370 selamat

OLEH DIYANA IBRAHIM


Orang ramai melepaskan belon sebagai simbolik memperingati penumpang pesawat MH370 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 31 Mac, 2014.Orang ramai melepaskan belon sebagai simbolik memperingati penumpang pesawat MH370 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli,



























"Saya percaya mereka masih hidup sehingga kini," demikian antara luahan hati salah seorang daripada kira-kira 30 rakyat Malaysia yang hadir menyokong program memperingati kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia for Malaysian di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam.

Patrick Chow, 34 bekas petugas kabin MAS mengakui sangat terkesan apabila mendengar berita kehilangan MH370 dan nasib yang menimpa 239 penumpang dan anak kapal.

"Saya amat sedih bila mengetahui tragedi MH370 berlaku, tambahan lagi saya pernah bekerja di MAS, jadi peristiwa ini amat dekat dengan saya.

"Saya fikir tragedi ini mengenai kemanusian, jadi saya sebagai bekas kru, apa yang boleh saya sumbang saya akan buat, apa pun saya percaya mereka masih hidup marilah kita berdoa," katanya di hadapan hadirin.

Meskipun hujan lebat dan menyebabkan rancangan untuk melepaskan belon yang mengikat 239 nama penumpang dan anak kapal pesawat itu hampir tidak dapat dilakukan, ia langsung tidak menghalang semangat hadirin yang datang untuk melepaskan belon ke udara.

Penganjur, Azrul Mohd Khalib, berkata melepaskan belon ke udara bersama nama yang diikat dengan tali sebagai satu simbolik pendirian rakyat Malaysia bersama ahli keluarga penumpang tidak akan berputus asa mengharapkan keajaiban berlaku dan terus berdoa.

"Kita memang sudah lama merancang dan kita memutuskan  melepaskan belon ke udara adalah sebagai salah satu cara untuk kita berdoa, kerana masing-masing daripada kita mempunyai cara tersendiri untuk berdoa.

"Masing-masing ada kepercayaan mereka, ada yang bersolat dan sebagainya dan ini juga adalah salah satu di mana ia mungkin dapat melegakan ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370," katanya.

Program terhenti seketika kerana hujan lebat, disusuli dengan luahan hadirin yang datang dan terdiri daripada rakyat Malaysia pelbagai kaum dan usia menimbulkan sedikit suasana pilu apabila rata-ratanya masih percaya sebenarnya penumpang dan anak kapal MH370 masih selamat.

Ahli Bersekutu Majlis Perundingan Perpaduan Negara, Profesor Madaline Berma yang turut hadir dalam acara itu berkesempatan untuk membacakan sajak dalam bahasa Iban, “Jaku berbuah” atau “Mana hilangnya MH370.”

Berma berkata, puisi tersebut yang menceritakan tentang pencarian MH370 dan turut menekankan nama Andrew Nari yang sememangnya diketahui sebagai anak jati Sarawak.

"Andrew anak kesayangan kita, dia tidak meninggalkan kita, dia tetap ada, dia terus mendengar kita," katanya.

Aktivis, Datin Paduka Marina Mahathir juga antara yang hadir menyokong program tersebut turut bersama berkongsi perasaan mengenai MH370.

"Kita datang dengan niat baik dan hati yang jujur serta ikhlas untuk mengingati penumpang dan anak kapal MH370.

"Kita akan terus berdoa tidak kiralah apa kaum dan agama, kerana apa yang manusia boleh lakukan menghadapi dugaan seperti ini, kita tidak berdaya, hanya mampu untuk terus berdoa," katanya.

Selain itu, seorang bekas kakitangan MAS berkongsi pengalamannya mengenali juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Siti Norhairiza Jauhari, 44 menyifatkan Kapten Zaharie sebagai seorang yang peramah dan suka berlawak.

"Walaupun tidak mengenali secara rapat namun kita pernah bertegur dan beliau sangat peramah suka buat lawak, apabila terdapat spekulasi buruk tentangnya saya tidak fikir langsung dia sanggup bertindak begitu,” katanya.

Katanya, kakitangan MAS sememangnya dilatih untuk menghadapi kecemasan termasuk menangani situasi kapal terbang dirampas.

"Kami memang terlatih dan diajar untuk menangani situasi seperti itu, jadi agak mustahil kalau tiba-tiba ia hilang begitu, saya percaya mereka masih ada," katanya.

Azrul berkata, program itu juga sebahagian daripada penghargaan kepada petugas operasi misi mencari dan menyelamat MH37O.

"Janganlah kita lupa tentang mereka yang bertungkus lumus dalam operasi tersebut sehingga pesawat belum dijumpai, kita tidak akan berhenti," katanya.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pesawat MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Bagaimanapun, sehingga kini pasukan mencari dan menyelamat belum menemui rangka atau serpihan pesawat MH370 di kawasan yang dikatakan itu.

Irene Fernandes Meninggal Dunia

MSTAR ONLINE


Mendiang Irene Fernandes
 
 
PETALING JAYA: Pengarah Eksekutif Tenaganita, Dr. Irene Fernandes meninggal dunia pada pukul 10.15 pagi Isnin selepas lima hari berada dalam keadaan kritikal.

Menurut kenyataan di Facebook Tenaganita, beliau yang berada dalam keadaan kritikal sejak 25 Mac lalu dilaporkan kembali stabil dan mampu memberi tindakbalas pada Ahad. 
 
Bagaimanapun beliau disahkan meninggal dunia pada pagi Isnin.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi Tweeternya turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Mengapa Tokguru Nik Aziz menangis?


Oleh Mohd Sayuti Omar


Secara relatifnya seseorang yang tinggi tahap keimananya dia senantiasa merasakan dirinya berdosa dengan Allah. Dia akan menginsafi akan kelemahan dirinya, maka dia terus beristighfar kepada Allah sebanyak mungkin agar Allah memaafi dosa-dosanya baik kecil atau besar, sedar atau tidak. Itulah tahap seorang bertaraf waliyullah.

Tokguru menundukan muka sambil menagan sebak.
Semasa memberi tazkirah rengkas selepas Subuh Sabtu lalu Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat menangis sambil meminta rakyat Kelantan memaafkan segala kesalahannya semasa menjadi MB Kelantan selama 22 tahun.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan," demikian rayu Nik Aziz diselai tangisan memilukan.

Beliau juga mengaitkan  sakit yang dihadapi kini mungkin kerana kifarat Allah ke atasnya. "Ni sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan yang saya buat selama pimpin Kelantan."

Tokguru kini keuzuran kerana menanggung sakit prostat sehinggakan terpaksa membawa beg plastik untuk ke mana-mana.

Pernyataan ikhlas Tokguru itu sungguh menyayu dan menyebakkan hati. Kita merasakan betapa humble dan rendahnya diri beliau sebagai seorang hamba Allah. Siapa yang berani mengatakan dia ada kesalahan selama memerintah Kelantan? Kalau pun ada ia adalah kelaziman dihadapi penguasa seperti beliau. Beliau tidak perlu menyesali kerana kehebatan syiar Islam yang dibawanya mengkagumkan semua orang.

Penampilan dirinya sebagai murrabi dan pemimpin disanjung semua lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit, anutan agama dan bangsa. Beliau dikagumi oleh semua orang. Yang mencium tangannya tanda hormat, bukan saja orang Melayu tetapi India, Cina dan Siam juga.

Tentunya orang akan beranggapan tidak perlu beliau membuat apologetik begitu dan sedih atas apa dilakukan. Tetapi itulah Tokguruku Nik Aziz yang tetap merasakan dirinya sebagai tidak maksum bila-bila masa. Jawatan, penghormatan dan status tinggi yang didudukinya tidak pernah mengasingkan dia menjadi seorang yang sombong dan ego. Dia tetap menganggap dirinya sebagai abdi Allah. Inilah kemuliaan beliau kepada saya.

Saya merasakan permohonan diselai tangisan itu bukan penyesalan berat baginya, tetapi ia membawa maksud lain. Tangisan dan pengakuan ikhlas itu adalah simbolik yang perlu ditafsirkan secara mendalam. Tangisan dan pengakuan itu kena diterjemahkan oleh setiap orang, khasnya mereka yang mengakui sayang dan kasih kepadanya. Bukan rakyat Kelantan tetapi para pemimpin Pas Kelantan khususnya.

Apakah beliau  menangis setelah menyedari apa yang pernah diberitahu (diingatkan) kepadanya selama ini telah menjadi kenyataan? Atau ada keputusan-keputusan berhubung politik yang tidak tepat dibuatnya? Mungkin nasihat-nasihat politik dan juga urusan pentadbiran yang diberitahu sebelum ini, semasa beliau jadi MB, tetapi tidak sempat ditangani dengan jaya telah meninggalkan kesan jiwa buatnya. Atau pun apa yang beliau harapkan selepas meninggal Kota Darulnaim tidak kesampaian? Itukah puncanya maka Tokguru menangis?

Mereka yang bersamanya serta menghayati pentadbirannya selama 22 tahun, tahu apa yang menyentuh hati dan perasaanya. Orang luar dan rakyat Kelantan tidak dapat meneka apakah yang memilukan hati sehingga air jernihnya gugur ke tikar didalam masjid kecualilah mereka yang mengelilingi hidupnya? Pasti Ahmad Yaakuh, Mohd Amar Nik Abdulllah, Husam Musa dan lain-lain memahami erti tangisan Tokguru itu.

Kalau tangisan itu bersifat peribadi, Tokguru boleh menangis didalam kamar khalwatnya bersendirian. Dia boleh bermunajaknya kepada Tuhan secara senyap. Tetapi apabila dia menangis di hadapan umum, selepas solat Subuh, sudah pasti tangisan itu untuk diterjemah oleh semua orang.

Elok mereka yang mengambil alih pemerintahan daripadanya memahami dan mentafsirkan erti tangisan tokguru itu. Ustaz Ahmad Yaakub dan segenap pimpinan kerajaan dan parti kini kena menganalisa apa yang berlaku. Ambillah setitik air mata tokguru dan kajilah dalam makmal hati masing-masing. Ada sesuatu yang sangat mengilankan kalau sebab musabab mengapa tokguru menangis Sabtu lalu itu tidak dapat difahami.

Jangan biarkan Tokguru menangis lagi kalau kita semua sayangnya. Sudah cukup kita menyeksanya. Setitik airmatanya perlu dilunasi. Tidak mungkin tokguru akan menyebut satu persatu apa yang menjadi kekesalan atau apa yang tidak memuaskan hatinya. Tidak! Tetapi kita semualah kena arif dan menghayati serta menganalisa akan erti tangisan itu. Tangisan tokguru seperti juga kata-katanya mempunyai mantik paling dalam hanya jauhari memahami manikam maksud dan natijahnya.

Sekiranya kita semua gagal menghentikan sendu dan aliran air mata tokguru, khasnya penggantinya dan barisan pemimpin dalam kerajaan dan parti kini, maka semua orang berdosa apa lagi sekiranya tangisan tokguru itu disebabkan kelemahan kepimpinan kerajaan dan partinya. Maka pemegang amanat hari ini adalah penanggungjawabnya kepada setiap titis air mata tokguru yang gugur ke lantai masjid.

Fahamilah tangisan tokguru dan jangan ianya dianggap sebagai air mata seorang insan yang sudah berada di hujung senja yang merindui kematian. Hati togkuru tidak tersentuh sekiranya tiada apa-apa yang menyentuh hatinya. Hentilah tangisan tok guru dengan semua pihak bermuhasabah diri masing-masing. Keriangan kepada tokguru ialah dengan berpadunya pimpinan Pas dan kerajaan di Kelantan akan utuh selama-lamanya  http://msomelayu.blogspot.com

[LAGI GAWAT] Rahsia Pertahanan Negara Bocor, Kepentingan Negara Diketepikan....

KELAB GREENBOC


Menteri: Pertingkat sistem radar, teknologi


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan khususnya selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Beliau berkata selain sistem radar, teknologi lain juga perlu dikaji semula bagi melengkapkan angkatan tentera dengan aset yang lebih baik.

"Malaysia telah membuat keputusan amat berani untuk memaklumkan mengenai keupayaan pertahanan negara, Dan kini (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) perlu mencari wang untuk saya menukar sistem radar kita kerana seluruh dunia kini sudah tahu keupayaan pertahanan negara dari segi radar," katanya secara berseloroh.

"Kami sanggup lakukan itu, mengetepikan kepentingan negara demi untuk mencari MH370. Apa lagi yang rakyat mahukan daripada kerajaan Malaysia dan daripada ATM (Angkatan Tentera Malaysia)," kata Pemangku Menteri Pengangkutan itu dalam sidang media khas untuk media tempatan berhubung insiden kehilangan pesawat itu, di Kuala Lumpur semalam.

Ditanya sama ada wujud keperluan untuk Malaysia memiliki teknologi seperti sonar untuk kapal-kapal tentera dan kapal selam, beliau berkata ia perlu merujuk kepada konteks keselamatan dan ketenteraan negara termasuk kedudukan negara sebagai anggota Asean.

Jelas Hishammuddin, bukan hanya Malaysia, malah banyak negara lain di dunia juga perlu menilai semula kekuatan aset dan teknologi ketenteraan masing-masing.

"Jika anda perasan, maklumat yang kita kesan adalah daripada satelit komersial bukan tentera. Jadi angkatan tentera di seluruh dunia perlu mengkaji semula keupayaan mereka.

"Saya percaya semua sedang melakukannya. Tetapi tugas saya (ketika ini) hanyalah untuk mencari MH370," katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama

ULASAN GB

Nampaknya ekoran daripada kehilangan pesawat MH370, maklumat mengenai keselamatan negara telah bolos dan dikompromikan kepada negara-negara lain. Kata Hishamuddin: seluruh dunia kini sudah tahu keupayaan pertahanan negara dari segi radar".

Apa tahap keupayaan radar kita? Zero!



Satelit negara kita rupa-rupanya hanya mampu untuk buat siaran lansung untuk pertandingan bolasepak dan konsert-konsert hiduran!

Beli 2 buah scorpene, RM7.3 billion tapi tak boleh digunakan untuk SAR kerana tak dilengkapi dengan ciri-ciri pencarian dan menyelamat! Lama-lama scorpene ini obselete dan bakal dimuziumkan.

Kedua, kata Hishamuddin lagi "Kami sanggup lakukan itu, mengetepikan kepentingan negara demi untuk mencari MH370."

Bererti negara kita kini begitu terdedah... kepentingan negara sudah diketepikan. Maklumat pertahanan negara diketahui oleh seluruh dunia yang membawa erti Malaysia menjadi negara yang sudah terdedah untuk diserang dan dijajah oleh mana-mana negara lain....

Anehnya Hishamuddin menambah lagi: bukan hanya Malaysia, malah banyak negara lain di dunia juga perlu menilai semula kekuatan aset dan teknologi ketenteraan masing-masing.

Jawapannya itu sama kisah Pak Pandir dan Mak Andeh. Bukankah apabila anak Pak Pandir mati kerana kecuaiannya, beliau menyatakan pada Mak Andeh, “bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang lain juga mati.”

Samalah ldengan hujjah hishamuddin itu, "bukan Malaysia saja kena menilai aset dan teknologi ketenteraan, negara lain juga..."

Namun yang ketara, Malaysia kini amat terbuka dengan ancaman dan serangan akibat dari kelemahan sistem pemerintahan negara yang ada kini. Mengeri dan menakutkan.

Ribut terbangkan bumbung rumah

MALAYSIAKINI


Para penduduk di Kampung Alor Ibus di Kuala Kedah dekat Alor Setar terkejut apabila angin ribut menerbangkan bumbung rumah mereka malam tadi.

Ia melibatkan 10 keluarga yang dilapor mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mereka lari bertempiaran mencari tempat perlindungan yang lebih selamat.

Kechik Darus, 62, berkata kejadian berlaku secara tiba-tiba menyebabkan dia dan suami serta tiga anaknya hanya mampu melihat bumbung rumah mereka diterbangkan angin.

"Mak cik baru nak mengambil air sembahyang manakala suami dan tiga orang anak mak cik sedang berada di ruang tamu sebelum kami terdengar bunyi bumbung terangkat dan angin kencang.

"Mak cik tak perasan masa bila bumbung rumah mak cik habis diterbangkan ribut. Kami sekeluarga lari menumpang ke rumah jiran yang masih tidak berpenghuni," katanya kepada Bernama hari ini.

Kechik berkata kejadian ribut itu pertama kali berlaku sejak dia tinggal di kampung itu lebih kurang 18 tahun.

Siti Norhanizawati Che Omar, 38, berkata ketika kejadian dia bersama tujuh anggota keluarganya berada di dalam rumah apabila seluruh bumbung rumah mereka diterbangkan angin kuat.
  
"Kami dengar bunyi angin yang kuat dan sekelip mata sahaja bumbung rumah kami diangkat angin. Kami lari ke rumah jiran kerana bimbang kejadian yang lebih buruk akan berlaku.

"Nasib baik kami ada di rumah kalau tidak kami tidak tahu apa yang akan jadi pada mak saya. Kami pulang ke kampung sempena cuti sekolah dan sepatutnya pulang ke Perak hari ini," katanya yang menganggarkan kerugian kira-kira RM16,000.- Bernama

Mana lebih afdal, had jawatan PM atau had umur Belia



Oleh Mahdzir Ibrahim


Ini hanyalah buah fikiran yang dikutip dari bacaan-bacaan serpihan dari idea besar, serta dari laporan-laporan berita dari akhbar-akhbar bercetak dan ruang maya. Juga dikumpul dari borak-borak kosong dengan kawan-kawan dikedai kopi ditemani dengan asap kenderaan dan asap rokok yang busuk dan kotor. 

Segelintir dari kami ada yang bercakap tentang idea jawatan Perdana Menteri (PM) ini patut dipilih terus oleh rakyat, iaitu rakyat mengundi seseorang calon khusus untuk jawatan PM, bukan sekadar mengundi parti yang akan memerintah. Maka, jika idea ini berlaku, mungkin rakyat perlu mengundi dua kali, mungkin.

Tapi pandangan ini disanggah kerana alasan bahawa sistem perlembagaan kita adalah mengikut model Westminster. Maka untuk wujudkan pemilihan khusus untuk PM dianggap sukar dan tidak praktikal untuk diubah kerana semua parti telah bersetuju bahawa model sedemikian memang tak mahu diubah, senang cakap model asal sistem ini tak begitu rupa.

Ada yang kata nak ubah ini kena ubah perlembagaan, kena ubah akta, ubah undang-undang, semuanya memakan proses panjang dan menjerihkan. Malah ada juga yang berpandangan bahawa rakyat susah nak faham proses ini, rakyat tak sedia dan ada yang berhujah bahawa perubahan itu boleh menjadikan sistem kita lebih kelam-kabut lagi. Pokok pangkalnya, idea ini memang  tak dimahukan.

Menolak idea ini tidak menjadi masalah, tapi perbahasan tentang idea ini harapnya janganlah ditolak sebab manusia sentiasa berevolusi dalam masa. Maka pandangan juga boleh berubah. Jika perbahasan ini ditolak, maka samalah dengan kita membunuh akal budi manusia. Orang masuk longkang, kita pun terjun ke longkang.

Idea kedua dari idea ini pula adalah untuk menghadkan penggal pemerintahan seseorang PM.
Maksudnya, seseorang PM ada had masa maksima untuk memerintah. Mungkin dua atau tiga penggal. Satu penggal umumnya mengambil masa selama empat ke lima tahun. Maka jika maksima dua penggal, bermakna seseorang PM itu akan berkuasa selama sepuluh tahun.

Dalam tempoh sepuluh tahun ini, rasionalnya kita fikir apa jua dasar samada ekonomi, sosial dan kebudayaan boleh dicapai. Namun suka atau tidak, capaian matlamat dalam tempoh sepuluh tahun ini amat bergantung dengan daya kecekapan dan budaya kerja entiti yang memerintah itu, termasuk budaya politik.

Malah, jika idea ini dipraktikan, pasti tarikh pilihanraya sudah awal-awal lagi perlu ditetapkan, maka akan hilanglah kelebihan parti yang memerintah. Ini yang dibimbangkan oleh penolak-penolak idea ini.

Jika kita lihat budaya politik dan budaya kerja seperti sekarang (yang sedang kita amalkan), pastinya empat lima atau enam penggal sekali pun takkan mencukupi untuk seseorang PM itu berkuasa dan menjalankan dasar-dasarnya. Sebab amalan sedia ada adalah amalan warisan, bukan amalan yang memang kita telah bahaskan menurut perbahasan yang tulen.

Kemalasan membahas untuk memperbaiki sistem dan budaya yang ada, atas apa jua alasan hanyalah untuk memastikan benda yang tak pasti itu - pasti.

Contoh dari amalan warisan ini sudah banyak. Lihat Erdogan di Turki, Regim-regim di Timur Tengah malah di Eropah termasuk Malaysia sendiri sebelum Tun Abdullah.

Idea ini bukanlah ayat mujarobat yang mujarab untuk mengelak lahirnya kepimpinan diktator, tetapi ia boleh jadi mekanisme asas untuk menghadkan ruang-ruang penyalahgunaan kuasa, kronisme berwarisan dan korupsi bersistematik.

Memang tak boleh hapus, sama macam rasuah macam kemalangan kenderaan, ia tak boleh hilang atau dihapus, tapi boleh dikawal. Maka inilah matlamatnya

Idea ini sebenarnya tidak digemari oleh kebanyakan pihak. Saya menyedarinya. Kerana had maksima pemerintah seseorang PM itu juga akan beri kesan terhadap perjalan pilihanraya, pemerintahan negeri dan paling utama adalah sistem dan budaya kerja yang ada. Malah paling terkesan adalah entiti parti politik itu sendiri.

Seribu satu alasan boleh diberikan untuk menolak pandangan ini, tetapi jika hendak dibandingkan dengan idea Khairy Jamaludin, Menteri belia dan Sukan untuk "mentakrif" semula umur belia sesungguh satu kerja yang sia-sia dan bodoh.

Pentakrifan semua entiti belia itu tidak memberi makna kepada demokrasi, kebebasan dan sistem yang sedia ada. Ia hanya langkah retorik seorang politikus muda yang ingin jadi juara dikalangan orang-orang bodoh disekelilingnya, khususnya Pemuda Umno dan Pemuda BN.

Dengan pentakrifan semula makna belia pada aspek umur, apakah ia akan beri kesan terhadap had umur mengundi dikalangan rakyat khususnya anak muda? Apakah ada perubahan dalam persatuan-persatuan yang dipimpin oleh belia-belia tua? Apakah ada kesan terhadap dasar dalam kerangka ekonomi negara? Semua soalan ini tak pula dijelaskan oleh beliau.

Tapi, bukanlah saya semata-mata nak mengutuk idea Khairy Jamaludin. Saya mengharapkan idea dari anak muda seperti beliau yang berpendidikan tinggi dan berjawatan tinggi yang lebih baik dan lebih praktikal yang boleh menyumbang ke arah keberkesanan 'transformasi' ketuanya.

Apalah nak bandingkan dengan pandangan yang saya lontarkan ini.

Ya, memang idea ini tak digemari oleh sesiapa pun termasuk dikalangan rakan-rakan dalam parti sendiri. Berbeza pendapat bukanlah perpecahan sepertimana "takrifan" Umno BN dan Ketuanan Melayu.

* Mahdzir Ibrahim adalah ahli jawatankuasa Dapsy kebangsaan, juga seorang pendukung seni dan kebudayaan.

Kenapa Musa Ingat Tapi Mahathir Tak Ingat?

shahbudindotcom



Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab dakwaan bekas timbalannya, Musa Hitam bahawa beliau berada di dalam negara dan bukannya di China ketika peristiwa Memali yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain pada tahun 1985 itu berlaku.

Bagaimanapun jawapan Mahathir ialah, "pasal perkara ini sudah berlaku begitu lama, saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul atau tidak".

Memandangkan perkara itu sudah berlaku hampir 30 tahun lalu, maka Mahathir sudah tidak ingat lagi di mana beliau berada ketika itu dan memerlukan sedikit masa, barangkali untuk menyemak kembali diari lamanya.

Jawapan Mahathir ini bermakna kebenaran masih tergantung sehingga beliau menyemak dan memastikan di mana beliau berada ketika peristiwa Memali itu terjadi.

Bagaimanapun haruslah diakui bahawa peristiwa Memali adalah peristiwa besar yang sukar dilupakan oleh rakyat negara ini dan tentunya juga menjadi topik perbincangan di dalam mesyuarat kabinet atau di kalangan jemaah menteri ketika itu. Sekaligus jawapan Mahathir yang tidak dapat mengingati di mana beliau berada agak sedikit mengecewakan bagi sesetengah orang.

Bagaimanakah Musa Hitam masih mengingati bahawa ketika itu Mahathir berada di dalam negara dan bukannya di China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini?

Malah Musa Hitam juga mengingati bahawa dua tiga hari selepas kejadian Memali pun Mahathir masih berada di dalam negara?

Ada pula yang berkata, Musa Hitam tidak mungkin berkata sesuatu yang beliau tidak pasti kerana dakwaannya bahawa Mahathir berada di dalam negara jika didapati tidak benar, akan membunuh reputasinya sendiri?

Betulkah Mahathir tidak ingat di mana beliau berada ketika itu? Jika benar beliau berada di China ketika peritiwa Memali yang menggemparkan negara itu, logikkah beliau sudah lupa mengenainya?

Jika benar Mahathir berada di dalam negara pula, benarkah juga beliau sudah lupa tentangnya?

Sementara kebenaran yang sebenarnya diharap akan diketahui tidak lama lagi, rakyat mula berteka-teki - siapakah yang sebenarnya berbohong antara dua Tun ini?

Setakat ini objek-objek yang dikutip bukan dari MH370

 

KL TODAY


Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) pada Ahad malam, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.

Bagaimanapun, menurut Amsa, pesawat di kawasan pencarian terus melaporkan penemuan objek serupa seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Objek yang dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan dari pesawat MH370. Setakat ini, tiada objek yang disahkan adalah dari MH370.

Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.


Penerbangan MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Gambar: Menunjukkan skrin kamera digital milik jurufoto Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF) memaparkan gambar serpihan fizikal yang dirakam daripada pesawat P3 Orion dalam operasi SAR MH370 di Lautan Hindi

Menurut Amsa, aktiviti pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 252,000 kilometer persegi membabitkan sembilan pesawat.

Antaranya, dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat P3 Orion Jepun, pesawat Ilyushin China, sebuah pesawat P3 Orion Tentera Laut Korea Selatan, sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat awam.

Kenyataan itu juga menyebut lapan kapal ditugaskan di kawasan pencarian MH370 dan ini merupakan jumlah terbesar yang pernah menyertai operasi SAR setakat ini.

Menurut kenyataan itu, cuaca di kawasan pencarian agak baik dengan jarak penglihatan melebihi 10 kilometer.

Sementara itu, Kapal Kementerian Pertahanan Australia ‘Ocean Shield’ dijadual berlepas dari Perth esok selepas dilengkapi alat pengesan kotak hitam dan kenderaan di bawah air.

Operasi pencarian bersambung hari ini.

DAP: Tak perlu tunggu jumpa kotak hitam

MALAYSIAKINI


 


Penasihat DAP Lim Kit Siang mendesak kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC) untuk membincangkan isu berhubung kemalangan pesawat MH370 dengan segera tanpa menunggu kotak hitam pesawat itu ditemui.

Lim berkata, kotak hitam itu berkemungkinan besar akan kehabisan bekalan kuasa pada 7 April ini dan berkemungkinan besar akan menangguh usaha menyelamat dan melambatkan siasatan yang perlu daripada berjalan.

"Bukan kehendak negara kita untuk menangguhkan penyiasatan dan melewatkan jawapan kepada seribu satu persoalan yang timbul sepanjang tiga minggu ini," kata Lim dalam kenyataanya.

Orang awam bukan hanya mahu mengetahui "apa, bagaimana dan kenapa" yang menyelubungi kehilangan penerbangan MH370 pada 8 Mac itu, tetapi juga persoalan berkenaan usaha mencari dan menyelamat, katanya.

Tambahnya. Parlimen perlu bersedia dengan siasat dari Parlimen pelbagai negara memandangkan ia melibatkan banyak negara berkepentingan.

"Saya dengan itu menggesa semua MP tidak kira dari parti politik atau pakatan supaya menyedari bahawa usaha mencapai kesepakatan Parlimen untuk mengadakan PSC bukan saja tanggungjawab negara tetapi antarabangsa, tidak kira sama ada kotak hitam ditemui atau tidak," kata beliau.

Beliau menambah bahawa PSC sepatutnya ditubuhkan tidak lebih dari tempoh enam minggu selepas kehilangan MH370 dan diketuai ahli parlimen pembangkang.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein memberitahu Dewan Rakyat beliau bersetuju dengan cadangan pembangkang untuk mengadakan PSC tetapi keputusan akhir di tangan kabinet.

Sehingga kini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih tidak memberi kenyataan sama ada bersetuju dengan cadangan tersebut.

PM: Cari hingga jumpa pesawat

MALAYSIAKINI



 


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia komited sepenuhnya terhadap operasi menjejaki Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) dan tidak akan menghentikan pencarian sehingga pesawat itu ditemui.

Ketika operasi mencari memasuki minggu ketiga, Perdana Menteri berkata ingatan dan doa beliau sentiasa bersama keluarga penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boeing 777-200ER itu, yang hilang pada 8 Mac.

"Ketika masuk minggu ketiga pencarian MH370, kami memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia komited sepenuhnya terhadap operasi pencarian dan tidak akan menghentikan operasi sehingga pesawat dijumpai," katanya dalam catatan terbaharu beliau di Facebook.

Najib turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan Australia dan negara lain yang menyertai misi pencarian MH370.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan penghargaan saya kepada kerajaan Australia dan negara lain atas usaha mengesan pesawat kami yang hilang," katanya.

Pesawat itu, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan membawa 239 penumpang serta anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam

Pada 24 Mac lepas, Najib mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama

Ahad, 30 Mac 2014

[GAWAT] Kembar MH370 Ada Di Israel. Apa Motifnya?

KELAB GREENBOC


Apa Motif Israel Miliki Pesawat Serupa MH370 Ini?


Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel.

Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn.

Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat susah’ termasuk diserang dan dipenjara.

Meskipun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan.

Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata.

Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Pesawat ‘kembar’ MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 OktobeR 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.

Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.

Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.

Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini?


Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang ‘pakar keselamatan’ negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.

Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel:

“What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it.” (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat dijumpai).

Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch yang turut memberikan komen senada:

Obama should call Chinese President following today’s incident and say “we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work together?”
3:50 AM – 8 Mac 2014

777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies.
4:15 PM – 9 Mac 2014

World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden.
2:23 AM – 15 Mac 2014

777. Still think this a reminder that US and China should be working more closely on Muslim extremist threat.
2:26 AM – 15 Mac 2014


Sejak dahulu lagi, Israel sering ‘digosipkan’ sebagai perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11.

Rancangan ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang menunjukkan adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem.



Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad.

Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara tiba-tiba menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa tidak mustahil jiak kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah dirangka oleh Israel.

Pada masa sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda mahu menjadikan Iran sebagai kambing hitam sambil misi utama mereka sebenarnya mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan ala 9-11 menggunakan pesawat MAS tidak lama lagi?

Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak dibuktikan secara sahih. Sama-samalah kita doakan semoga kebenaran akan ditunjukkan akhirnya.

Wallahu’alam. - REM RAMZI MYNEWSHUB


Are the Israelis Planning Another 9-11 Using the Missing Boeing 777?


THE ISRAELI TWIN - Why would Israel have a plane identical to the missing Malaysia Airlines plane in storage in Tel Aviv? The plane in this photo is Boeing 777 2H6(ER) first flown in July 1998, Construction No. 28416* (Original Reg. No. 9M-MRI), an identical twin of the missing plane, which was given a new registration number (N105GT) and flown to Israel in November 2013.


EN ROUTE TO ISRAEL, NOVEMBER 4, 2013 - The former Malaysia Airlines Boeing 777-2H6(ER) (now a GA Telesis plane with new registration as N105GT) departs the Aéroport Tarbes-Lourdes-Pyrénées en route to Tel Aviv's Ben Gurion Airport, November 4, 2013.


THE TWIN PLANE IN TEL AVIV, ISRAEL, DECEMBER 2013 - What are the Israelis doing with this retired Malaysia Airlines plane in a hanger in Tel Aviv? Could it be part of a false-flag terror plot in the making? Where is this plane today?


THE MISSING PLANE - A photo by Bernhard Ebner of the missing Malaysia Airlines plane in Amsterdam, May 5, 2013. This plane, a Boeing 777-2H6(ER) with Construction No. 28420, Reg. No. 9M-MRO, was first flown on May 14, 2002, and delivered to Malaysia Airlines on May 31, 2002. It is thought to have crashed into the southern Indian Ocean on March 8, 2014.

Source: http://www.planespotters.net/Aviation_Photos/search.php

Source for Israeli Twin Plane Data:
http://www.planespotters.net/Production_List/Boeing/777/28416,N105GT-GA-Telesis-php

Source for Missing Plane Data:
www.planespotters.net/Production_List/Boeing/777/28420,9M-MRO-Malaysia-Airlines.php



Update - According to reports from plane-spotters, Israel has an identical Malaysia Airlines Boeing 777-200 in storage in Tel Aviv since November 2013. The only visible difference between the missing plane and the one in Tel Aviv would be its serial number. What do the Israelis have planned with the twin Malaysia Airlines plane?

By using the twin aircraft they have in storage, the terror masterminds may have a sinister plan for the missing plane to seemingly reappear in a false-flag atrocity. Public awareness of the twin plane in Tel Aviv, therefore, could prevent the evil plot from going ahead.

For more on the identical Malaysia plane in Tel Aviv see the latest entry, dated March 26, 2014, on my Q&A and Comment page.

Notes: The Malaysia Air 777 with Boeing serial number 28416 and registered as 9M-MRI was sold to GA Telesis, LLC of Fort Lauderdale, Florida, on October 21, 2013, and is now registered as N105GT. The aircraft was stored at Tarbes Lourdes Pyrenees on October 4, 2013, and then on November 4, 2013, it was re-registered as N105GT and stored at Tel Aviv.

*MSN 28416 OR 28418? - According to a press release from GA Telesis dated July 10, 2013, the Fort Lauderdale-based company announced that it had started the dismantling process "in the USA" for three Boeing aircraft, including one 777-200ER (TRENT 800) (MSN 28418) ex-Malaysia Airlines, the plane that was given a new registration number and flown to Tel Aviv.

See: http://www.planespotters.net/Production_List/Boeing/777/28416,N105GT-GA-Telesis-php

Abdol Moabery serves as the President and Chief Executive Officer of GA Telesis, LLC. Previously, Mr. Moabery served as Executive Vice President of Aviation Systems International, Inc., and as Director of Marketing and Sales at C-S Aviation Services, Inc. Both of Moabery's former companies were owned by George Soros. Therefore it is not unlikely that Soros owns a good part of GA Telesis, too.

C-S Aviation Services:

https://www.mail-archive.com/osint@yahoogroups.com/msg64520.html

Aviation Systems International, Inc.

http://business.fau.edu/news-events/event-details/index.aspx?eid=2826#.UzFK2CO3PJs

This information is very important because it fits neatly into the terror scenario presented by Israeli El Al "security expert" Issac Yeffet shortly after the Malaysian plane went missing. Yeffet suggested the missing plane had been hijacked to Iran and was being prepared for a terror attack. For the Israelis to have an identical plane in a hanger in Tel Aviv reveals why Yeffet presented such a scenario. He appears to have been setting the stage for a false-flag attack like 9-11, perhaps in Israel. If such an attack were to occur in Israel all the evidence would be in the hands of Israeli intelligence giving them complete control of the interpretation or narrative of the terror event.

"I BELIEVE IRAN WAS INVOLVED"

"What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it.”
- Issac Yeffet, former El Al security expert to Times of Israel, March 17, 2014

World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden.
- Rupert Murdoch on Twitter, March 15, 2014

It is not Iranians, but Israeli agents and Zionist propagandists like Rupert Murdoch who are the real authors of false-flag terror plots involving airliners being flown into hi-rise towers. Arnon Milchan, for example, the Israeli Mossad operative-cum-film producer, made the Medusa Touch film in 1978, in which a 9-11 type attack is the climax of the film. Is there a nefarious plot in the works to use the missing Malaysian plane for such an attack?

The making of Milchan's Medusa Touch involved constructing models to simulate an aircraft striking a skyscraper.

With no trace of Beijing-bound flight MH370 after nine days, one of several theories that has emerged is that the plane was hijacked to Iran, where it could be turned into a massive and devastating weapon. Two Iranian passengers are known to have been aboard, travelling on false passports. While Israeli officials did not confirm any suspicions regarding Iran, experts said it is not a stretch to point the finger at Israel's Middle East nemesis.

“My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved [in the disappearance of the plane],” Issac Yeffet, formerly a global security expert for Israel’s national airline El Al told today’s Times of Israel. “They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it.”
- "Missing jet, Iranian threats, prompt Israel to tighten air security" by Paul Alster, March 17, 2014

The disappearance of the Malaysian Boeing 777 looks like something from a Batman movie plot - or a bad Israeli screenplay by Arnon Milchan and his business partner Rupert Murdoch. The missing plane is bound to turn up sooner or later. The hijackers - or Israeli computer hackers - didn't pull a fast turn to the west and make professional moves with the plane in order to simply drop it in the Indian Ocean. Or maybe they did. In any case, all of the events going on with the missing Boeing and the Ukrainian crisis look like the making of a perfect storm - or perhaps another false-flag terror spectacle like 9-11.

An Israel-based reporter named Paul Alster has an article on Murdoch's FoxNews.com giving an Israeli prognosis about the missing Malaysian Boeing 777. The article is important because it suggests that the Israelis may be setting the stage for a false-flag event using the missing plane as a flying bomb.

The article indicates that the Israelis may be projecting a planned terror scenario and are planting the idea in the public mind. The following article has comments from an Israeli El Al "security expert" that are very similar to comments tweeted by Rupert Murdoch the day before. Isn't it interesting that Rupert Murdoch and an Israeli airline security expert imagine the exact same fate for the missing Boeing?

MURDOCH'S COMMENTS ON MISSING PLANE

Obama should call Chinese President following today's incident and say "we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work together?"
3:50 AM - 2 Mar 2014

777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies.
4:15 PM - 9 Mar 2014

World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden.
2:23 AM - 15 Mar 2014

777. Still think this a reminder that US and China should be working more closely on Muslim extremist threat.
2:26 AM - 15 Mar 2014

The Israeli comments in the article imagine a terror scenario like that described by Murdoch. It is important to note that the Israeli El Al "security expert" comes from the exact same groups (ICTS, El Al security, Menachem Atzmon, the Shin Bet and assorted Mossadniks), who projected the ideation of 9-11 (Murdoch’s "Lone Gunmen" pilot episode in 2000 and Arnon Milchan's Medusa Touch film in 1978) - and who were involved in the false-flag attacks of 9-11.

This is exactly what the evidence I present in my Solving 9-11 books reveals about Israeli involvement in the false-flag terrorism of 9-11. The fact that the same people are now projecting the ideation that the Boeing 777 has been hijacked (perhaps by computer like in the "Lone Gunmen") and will be used in a terror attack needs to be taken very seriously.

The game is on. We need to be aware of the very real possibility that the plane may resurface, used as a weapon of terror. If so, the attack would probably be designed to be a false-flag provocation that can be used to initiate aggression against a targeted foe – such as the Islamic Republic of Iran. If enough people understand the evil game of deception the Israelis are up to, they won't be able to pull off another major terror spectacle - and get away with it.

Here is the article by Paul Alster from FoxNews.com

Missing jet, Iranian threats, prompt Israel to tighten air security
By Paul Alster, March 17, 2014

HAIFA, Israel – Top Israeli defense officials have hurriedly put in place a confidential list of secret security measures in light of the baffling disappearance of a Malaysia Airlines jumbo jet that experts fear could become a weapon of mass destruction if in the wrong hands.

With no trace of Beijing-bound flight MH370 after nine days, one of several theories that has emerged is that the plane was hijacked to Iran, where it could be turned into a massive and devastating weapon. Two Iranian passengers are known to have been aboard, travelling on false passports. While Israeli officials did not confirm any suspicions regarding Iran, experts said it is not a stretch to point the finger at Israel's Middle East nemesis.

“My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved [in the disappearance of the plane],” Issac Yeffet, formerly a global security expert for Israel’s national airline El Al told today’s Times of Israel. “They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it.”

As the search continued to widen fruitlessly, Israeli security officials and aviation authorities, who have long feared a 9/11-style attack, conducted a security assessment and rapidly implemented a series of security measures. The only one reported publicly is that Israeli air traffic controllers will demand that incoming aircraft identify themselves earlier than has so far been the case, sources told FoxNews.com.

IDF officials aim to ensure an unthinkable repetition of the Twin Towers attack doesn’t happen in Tel Aviv, where the skyscraping triple Azrieli Towers rise high above the city. There's good reason to believe the three-tower commercial-residential-office complex is a coveted target of the Islamic Republic.

In a recent video simulation broadcast by Iranian state TV after the initial agreement with the international community on a reduction in Iran’s nuclear capability was signed, the Azrieli Towers were shown being blown up by Iranian missiles.

The Israeli media has speculated that if Iran played a part in the disappearance of the plane, it is all but certain the regime would not have been directly involved. It would likely instead act through a third party, using one of the many international terror organizations Iran sponsors and maintaining plausible deniability. Tehran would not want to jeopardize the easing of international sanctions and other gains made recently at the Geneva negotiations with the US and the P5+1.

The recent interception of a boatload of Iranian M-302 missiles headed for Israel’s enemies in the Gaza Strip or Sinai Peninsula has given rise to further speculation in Israel that Iran might be considering all manner of means to strike back after such an embarrassing and damaging loss.

“This would never have happened on an Israeli plane,” Yeffet said. “An El Al aircraft was hijacked for the first and last time in 1968. Since then, there has not been a single flight where security did not check every single name.”

Yeffet believes that the time consuming and often-criticized profiling of every passenger at Israeli airports would have picked up the Iranians travelling on false papers.

Most flights to and from Israel require check-in three hours before the advertised flight time and passengers are often faced with many questions (some personal) that some people take exception to. The fact remains though that the Israeli method seems to work and has, thus far, proved watertight.

“More security costs more money,” Menachem Yarden, a retired El Al pilot with more than 37 years experience told Fox News.com. “Few companies these days are making money because of increased costs and relatively low ticket prices. Especially in the U.S., spending more money on security and telling people to come 3 hours before the flight – even if their flight time is just one hour – it’s crazy. No-one would fly.”

Asked if air marshals - allegedly placed on every El Al plane - might have made a difference to flight MH370 if, as some believe, it has been hijacked, Yarden said, “As El Al pilots we didn’t know all the security measures [put in place]. Security is a separate matter [to piloting] and the fewer people that know about it, the more secure it is.”

Yarden said it is possible such a huge aircraft could have flown thousands of miles undetected.

“Yes. It is possible to fly as low as the pilot is able,” Yarden confirmed. “When you switch off the transponder no civil controller can see you. In 9/11 the pilots switched off the transponders and no one saw them. It is not like military radar which sends electromagnetic pulses that receives back the echo via antenna.”

“In this extraordinary case any theory might be the right theory,” Yarden concluded. “No one knows what’s happened.”

Sources:

"Ex-El Al expert: Iran likely involved in MH 370" by Debra Kamin, Times of Israel, March 16, 2014
www.timesofisrael.com/ex-el-al-expert-iran-likely-involved-in-mh-370/

"GA Telesis Continues to Provide Best-In-Class Component Support via Disassembly of Boeing 777-200ER, 767-200ER and 757-200ER," GA Telesis press release, July 10, 2013
www.gatelesis.com/ga-telesis-disassembles-boeing-777-200er-767-200er-and-757-200er/

"Is This a Secretly Taken Photo of the Plane Stored in Tel Aviv?" Beforeitsnews.com, March 28, 2014
beforeitsnews.com/alternative/2014/03/is-this-a-secretly-taken-photo-of-the-plane-stored-in-tel-aviv-2927888.html

“Missing jet, Iranian threats, prompt Israel to tighten air security” by Paul Alster, FoxNews.com, March 17, 2014
http://www.foxnews.com/world/2014/03/17/missing-jet-iranian-threats-prompt-israel-to-tighten-air-security/
- bollyn.com




Sidang media harian MH370 hari ini dibatalkan

THE MALAYSIAN INSIDER



























Sidang media harian mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat Malaysia Airline MH370 pada pukul 5.30 petang hari ini dibatalkan.

Petugas media yang berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, seawal 8 pagi dimaklumkan mengenai perkara itu oleh moderator sidang akhbar Jagjit Singh kira-kira 2 petang.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) dalam akaun Twitternya turut memaklumkan tiada sidang media diadakan hari ini jika tiada sebarang perkembangan baharu mengenai kehilangan MH370.

"Tiada (sidang akhbar) jika tiada yang baharu atau besar walaupun saya ada temu bual dengan @jameschau of CCTV," katanya dalam “tweet” beliau sebagai respons kepada soalan pengikutnya "@SVM5619': Good morning H2O. Will there be a PC today?" (selamat pagi H20. ada sidang akhbar hari ini?)

Sementara itu, akaun twitter Hishammuddin terus dihujani dengan kata-kata semangat dan dorongan atas usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari ke-23.

Walaupun sibuk dengan mesyuarat harian mengenai SAR, namun Hishammuddin tetap meluangkan masa membalas semua mesej yang ditweet kepada beliau.

Berikut pula antara mesej dikongsikan di laman Twitter Hishammuddin di @HishammuddinH2O:
  • Thank You so much "@tongliyap: H2O you have done a fantastic job. I followed your press conference. You have a heart. I have praised you to all my friends. Keep well."
  • I am touched - Thank You "@Evelyn_Tai: H2O Good morning Datuk Seri. We're always praying for Malaysia and we will continue to pray for those affected by this tragedy."
  • Iraq - Woh!! Salam and thank you so much "@Md_Hussein: H2O Good morning from Iraq Datuk Seri Hishamuddin. We feel what you going through. Prays."
  • We will continue to do so – thank you so much "@golders: H2O Keep up the good work, we know you guys are trying your best in such a difficult situation."
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". – Bernama

PAS Selangor tetap beri 'saingan' kepada PKR jika jawatan MB kosong - Mohd Khairuddin

Post Pic
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: PAS Selangor tetap akan 'bersaing' bagi mengisi jawatan Menteri Besar sekiranya PKR bertindak menggugurkan penyandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk merombak kepimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu.
 
Bagaimanapun Setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman mengesahkan perkara itu di sebalik spekulasi yang terus membara mengenai jawatan MB susulan pilihan raya kecil Kajang. 
 
"Ya, itu berlaku kalau ada kekosongan (jawatan Menteri Besar).
 
"Jadi setakat ini sudah tiada apa-apa isu lagi," katanya kepada Antarapos.
 
Tambah beliau, pertukaran jawatan Menteri Besar kemungkinan besar tidak berlaku selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang yang baru Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikatakan menolak hasrat PKR itu.
 
Desas-desus perubahan pemimpin utama kerajaan negeri hangat diperkatakan selepas Wan Azizah yang juga Presiden PKR memenangi kerusi DUN Kajang menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fen dalam pilihan raya kecil yang diadakan pada 23 Mac.
 
"Sebab rasanya sebelum ini Datin Seri Wan Azizah ada buat kenyataan tidak akan ganti Menteri Besar.
 
"Jadi kita pun tidak ada apa-apa yang baru setakat ini, kita kekal pada yang ada," tambah Mohd Khairuddin mengulas hasrat PKR itu bagi merealisasikan agenda 'Langkah Kajang' (Kajang Move).
 
Sebelum ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan diadakan perbincangan mengenai kedudukan Wan Azizah sebagai Menteri Besar menggantikan Abdul Khalid yang telah memegang jawatan itu sejak 2008.
 
Untuk rekod, di peringkat awal PKR menamakan Anwar sebagai calon untuk bertanding di kerusi DUN Kajang dengan tujuan Ahli Parlimen Permatang Pauh menggantikan Abdul Khalid sekiranya menang dalam pilihan raya kecil kawasan itu.
 
Namun keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kerana didapati bersalah dalam kes liwat, memperlihatkan beliau kelayakan bertanding.
 
PKR kemudian menamakan Wan Azizah sebagai calon pengganti beberapa hari sebelum hari penamaan calon DUN Kajang untuk bertanding dan mempertahankan kerusi itu yang diwakili parti itu sejak 2008.
 
PAS tunggu perkembangan terbaru PKR 
 
Menurut Mohd Khairuddin lagi, PAS Seangor tidak membuat sebarang pertemuan atau perbincangan mengenai perkara itu kerana mahu menunggu perkembangan daripada PKR terlebih dahulu.
 
"Tak ada, tak ada...setakat ini tiada lagi apa perbincangan.
 
"Dalam mesyuarat kita pun tak dibangkitkan, tiada siapa yang bangkitkan lagi isu itu.
 
"Kita tunggulah daripada komponen tapi setakat ini tidak ada apa-apa lagilah," katanya.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras ini bagaimanapun menerima baik kehadiran Wan Azizah sebagai wakil rakyat negeri itu sambil menyifatkan ia memberi nilai tambah kepada kekuatan Pakatan.
 
"Memang saya nampak kemasukan presiden PKR sebagai ADUN di Selangor akan memberi nilai tambah kepada kekuatan kita di sini.
 
"Kita nampak presiden PKR boleh memainkan peranan untuk mengukuhkan lagi Selangor," katanya.
 
Ujar Mohd Khairuddin lagi, sebarang perkembangan mengenai masa depan negeri itu serta kedudukan Menteri Besar kemungkinan berlaku selepas Wan Azizah mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang tidak lama lagi.
 
"...yang lain kita tunggulah beliau (Wan Azizah) angkat sumpah.
 
"Saya harap beliau boleh membantu kekuatan Menteri Besarlah, maknanya presiden PKR ini boleh memperbetulkan apa-apa kelemahan di Selangor sebab ada banyak isu di sini.
 
"Saya harap kemasukan beliau boleh menyelesaikan banyak perkara di Selangor," katanya.
 
Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dan dilantik sebagai Menteri Besar.
 
Namun hasrat PKR untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar pada peringkat awal mendapat maklum balas negatif daripada PAS yang tidak bersetuju selain bersedia menamakan wakil parti itu bagi mengisi jawatan tersebut jika berlaku peralihan kuasa.