Ahad, 30 Mac 2014

Sidang media harian MH370 hari ini dibatalkan

THE MALAYSIAN INSIDER



























Sidang media harian mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat Malaysia Airline MH370 pada pukul 5.30 petang hari ini dibatalkan.

Petugas media yang berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, seawal 8 pagi dimaklumkan mengenai perkara itu oleh moderator sidang akhbar Jagjit Singh kira-kira 2 petang.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) dalam akaun Twitternya turut memaklumkan tiada sidang media diadakan hari ini jika tiada sebarang perkembangan baharu mengenai kehilangan MH370.

"Tiada (sidang akhbar) jika tiada yang baharu atau besar walaupun saya ada temu bual dengan @jameschau of CCTV," katanya dalam “tweet” beliau sebagai respons kepada soalan pengikutnya "@SVM5619': Good morning H2O. Will there be a PC today?" (selamat pagi H20. ada sidang akhbar hari ini?)

Sementara itu, akaun twitter Hishammuddin terus dihujani dengan kata-kata semangat dan dorongan atas usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang kini memasuki hari ke-23.

Walaupun sibuk dengan mesyuarat harian mengenai SAR, namun Hishammuddin tetap meluangkan masa membalas semua mesej yang ditweet kepada beliau.

Berikut pula antara mesej dikongsikan di laman Twitter Hishammuddin di @HishammuddinH2O:
  • Thank You so much "@tongliyap: H2O you have done a fantastic job. I followed your press conference. You have a heart. I have praised you to all my friends. Keep well."
  • I am touched - Thank You "@Evelyn_Tai: H2O Good morning Datuk Seri. We're always praying for Malaysia and we will continue to pray for those affected by this tragedy."
  • Iraq - Woh!! Salam and thank you so much "@Md_Hussein: H2O Good morning from Iraq Datuk Seri Hishamuddin. We feel what you going through. Prays."
  • We will continue to do so – thank you so much "@golders: H2O Keep up the good work, we know you guys are trying your best in such a difficult situation."
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.