KL TODAY
Beberapa
objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun
diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines
(MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.
Menurut kenyataan Pihak
Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) pada Ahad malam, berkata
objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan
sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.
Bagaimanapun,
menurut Amsa, pesawat di kawasan pencarian terus melaporkan penemuan
objek serupa seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Objek yang
dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan dari
pesawat MH370. Setakat ini, tiada objek yang disahkan adalah dari
MH370.
Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
Penerbangan
MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sepatutnya
mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Gambar:
Menunjukkan skrin kamera digital milik jurufoto Tentera Udara Diraja New
Zealand (RNZAF) memaparkan gambar serpihan fizikal yang dirakam
daripada pesawat P3 Orion dalam operasi SAR MH370 di Lautan Hindi
Menurut Amsa, aktiviti pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 252,000 kilometer persegi membabitkan sembilan pesawat.
Antaranya,
dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah
pesawat P3 Orion Jepun, pesawat Ilyushin China, sebuah pesawat P3 Orion
Tentera Laut Korea Selatan, sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut
Amerika Syarikat, sebuah pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja
Malaysia dan dua pesawat awam.
Kenyataan itu juga menyebut lapan kapal ditugaskan di kawasan pencarian MH370 dan ini merupakan jumlah terbesar yang pernah menyertai operasi SAR setakat ini.
Kenyataan itu juga menyebut lapan kapal ditugaskan di kawasan pencarian MH370 dan ini merupakan jumlah terbesar yang pernah menyertai operasi SAR setakat ini.
Menurut kenyataan itu, cuaca di kawasan pencarian agak baik dengan jarak penglihatan melebihi 10 kilometer.
Sementara
itu, Kapal Kementerian Pertahanan Australia ‘Ocean Shield’ dijadual
berlepas dari Perth esok selepas dilengkapi alat pengesan kotak hitam
dan kenderaan di bawah air.
Operasi pencarian bersambung hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.