Hilmi Malik
Perintah
itu dikeluarkan susulan Nur Sajat yang gagal membayar jumlah
penghakiman pada Disember lalu, menurut Timbalan Pendaftar Mahkamah
Tinggi, Farah Wahida Md Nor. - Gambar Instagram
KUALA LUMPUR :
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa mengarahkan harta milik usahawan
kosmetik yang diburu, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali
sebagai Nur Sajat disita.
Tindakan itu
bertujuan bagi menuntut pampasan berjumlah RM200,000 yang gagal dibayar
Nur Sajat kepada bekas stokisnya, OWA Resources Sdn. Bhd.
Menurut
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi yang juga pengeluar perintah
tersebut, Farah Wahida Md Nor, arahan itu juga dikeluarkan susulan
kegagakan Nur Sajat membayar jumlah penghakiman pada Disember lalu.
Arahan sita itu dikeluarkan di kediaman Nur Sajat pada jam 10.30 pagi Selasa di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Menurutnya
lagi, arahan itu juga berikutan Nur Sajat yang dikatakan gagal
memberikan sebarang maklum balas untuk membayar pampasan apabila gagal
sewaktu sesi rayuannya April lalu.
Difahamkan, Nur Sajat gagal membekalkan bengkung dan girdle kepada stokisnya, berdasarkan apa yang dipersetujui.
Sementara
itu, peguam yang mewakili pihak OWA Resources Sdn Bhd, Nurul Hafidzah
Hassan dan Zeti Zulkifli berkata, penyitaan akan turut dibuat terhadap
aset lain sekiranya ia tidak mencukupi membayar hutang saman.
Menurut
mereka, barang-barang yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran
untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.
“Writ
penyitaan dan penjualan telahpun ditampal di premis defendan pada hari
ini dan jika pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang
disita akan dilelong pada 14 Disember ini,”
“Sekiranya
jumlah pungutan wang hasil dari lelongan masih tidak mencukupi melalui
penjualan barang yang telah disita hari ini, anak-anak guam akan
mengambil langkah seterusnya bagi menyita aset-aset lain yang boleh
disita dan dijual,” tambah Nurul Hafidzah dalam kenyataan pada Selasa.
Sebelum
ini, media melaporkan Nur Sajat bakal tersenarai dalam kalangan
individu muflis selepas menjalani beberapa dakwaan di mahkamah.
Ini
termasuk tindakannya yang telah melarikan diri ke beberapa negara bagi
bertujuan untuk mendapatkan perlindungan dan lolos daripada pihak
berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.