Oleh Media Mulia
PETALING JAYA: “Makin menggiler (menggila) puak sebelah sana. Bimbang pula saya”.
Demikian respons bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak terhadap cadangan Hanipa Maidin (PH-Sepang) supaya kerajaan
mempertimbangkan nama vaksin Covid-19 buatan Malaysia sebagai ‘Bossku’
atau ‘Pekan’.
Menurut Hanipa, ia sebagai menumpang populariti bekas Perdana Menteri itu.
“Jika kita cipta vaksin baharu kemudian, kita boleh memanggilnya vaksin ‘Pekan’ atau ‘Bossku’ ada macam satu bola magik dengan ‘title’ Bossku itu untuk dapat impak yang kuat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 pada peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Dewan Rakyat, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.