CHUKAI: Dua beradik maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 170, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Neram, petang tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 4 petang,Termizi Shaari, 37, dan adiknya, Mohd Faizal Shaari, 29, maut di tempat kejadian.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan bertembung secara berdepan dengan motosikal ditunggangi dua beradik terbabit.
Pegawai Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Kamalsuhaimi Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.20 petang.
Katanya, enam anggota dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian dan mendapati empat penumpang tersepit dalam kereta itu dikeluarkan orang awam.
"Kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal terbabit disahkan meninggal di tempat kejadian," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.