Rabu, 29 Disember 2021

Long Tiger menyorok di rumah pondan

Polis menahan Long Tiger petang tadi.
Polis menahan Long Tiger petang tadi.

ALOR SETAR: Lelaki Rohingya dikenali Long Tiger yang ditahan hari ini menyembunyikan diri di rumah seorang pondan di Jalan Kuala Ketil, dekat sini.

Ketika ditahan kira-kira jam 3 petang tadi, Long Tiger atau nama Abdul Hamim Ab Hamid, 33, sekali lagi cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung, namun tergelincir jatuh di lantai dapur.

Menurut sumber, polis Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang melakukan risikan menerima maklumat mengatakan Long Tiger bersembunyi di sebuah rumah.

"Bertindak daripada maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke rumah terbabit, namun penghuninya enggan membuka pintu. Ketika itu, Long Tiger dilihat sudah memanjat bumbung untuk meloloskan diri.

"Anggota polis terpaksa memecahkan pintu dan mengarahkan Long Tiger turun daripada bumbung, namun dia tergelincir dan terjatuh," katanya.

Sumber berkata, akibatnya Long Tiger mengalami kecederaan di kepala dan anggota badan kerana terjatuh daripada bumbung rumah terbabit.

 Long Tiger sebelum ini melarikan diri dari lokap mahkamah di Tangkak, Johor. 

Long Tiger sebelum ini melarikan diri dari lokap mahkamah di Tangkak, Johor

"Selain Long Tiger, polis turut menahan penghuni rumah terbabit yang juga seorang pondan berusia 40-an kerana didapati cuba melindungi lelaki berkenaan," katanya.

Long Tiger pada 15 Disember lalu jam 11.55 pagi meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak, Johor sebelum perbicaraan bermula.

Sejak kehilangannya, Long Tiger menjadi buruan polis selain peguam mewakilinya, Datuk Sharudin Ali turut menarik diri daripada mewakilinya.

Dua anggota polis turut digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan tahanan itu melarikan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.