Israr Khalid
SOP khusus perlu segera diumumkan dan kerajaan perlu tegas dalam penguatkuasaan. - Foto fail
KUALA LUMPUR:
Andai berjaya penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang selesai
20 November ini, besar kemungkinan lancar dan selamatlah perjalanan
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.
Itu
pendapat pakar kesihatan keluarga, Dr Suhazeli Abdullah yang melihat
acara di Melaka bulan depan itu menjadi medan percubaan dan ujian buat
semua pihak terlibat untuk mengadakan acara besar itu dalam norma
baharu.
“Penjagaan kesihatan awam ini ibarat bermain layang-layang, ada kalanya perlu ditarik dan ada ketikanya perlu dilonggarkan.
“Kalau
kita tak pandai menguruskan ini secara seluruhnya, maka kesannya nanti
akan berulang pada mana-mana pilihan raya yang akan datang.”
Kata
Dr Suhazeli, mahu tidak mahu kita perlu mengharungi pilihan raya
walaupun ancaman COVID-19 masih ada dan entah bila akan berakhir kerana
kelangsungan demokrasi itu harus dijunjung dalam memastikan kestabilan
sesebuah negara.
Kerajaan yang teguh juga
diperlukan untuk melaksanakan dasar-dasar yang kuat termasuk pengurusan
COVID-19 khususnya dan hal ehwal kesihatan secara amnya, dan ini
memerlukan mandat rakyat untuk memilih perwakilan yang terbaik untuk
mereka.
“Ahli-ahli politik ramai yang
gagal patuh SOP malah masih ada yang enggan divaksin dan ini boleh
menjadi iktibar pada kita semua.
“Di
sinilah memerlukan ketegasan oleh kerajaan untuk mengekang daripada
perkara ini membawa kepada sesuatu yang lebih teruk pada masa akan
datang.”
Dr Suhazeli bersama dua lagi
panel; mantan ahli tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), G
Manimaran dan penganalisis ekonomi, Prof Madya Mohd Yusof Saari di
pentas Dialog Tiga Penjuru dihoskan Dzulfitri Yusop pada Khamis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.