Shuhada Abdul Kadir
Sulaiman
menegaskan beliau sedia bekerjasama dengan mana mana rakan politik
asalkan ianya selari dengan pendirian parti. - Foto BERNAMA
AYER KEROH:
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Sulaiman Md Ali
menegaskan beliau sedia bekerjasama dengan mana mana rakan politik
asalkan ianya selari dengan pendirian parti.
Beliau
yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, tiada sebab untuknya menolak
apa jua bentuk kerjasama jika ia membawa kebaikan kepada parti dan juga
negeri.
“Presiden
sudah beri noktah takkan saya nak susun semula. Saya setia dengan parti
dan apa jua keputusan presiden, dia kata noktah ke saya jalan saja lah.
Itu keputusan parti bukan individu.
“Kalau
kerajaan kata (mahu) bekerjasama dengan siapa pun kita kerja saja lah.
Saya tak boleh cakap benda itu boleh ke tidak boleh.
“Saya
lebihkan sahaja kepada arahan parti sebab keputusan sepertimana saya
sebut itu bukan keputusan individu, keputusan yang diputuskan dalam
Perhimpunan Agung,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima suntikan dos penggalak di Dewan Seri Negeri, di sini hari ini.
Dalam
pada itu, mengulas soal pelanggaran prosedur operasi standard (SOP)
membabitkan parti politik ujarnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
Katanya,
garis panduan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri ini perlu
dipatuhi supaya ianya berjalan lancar tanpa gelombang baharu COVID-19.
“Arahan
Kementerian Kesihatan seperti mana SOP yang telah dikeluarkan kena akur
lah, (mana) yang tidak boleh (maka) tidak boleh lah.
“Mana
yang telah dikompaun itu dia kena terima la kalau tidak ikut arahan
dikeluarkan KKM itu, jadi bayar sahaja lah kompaun yang dikenakan,”
ujarnya.
Untuk rekod Kerajaan Melaka
dipimpin Sulaiman dari UMNO selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil
alih pentadbiran kerajaan negeri daripada pakatan (PH) yang tumbang Mac
tahun lalu.
Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.