Fareez Azman
Ujar
Mohd Rafiq, Pas, Bersatu dan Gerakan juga telah menunjukkan komitmen
yang tinggi dalam rundingan yang dijalankan. - Gambar fail
MELAKA:
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Melaka, Datuk Mohd Rafiq
Naizamohideen menjelaskan bahawa gabungan itu telah bersiap sedia untuk
menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November ini.
Ujarnya selain itu, Pas, Bersatu dan Gerakan juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam rundingan yang dijalankan.
"Saya
fikir kenyataan telah dibuat bahawa Pas adalah salah satu daripada
komponen PN, (maka) tidak timbul isu memujuk ataupun apa kerana saya
tengok komitmen Pas untuk bersama PN sentiasa berada di tahap tertinggi
termasuk dari segi jentera.
"Pelbagai
program telah kita gerakkan (bersama) ke akar umbi dan rundingan kerusi
juga insyaAllah ada sedikit sahaja lagi yang perlu diselesaikan dan
kita akan umumkan sebelum penamaan calon nanti," katanya di sini hari
ini.
Tidak tunggu siapa-siapa
Mengulas
lanjut mengenai keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Khamis untuk
bersama Pas dalam Muafakat Nasional (MN), jelas Mohd Rafiq, PN sentiasa
bersiap sedia untuk berdepan dengan apa sahaja situasi.
Malah PN Melaka, ujar Mohd Rafiq tidak menunggu siapa-siapa untuk menghadapi PRN Melaka.
"Itu keputusan UMNO, jadi itu hak UMNO, kita Bersatu kita tidak boleh bercakap bagi pihak UMNO.
"Kalau
itu keputusan UMNO, kita Bersatu terima apa sahaja keputusan UMNO dan
kita kena buat persiapan dan kita dah buat persiapan pun atas nama
Perikatan Nasional Melaka.
"Kita tidak
pernah menunggu sesiapa, kalau rakyat boleh tengok sejak DUN dibubarkan,
kita parti komponen PN antara Pas, Bersatu dan Gerakan kita telah buat
persiapan kita," jelasnya lagi.
Tambah Mohd Rafiq, PN sentiasa memperkukuhkan gabungan itu.
"Pelbagai
persiapan telah dibuat (dari sudut) jentera, mesyuarat bersama
(komponen PN) telah dibuat dan rundingan kerusi juga insyaAllah ada
sedikit lagi yang perlu diselesaikan.
"Jadi
saya fikir keputusan UMNO itu hak UMNO, bukan Bersatu untuk mengulas..
di pihak kita, kita konsisten akan bertanding atas PN.
"Seperti
mana diwar-warkan (Pengerusi PN) Tan Sri Muhyiddin, itulah keputusan
parti komponen dalam Perikatan Nasional untuk bertanding atas tiket PN,"
katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai keputusan sama ada Pas akan terus bersama PN, tambahnya tidak timbul isu melibatkan Pas dalam PN.
"Saya fikir kenyataan telah dibuat bahawa Pas adalah salah satu daripada komponen PN, tak timbul isu memujuk ataupun apa.
"Saya
tengok komitmen Pas untuk bersama PN sentiasa berada pada tahap
tertinggi, termasuk dari segi jentera dan juga semua program yang telah
kita gerakkan ke akar umbi.
"Kalau
mengikut kenyataan Tan Sri Muhyiddin itulah keputusannya, selebihnya
kena tanya Presiden Pas sendiri," kata Pengerusi PN Melaka itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.