Bernama
Tiada
masalah bagi bekas pesakit kanser dan orang kurang upaya (OKU)
menerima
suntikan vaksin COVID-19, kata Timbalan Ketua Pengarah
Kesihatan
(Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah
Mohd Ibrahim. -
Foto AP
KUALA LUMPUR:
Tiada masalah bagi bekas pesakit kanser dan orang kurang upaya (OKU)
menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Timbalan Ketua Pengarah
Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd
Ibrahim.
Beliau berkata selain itu,
mereka yang pernah menerima suntikan Bacillus Calmette Gurrain (BCG)
bagi mencegah penyakit Tibi juga tidak mempunyai masalah untuk menerima
suntikan vaksin COVID-19.
"Pejuang
kanser ini kalau rawatan sudah selesai, dengan syarat rawatan terakhir
tiga hingga enam bulan sebelum (dapat vaksin), mereka tiada masalah
untuk menerima vaksin.
"Begitu juga golongan OKU, tiada masalah.
"Memang
kami menggalakkan mereka terima vaksin kerana mereka golongan berisiko
tinggi, selain orang yang menghidap diabetes, darah tinggi, sakit
jantung, buah pinggang dan penyakit kronik lain," katanya menerusi
program Ruang Bicara bertajuk 'Vaksin COVID-19 Fasa Pertama' terbitan Bernama TV di sini malam tadi.
Bagaimanapun,
beliau berkata bagi golongan yang sedang mengambil ubat untuk
merendahkan paras imuniti seperti pesakit kanser, mereka tidak
dinasihatkan untuk menerima vaksin buat masa ini sehingga tamat rawatan.
Sementara
itu, Dr Hishamshah menjelaskan setakat ini, tiada data jelas yang
mengesahkan sesiapa yang menerima suntikan BCG sebelum ini terlindung
daripada dijangkiti wabak COVID-19.
"Walaupun
ada teori mengatakan ada perlindungan, tetapi dari segi data yang
tepat, tiada. Kalau ada perlindungan melalui BCG dan sebagainya, ia
tidak akan melindungi kita daripada COVID-19.
Buktinya, ramai antara
kita ada vaksinasi BCG, tetapi ramai juga yang dapat COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.