Selasa, 23 Februari 2021

Satu sinar harapan, satu titik permulaan penamatan penularan COVID-19 - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Satu sinar harapan, satu titik permulaan penamatan penularan COVID-19 - Dr Noor Hisham
Satu sinar harapan, satu titik permulaan penamatan penularan jangkitan 
Covid-19 dalam negara kita, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr 
Noor Hisham Abdullah.
 
KUALA LUMPUR: Satu sinar harapan, satu titik permulaan penamatan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara kita, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ciapan ringkas di Twitternya itu dipercayai merujuk kepada vaksin COVID-19 yang mula diperoleh negara. 
 
Malah, Dr Noor Hisham berharap dengan segala usaha dilakukan, semua rakyat Malaysia akan terus dilindungi. 
 
"InshaAllah semoga segala iktibar dan usaha diberkati dan kita bertawakkal kepada Allah SWT yang maha Esa supaya kita semua dilindungi," katanya dalam satu ciapan di laman Twitternya pada malam Isnin.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham akan menjadi antara penerima pertama suntikan vaksin COVID-19 pada Rabu ini.
 
BACA: Jejak Vaksin COVID-19
BACA: Ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech: Ini lima perkara yang anda perlu tahu
BACA: Vaksin COVID-19 selamat tiba, netizen Malaysia zahir rasa syukur
 
Pada Ahad, kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech, sebanyak 312,390 dos, tiba di negara melalui pesawat MH604 dengan hiasan livery Jalur Gemilang.
 
Vaksin berkenaan pula dihantar ke 16 lokasi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di seluruh negara.
 
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membuat persiapan rapi untuk memastikan tiada pembaziran dos vaksin berkenaan.
 
Jelasnya setiap satu bebuli Pfizer mempunyai enam dos.
 
Selain itu kerajaan turut bercadang untuk mengeluarkan pasport vaksin kepada individu yang sudah menerima vaksin COVID-19.
 
BACA: Kerajaan cadang keluar pasport vaksin untuk penerima vaksin
 
Selepas ketibaan kumpulan pertama, Malaysia dijangka terima penghantaran kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada 26 Februari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.