Bernama
Zeti
bagaimanapun tidak dapat mengulas sebarang kenyataan lanjut
memandangkan beliau merupakan saksi yang berpotensi dalam
perbicaraan ke
atas Najib yang masih berjalan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
menafikan dakwaan bahawa keluarganya terlibat dalam skandal 1Malaysia
Development Bhd (1MDB).
"Saya
memerhatikan dengan kebimbangan apabila melihat banyak laporan media
yang tidak benar mengaitkan saya dan keluarga saya dengan 1MDB. Isu
berkaitan 1MDB telah disiasat sepenuhnya oleh pihak berwajib seperti
BNM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM).
Dalam
satu kenyataan ringkas, Zeti berkata bahawa beliau telah memberikan
kerjasama sepenuhnya dan menyerahkan kesemua maklumat yang diperlukan
kepada PDRM serta SPRM berhubung siasatan rasmi berkenaan 1MDB dan bekas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Zeti
bagaimanapun tidak dapat mengulas sebarang kenyataan lanjut
memandangkan beliau merupakan saksi yang berpotensi dalam perbicaraan ke
atas Najib yang masih berjalan.
"Oleh itu, pada pandangan saya, ini akan menganggu perbicaraan yang sedang berjalan dan berpotensi menjadi sub judice
untuk saya membuat sebarang kenyataan ketika ini. Saya ingin mengulangi
bahawa keluarga saya dan saya tidak pernah menerima apa-apa jumlah wang
daripada 1MDB. Tuduhan terhadap kami adalah palsu dan berniat jahat."-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.