Bernama
Jalaluddin
berkata ia susulan kebimbangan masyarakat terhadap cabaran
pendidikan
anak-anak yang kini melalui fasa Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah
(PdPR). - Gambar fail
SEREMBAN:
Ibu bapa diminta mengemukakan pandangan berhubung langkah untuk
membolehkan semua pelajar sekolah dan universiti mendapat pendidikan
yang terbaik dalam keadaan negara dilanda wabak COVID-19.
Pengerusi
Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan Parlimen Datuk Jalaluddin Alias
berkata ia susulan kebimbangan masyarakat terhadap cabaran pendidikan
anak-anak yang kini melalui fasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR).
"Ketika ini saya melihat pendidikan semakin hari semakin tidak menentu dalam keadaan pandemik COVID-19.
"Ramai
ibu bapa merungut sama ada di kawasan bandar dan luar bandar tentang
pendidikan dan kebimbangan mereka terhadap generasi akan datang hasil
daripada kekurangan pendidikan di peringkat rendah, menengah dan
universiti kerana kurang mendapat pendidikan secara fizikal (bersemuka).
"Masalah
juga perlu dilihat kepada pelajar luar bandar dari segi capaian
internet, kekurangan peranti dan kemampuan ibu bapa untuk mengadakan
kemudahan pendidikan kepada anak-anak dan sebab itu saya kemukakan
tinjauan pendapat untuk mendapatkan pandangan mereka," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtu.
Ahli
Parlimen Jelebu itu berkata kesemua pandangan berkenaan akan dirumuskan
di peringkat jawatankuasa sebelum dikemukakan kepada kerajaan untuk
dipertimbangkan.
Jalaluddin berkata
selain ibu bapa, guru dan kumpulan profesional juga dialu-alukan memberi
pandangan mengenai prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan di
institusi pendidikan serta keberkesanan PdPR yang digunakan ketika ini.
"Semua
dapatan daripada pelbagai golongan termasuk guru-guru amat penting
untuk dikumpulkan bagi mencari formula dan solusi terbaik untuk
mengatasi masalah pendidikan ketika ini. Apabila formula ini dapat
dihasilkan, kita akan kemukakan kepada kerajaan untuk tindakan berkaitan
dasar pendidikan negara," katanya.
Menurut
beliau, pandangan berkenaan boleh dikongsikan dalam tinjauan pendapat
yang dimuatnaik di laman Facebook dan twitter rasminya iaitu Jalaluddin
Alias dan setakat ini, tinjauan berkenaan menerima maklum balas daripada
42 individu.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.