Sinar Harian
Syed
Mohd Johan Rizal (tiga dari kiri) dan Mohd Fadzil (dua dari kiri) turun
padang menyalurkan sumbangan tablet untuk kegunaan anak Saadiah Puteh
(tengah) di Kampung Dewan, Alor Malai pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
ALOR SETAR:
Lima anak kepada seorang ibu tunggal terpaksa bergilir-gilir
menggunakan telefon bimbit milik wanita tersebut dan peninggalan arwah
bapa mereka bagi mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) di kediaman mereka di Kampung Dewan, Alor Malai di sini.
Saaidah
Puteh, 40, berkata, tujuh daripada sembilan anaknya bersekolah, namun
lima daripadanya mengikuti PdPR manakala seorang lagi adalah calon Sijil
Pelajaran Malaysia yang belajar di sekolah seperti biasa dan seorang
lagi anaknya merupakan orang kurang upaya (OKU) yang kebetulan tiada
sesi PdPR.
Anak
Saadiah semuanya seramai sembilan orang berusia dari 20 tahun hingga
dua bulan manakala suaminya, Zainol Abididil Ibrahim baru sahaja
meninggal dunia pada Oktober lalu akibat kencing manis.
Katanya,
disebabkan kekurangan gajet untuk anaknya belajar, lima daripada
anaknya itu terpaksa bergilir-gilir berkongsi telefon bimbit miliknya
dan peninggalan arwah suaminya untuk mengikuti PdPR.
"Setiap
hari anak saya iaitu pasangan kembar, Nurul Alia Aneesa dan Nurul Alia
Areesa, 6, Nurul Aliah Aqila, 9, Nurul Alia Alesya, 12, dan Muhammad
Zuffar Azriel, 16, terpaksa menunggu giliran masing-masing untuk
mengikuti PdPR.
"Malah anak-anak terpaksa
meminjam telefon pintar sepupu mereka yang tinggal berhampiran untuk
melakukan tugasan masing-masing," katanya ketika ditemui di kediamannya
di Kampung Dewan, Alor Malai di sini pada Sabtu.
Katanya,
mujur anak keduanya, Nurul Aliah Athirah,18, bakal mengambil
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjalani sesi persekolahan
secara bersemuka manakala seorang lagi, Muhammad Zuffar Aidil,15, yang
merupakan orang kelainan upaya (OKU) tiada sesi PdPR.
Menurut
Saadiah, dia tidak mampu menyediakan gajet baharu untuk anak-anaknya
belajar disebabkan tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada wang
pencen penakat Pertubuhan Keselamatan (Perkeso) arwah suaminya untuk
menyara kehidupan mereka anak beranak termasuklah anak bongsu, Nurul
Aliya Afiyya berusia dua bulan.
Tambahnya,
walaupun anak sulung, Muhammad Zuffar Aliff, 20, telah bekerja namun
pendapatan diperoleh tidak mencukupi untuk membantu adik-adiknya dan
cukup untuk keperluannya sahaja.
Bagaimanapun,
nasib keluarga Saaidah mendapat perhatian Kelab Belia Darul Aman dengan
kerjasama Pemuda UMNO Kedah yang menyumbangkan dua tablet untuk
kegunaan anak ibu tunggal itu.
Saaidah
berkata, dia berterima kasih di atas keprihatinan Kelab Belia Darul Aman
dan Pemuda UMNO Kedah menyalurkan bantuan tablet untuk anak-anaknya,
sekaligus memastikan mereka tidak keciciran dalam pelajaran.
"Alhamdulillah,
anak-anak dapat belajar dengan lebih selesa untuk melakukan tugasan
diberikan guru pada sesi PdPR selepas ini," katanya.
Sementara
itu, Presiden Kelab Belia Darul Aman,Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan
Mashri berkata, pihaknya dengan kerjasama Pemuda UMNO Kedah mengambil
inisiatif mengumpul dana daripada orang awam untuk membantu keluarga
Saadiah.
"Ketika ini kita dapati isu
kelengkapan dan alatan komunikasi seperti telefon pintar mendapat
keluhan masyarakat terutama golongan tidak berkemampuan dan memiliki
anak ramai yang tidak mampu menyediakan gajet untuk sesi PdPR," katanya.
"Susulan
itu, kami mengambil inisiatif melancarkan Kutipan Tabung Sumbangan
Tablet untuk Pelajar Kurang Berkemampuan bagi membantu lebih ramai
pelajar memerlukan," katanya.
Katanya,
untuk peringkat permulaan, pihaknya berjaya menyediakan 11 tablet untuk
pelajar tidak berkemampuan dengan dua daripadanya disumbangkan kepada
anak Saadiah.
Ketua Pemuda UMNO Kedah,
Mohd Fadzil Zolkifli berkata, pihaknya terkesan dengan nasib ibu tunggal
Saadiah yang mempunyai lima anaknya yang terpaksa bergilir-gilir
menggunakan telefon bimbit untuk belajar.
"Saya
berharap orang ramai ataupun badan korporat dapat bersama-sama membantu
menjayakan program murni ini bagi membantu pelajar meneruskan
pembelajaran mereka dalam situasi norma baharu akibat COVID-19,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.