Bernama
Abd
Khalid bersama anggotanya membuat serbuan Ops Dadu dan
menahan seramai
16 individu di sekitar Taman Perindustrian Puchong
Utama.
--fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR:
Dua puluh individu termasuk sembilan warga asing ditahan kerana disyaki
terlibat dalam kegiatan judi dalam talian di enam premis di Taman
Perindustrian Puchong Utama, Bukit Puchong, semalam.
Ketua
Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata kesemua suspek
berusia 48 hingga 62 tahun itu terdiri daripada 11 warga tempatan serta
sembilan warga Myanmar dan Bangladesh.
Beliau
berkata, dalam operasi yang dijalankan jam 5.30 petang semalam,
pihaknya turut merampas
wang tunai berjumlah RM5,060, 11 telefon, 50
keping kertas bercetak, sekeping kertas bertulis, 10 pencetak mudah alih
dan dua batang pencil.
“Hasil siasatan awal mendapati premis kedai tersebut telah beroperasi sejak tiga hingga empat bulan lalu.
"Premis
tersebut telah menjalankan perjudian loteri awam tanpa lesen. Seorang
daripada suspek iaitu seorang wanita pernah ditahan sebanyak tiga kali
termasuk hari ini kerana kes yang sama," katanya di lokasi serbuan di
Taman Perindustrian Puchong Utama.
Abd
Khalid berkata kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 4A(a) dan Seksyen
9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat
Polis Daerah Subang Jaya untuk siasatan lanjut.
“Mereka
juga ditahan di bawah Seksyen 22(B) Akta Pencegahan Dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988 kerana ingkar arahan Perintah Kawalan
Pergerakan(PKP)," katanya.--BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.