Bernama
Pedati
perak yang berusia lebih 100 tahun yang membawa arca Dewa
Murugan
melalui Jalan Transfer semasa mengadakan perarakan sejauh
7 kilometer di
George Town, 27 Jan, 2021. --fotoBERNAMA
GEORGE TOWN:
Polis Pulau Pinang mengesahkan pergerakan membawa arca Dewa Murugan di
atas pedati perak yang dilakukan awal pagi semalam, sempena sambutan
Thaipusam di negeri itu telah mendapat kelulusan daripada Majlis
Keselamatan Negara (MKN).
Ketua Polis
Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata Polis Diraja Malaysia
(PDRM) telah bertindak menjaga keamanan bagi memastikan tiada perkara
tidak diingini berlaku sepanjang pergerakan ke Kuil Nattukottai
Chettiar, di Jalan Air Terjun di sini.
"Sebenarnya
bukan perarakan tapi pergerakan pedati dan ia juga telah diluluskan
oleh MKN, jadi PDRM seperti biasa bertugas untuk menjaga keamanan bagi
memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang
pergerakan tersebut.
"Selain itu kami
juga memastikan tiada gangguan trafik sepanjang pergerakan pedati
berkenaan, pergerakan yang bermula 3.30 pagi tadi itu berjalan lancar
dan baik, tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tempoh
tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Katanya
pergerakan pedati itu menggunakan laluan sejauh tujuh kilometer iaitu
lebih dekat berbanding tahun sebelumnya sembilan kilometer dan ia
bermula dari Lebuh Penang, Lebuh Chulia, Jalan Transfer, Jalan Burma,
Jalan Anson, Jalan Macalister secara melawan arus seterusnya ke Jalan
Utama sebelum tiba di Jalan Kebun Bunga dan Kuil Nattukottai Chettiar.
Sahabudin
berkata bagi pergerakan balik pada Jumaat ini ke Kuil Kovil Veedu,
Lebuh Penang di sini,
pedati perak itu akan menggunakan laluan yang sama
dengan mengikut kesesuaian jalan dan diawasi pihak polis sepanjang
perjalanan tersebut serta tidak akan berhenti di mana-mana seperti
ketika pergerakan pergi.
Beliau
turut menasihatkan orang ramai agar tidak berkumpul atau mengekori
pergerakan pedati perak itu ketika perjalanan balik ke Lebuh Penang dan
mereka boleh dikenakan kompaun jika ingkar arahan prosedur operasi
standard (SOP) yang ditetapkan itu.
"Kami
telah memaklumkan kepada penganjur iaitu tidak membenarkan orang ramai
berkumpul dan hanya 10 petugas sahaja boleh mengiringi pedati tersebut,
pagi tadi pengurusan kuil mematuhi SOP ketat yang telah ditetapkan itu.
"Ini
bukanlah perarakan Thaipusam seperti biasa tetapi hanyalah pergerakan
pedati yang perlu mematuhi SOP yang ketat. Orang ramai tidak perlu
berada di kawasan kuil dan sepanjang laluan pergerakan pedati itu,
mereka boleh sembahyang di kediaman masing-masing," katanya.
Perarakan
membawa arca Dewa Murugan di atas pedati perak dilakukan awal pagi
semalam, sempena sambutan Thaipusam dengan mengikut SOP yang ketat untuk
sampai ke Kuil Nattukottai Chettiar, di Jalan Air Terjun.
Pedati
itu bergerak dari Kuil Kovil Veedu, pada 3.30 pagi ditarik dua ekor
lembu dan diiringi 10 petugas kebanyakannya pegawai kuil dan tiba di
Jalan Air Terjun kira-kira 5.45 pagi.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.