Aida Aziz
Cik
B dan ibunya Datin Seri Vida bercakap kepada media mengenai single
pertamanya di kediaman mereka di Ipoh malam tadi. - Foto Astro AWANI
IPOH:
Selepas mendapat perhatian menerusi lakonan dalam drama bersiri
baru-baru ini, kini Cik B, anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida,
muncul dengan single pertamanya bertajuk 'Tolonglah'.
Menerusi
lagu yang dilancarkan malam tadi, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn
Zamilleen
Muhamad Amin berkata, lirik lagu itu sarat dengan penceritaan
berkisarkan kisah hidupnya selama ini.
Ujar
remaja berusia 15 tahun ini lagi, dia kini mula memberanikan diri
keluar dari zon selesa kerana sebelum ini berasakan dirinya sangat
pemalu dan kurang keyakinan diri.
"Sebenarnya
lagu ini sudah lama dibuat, sejak bulan Disember tahun lepas. Dan pada
mulanya, saya nak keluarkan (lagu) lebih awal, tapi waktu itu rasa belum
yakin, disebabkan masih malu dengan media dan orang ramai, bercampur
dengan rasa takut.
"Bagaimanapun, sekarang sudah rasa semakin baik, dan saya tanam azam pada diri sendiri, yang 'it's time to shine'.
"Saya
sudah percaya dengan diri sendiri dan kurang malu berhadapan dengan
orang ramai," katanya kepada pemberita selepas pelancaran single
tersebut di kediamannya di sini.
"Lagu
ini inspirasi tentang hidup saya, daripada kecil hingga dewasa saya.
Bagaimana dulu saya kena dera dengan pembantu rumah, isu keluarga dengan
ayah dan sebagainya," terangnya mengenai single 'Tolonglah'.
Kata Cik B, lagu tersebut merupakan hasil ciptaan dan lirik sepenuhnya
oleh dia dan ibunya, dan tambahnya, dia bersedia terima sebarang
kritikan.
"Saya dah biasa. Dari umur saya 12 tahun lagi, saya selalu kena kecam.
Jadi, sekarang saya sudah imun dengan kecaman," tambahnya.
Cik
B berkata walaupun sering dibayangi aura ibunya, dia berharap lagu ini
dapat diterima ramai dan memberi motivasi kepada mereka yang menghadapi
pengalaman sama seperti dirinya.
Sementara itu, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, dia
menyokong sepenuhnya minat dan usaha anaknya itu, dan dalam masa sama
gembira melihat perubahan imej dan sikap Cik B yang tidak lagi kekok
berdepan orang ramai.
"Sebenarnya, dia nak keluar dari kepompong dan perasaan malu, yang mana, dia banyak habiskan masa dalam bilik sebelum ini.
"Setelah
setahun lagu ini diperam, dan dia pun tiada kekuatan untuk lancarkan,
akhirnya, kebetulan jadi pelakon, dan sudah tiba masanya dia bersinar,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.