HARAKAH DAILY
KANGAR: Sebanyak 15 keluarga di Kampung Seri
Kesinai, Padang Besar tidak menyangka ‘tanah kerajaan’ yang mereka diami
sekarang milik persendirian.
Seorang penduduk Zaharah Zakaria,
65 berkata, keluarganya menetap di tanah tersebut sejak 1987 selepas
dimaklumkan tanah di kawasan tersebut milik kerajaan.
Malah
katanya, pada ketika itu arwah suaminya pernah merujuk perkara itu di
Pejabat Tanah dan dimaklumkan bahawa status tanah di kawasan tersebut
milik kerajaan.
“Namun pada tahun 2017 dan 2018 kami baru tahu bahawa tanah tersebut milik persendirian selepas menerima notis supaya keluar daripada kawasan terbabit,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau ditemui selepas menyerah memorandum kepada Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man di Pejabat Menteri Besar, semalam.
Memorandum itu disampaikan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Jeyakumar Devaraj kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Harmizan Abd Halim.
Masalah serupa turut dihadapi Fatimah Mohd Zain, 46. Beliau dan keluarga menduduki tanah tersebut kerana diberitahu milik kerajaan. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.