HARAKAH DAILY
PASIR PUTEH: Kerajaan negeri bercadang membuka
semula Kuala Semerak yang ditimbus pasir bagi menyelamatkan penternak
ikan di laguna tersebut.
Bagi melaksanakan agenda itu peruntukan
sebanyak RM12 juta akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12
bagi membina semula Kuala Semerak yang tertimbus.
Langkah
terbabit bagi menyelamatkan lebih 50 penternak yang sering mengalami
kerugian besar setiap tahun apabila ikan yang diternak mereka banyak
yang mati.
Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata,
peruntukan itu bagi mengatasi pencemaran air di Laguna Semerak sehingga
menyebabkan penternak ikan air tawar mengalami kerugian.
“Ini disebabkan air dari laguna itu tidak dapat keluar ke laut, manakala air laut pula tidak dapat memasuki kuala yang tertimbus mengakibatkan air terperangkap, tercemar dan kurang oksigen,“ katanya selepas menyampaikan bantuan 1,000 beg makanan ikan kepada 50 penternak di Semerak, hari ini.
Pencemaran itu berlaku setiap kali musim tengkujuh apabila air dari darat yang membawa pelbagai pencemaran toksid mengalir ke kawasan lagun. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.