Adie Sufian Zulkefli
Selain
pembinaan lapangan terbang dan landasan utama, komponen KXP turut
membabitkan pembangunan Taman Aeropolis Sidam dan pembinaan lebuh raya
baharu. -Gambar hiasan/
Reuters
ALOR SETAR:
Kerajaan Persekutuan sekali lagi meluluskan pembinaan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kulim (KXP) selepas kajian mendapati Lapangan Terbang
Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dijangka tidak mampu menampung
pertambahan penumpang pada masa hadapan.
Menteri
Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata LTAPP ketika ini hanya
memiliki landasan tunggal yang mampu menampung kapasiti maksimum 12 juta
penumpang setahun.
"Ketika
ini LTAPP merekodkan tujuh juta penumpang setahun dan jumlah itu
dijangka meningkat sebaik (krisis) penularan wabak COVID-19 tamat atau
selepas 2022.
"Projek KXP yang diluluskan kerajaan dirancang mempunyai empat landasan menerusi projek jangka panjang sehingga tahun 2050.
"Mengikut
perancangan, KXP akan mempunyai empat landasan. Pembinaan landasan
pertama dan kedua akan dilakukan dalam fasa pertama dan kedua, manakala
dua lagi landasan akan dibina menjelag 2050," katanya pada sidang media
di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Beliau
berkata, semalam Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) meluluskan
pembinaan KXP untuk kali pertama sejak rancangan itu dikemukakan pada
2014.
Projek pembinaan itu pernah
diluluskan kerajaan pada Mac 2019 lalu namun Kementerian Pengangkutan
pada Ogos lalu mengumumkan penangguhan semua projek naik taraf dan
pembinaan lapangan terbang baharu termasuk KXP.
Arahan
penangguhan itu disebabkan kerajaan berhasrat mahu membuat pertimbangan
semula selepas kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP)
dimuktamadkan pada 2023.
Bagaimanapun,
Muhammad Sanusi kemudian mengadakan pertemuan dengan Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Putrajaya, sebelum kedua-dua
pihak setuju supaya kertas cadangan projek KXP dibentangkan semula pada
mesyuarat MPFN.
Sementara itu, dalam
sidang media hari ini, Muhammad Sanusi berkata, selepas ini, kerajaan
negeri akan memulakan proses pengambilalihan tanah dan berusaha
mendapatkan bantuan kewangan berjumlah RM2.5 bilion daripada kerajaan
Pusat sebelum proses seterusnya dapat dilaksanakan.
Katanya,
dengan kargo yang dikeluarkan dari Taman Perindustrian Tinggi Kulim dan
taman semikonduktor baharu yang akan dibina berhampiran kawasan itu,
KXP akan menjadi pencetus perubahan ekonomi kepada Kedah dengan Pulau
Pinang, Perak dan Perlis turut mendapat manfaat.
Katanya,
kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kedah juga dijangka mampu
meningkat sehingga 4.6 peratus selepas KXP dibangunkan.
Beliau
berkata, selain pembinaan lapangan terbang dan landasan utama, komponen
KXP turut membabitkan pembangunan Taman Aeropolis Sidam dan pembinaan
lebuh raya baharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.