Isabelle Leong
DR
NOOR HISHAM: Kadang-kadang malam pun tidak boleh tidur kerana kami
perlu fikirkan
pelbagai aktiviti dan bagaimana kami boleh selesaikan
masalah ini.
PUTRAJAYA :
Perang menentang musuh halimunan bernama COVID-19 yang berlanjutan
sejak awal tahun ini nyata memberikan kesan dan tekanan bukan sahaja
kepada petugas barisan hadapan, malah kepada warga kerja Kementerian
Kesihatan (KKM).
Ketua Pengarah
Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hariannya
pada Rabu mendedahkan bahawa beliau turut mengalami kelesuan serta
tekanan mental dan fizikal yang amat tinggi.
“Ini
adalah kerana kami berperang berterusan tanpa henti untuk 10 bulan
tanpa cuti. Setiap hari, kami ada mesyuarat dan ada tindakan (susulan).
“Setiap lapisan warga kerja KKM membuat kerja dengan sebaik mungkin dan mungkin ada yang terkesan iaitu tekanan yang tinggi.
“Termasuk KP (Ketua Pengarah) Kesihatan juga (berdepan) tekanan yang amat tinggi,” katanya.
Dr Noor Hisham mengakui bahawa kelesuan itu turut menyebabkan beliau mengalami kesukaran untuk tidur.
“Kadang-kadang
malam pun tidak boleh tidur kerana kami perlu fikirkan pelbagai
aktiviti dan bagaimana kami boleh selesaikan masalah ini.
“Walaupun diberikan masa untuk berehat, kami tidak boleh berehat.
“Tengah malam pun bangun pada jam 3 atau 4 pagi dan masih memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini,” ujarnya.
Bagaimanapun,
beliau berkata rata-rata kakitangan KKM masih dapat bertahan dan kekal
bersemangat untuk memastikan COVID-19 lenyap daripada bumi Malaysia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.