Cinca on
HARAPAN Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi
Perdana Menteri ke-9 menerusi sokongan majoriti ahli Parlimen nampaknya
semakin samar-samar.
Pemimpin-pemimpin UMNO dalam senarai nama yang dikeluarkan oleh portal The
Coverage kononnya menyokong Anwar, menafikan sekeras-kerasnya mahu menjadi
sebahagian daripada kerajaan yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Port Dickson
itu.
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar, secara sinis mengucapkan ‘terima
kasih’ kerana Anwar mengingatinya dan menyenaraikan dia sebagai Menteri Kerja
Raya.
“Nasib baik saya tidak ada darah tinggi, kalau tidak mahu saya pengsan.
Bincang apa pun tidak, tiba-tiba nama saya ada,” katanya.
Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria yang juga berada dalam senarai palsu itu,
menyifatkan Anwar terkena “sindrom Sept”.
“Asal bulan September sahaja dia cakap ada majoriti, dulu pun begitu.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abd Rahman juga menafikan dia memberikan
sokongan kepada Anwar.
“Anwar ini sebenarnya terkenal dengan sandiwara, dulu 16 September dia (dakwa)
mempunyai angka untuk membentuk kerajaan tetapi gagal.
“Jadi kita tidak terkejut dengan sandiwara dia, bagaimanapun kalau betul dia
mempunyai angka, ia tidak automatik membentuk kerajaan dan menjadi perdana
menteri,” katanya kepada portal berita Umno Online.
Turut menafikan menyokong Anwar adalah Ahli Parlimen Cameron, Ramli Mohd Nor.
“Saya, Ramli Mohd Nor, anggota Parlimen Cameron Highlands dari Umno, menafikan
sekeras-kerasnya bahawa saya pernah atau terlibat menyokong gerakan penubuhan
kerajaan baru yang diketuai oleh anggota Parlimen Port Dickson, seperti yang
dilaporkan oleh sebuah portal berita dalam talian. Jauh panggang dari api,”
tulisnya di Facebook.
Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid, juga
menafikan dia terbabit untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.