Sultan
Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran kepada wakil
rakyat di negeri itu bahawa baginda akan membubarkan Dewan Undangan
Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan sekiranya perebutan
kuasa berterusan.
Melalui satu catatan di Facebook, baginda bertitah bahawa dirinya tidak akan membiarkan Johor dikucar-kacirkan.
“Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta.
“Saya
akan berikan peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih wakil
mereka yang baharu, dan saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang
betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti
atau diri sendiri,” titah baginda.
Perkara 23 perlembagaan negeri Johor menyebut baginda mempunyai kuasa untuk memulakan dan menangguhkan DUN, tetapi atas nasihat.
Begitu juga dengan Perkara 23(2) yang menyebut baginda mempunyai kuasa untuk membubarkan pada peringkat pertengahan, walaupun DUN belum berakhir, tetapi juga atas nasihat dan ini tertakluk kepada Perkara 7(1).
Pada hantaran di Facebook itu, sambil menzahirkan rasa amat kecewa baginda dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri ini, titahnya, ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri.
“Dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat.
“Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.
“Saya telah bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa,” titahnya.
Pakatan
Harapan Johor mendakwa bahawa mereka mempunyai jumlah kerusi yang
mencukupi untuk merampas semula negeri itu, setelah Perikatan Nasional
mengambil alih pada bulan Februari lalu.
PN hanya mempunyai 29 kerusi DUN di Johor, berbanding 27 dari PH.
Pembelotan seorang sahaja Adun PN akan menyaksikan DUN Johor tergantung.
Melalui satu catatan di Facebook, baginda bertitah bahawa dirinya tidak akan membiarkan Johor dikucar-kacirkan.
“Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta.
Perkara 23 perlembagaan negeri Johor menyebut baginda mempunyai kuasa untuk memulakan dan menangguhkan DUN, tetapi atas nasihat.
Begitu juga dengan Perkara 23(2) yang menyebut baginda mempunyai kuasa untuk membubarkan pada peringkat pertengahan, walaupun DUN belum berakhir, tetapi juga atas nasihat dan ini tertakluk kepada Perkara 7(1).
Pada hantaran di Facebook itu, sambil menzahirkan rasa amat kecewa baginda dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri ini, titahnya, ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri.
“Dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat.
“Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan.
“Saya telah bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa,” titahnya.
PN hanya mempunyai 29 kerusi DUN di Johor, berbanding 27 dari PH.
Pembelotan seorang sahaja Adun PN akan menyaksikan DUN Johor tergantung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.