KOTA KINABALU: Ketua menteri Sabah mempunyai kuasa untuk menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) tanpa perlu menunggu Putrajaya memberi arahan kepada pihak berkuasa, kata ketua STAR Sabah, Jeffrey Kitingan.
Ahli Parlimen Keningau itu berkata Shafie Apdal yang mempengerusikan Majlis Keselamatan Negeri, mempunyai kuasa untuk mengarahkan Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara memulakan proses pengusiran.
“Saya terkejut dengan kenyataan Azis (Jamman) kerana dia adalah timbalan menteri dalam negeri sebelum ini dan partinya juga mengawal kerajaan negeri. Jadi, saya cabar Azis menggunakan kuasa negeri untuk menghantar pulang PATI,” katanya, hari ini.
Azis, yang merupakan ahli Parlimen Sepanggar dan ketua Pemuda Warisan, baru-baru ini mencabar Kitingan berpegang teguh pada kata-katanya dan menghantar pulang PATI di negeri itu, bukannya menganjurkan forum lain mengenai isu PATI.
Azis juga mencadangkan agar Kitingan, pemimpin pembangkang Sabah dan timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya, bekerjasama dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonathan Yassin untuk menyelesaikan tugasan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.