PUTRAJAYA : Penginapan sempit
dan amalan kebersihan diri yang kurang memuaskan menjadi antara punca
utama penularan kes COVID-19 dalam kalangan pekerja asing membabitkan
kluster tapak pembinaan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr.
Noor Hisham Abdullah berkata, penginapan yang sesak mengakibatkan
penghuni tidak dapat mengamalkan penjarakan sosial.
"Majikan juga harus memastikan amalan-amalan ini bukan sahaja diamalkan di tempat kerja, malah adalah penting langkah pencegahan turut diamalkan di tempat penginapan.
tempat kerja dan sebaliknya," katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.
Dr. Noor Hisham berkata, antara langkah yang perlu diambil majikan
ialah menyediakan tempat mencuci tangan atau pensanitasi tangan,
memastikan pekerja mematuhi jarak sosial selamat di ruang kerja dan
makan, elakkan berkumpul di ruang sempit dan melaksanakan proses nyah
kuman dengan kerap terutama di ruang yang sering dikongsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.