KUALA SELANGOR: Polis Selangor
tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kediaman yang
membenarkan rumah mereka dikunjungi tetamu bagi tujuan ziarah Hari Raya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan.
"Dalam operasi pemantauan kami semalam, tujuh kompaun telah dikeluarkan terhadap tuan rumah yang membenarkan rumah mereka dijadikan tempat menyambut Aidilfitri.
"Sekiranya kami mengesan kesalahan ini, tuan rumah jangan terkejut sekiranya anggota kami masuk ke rumah (pemilik) untuk beraya sekali dan tindakan kompaun akan dikenakan ke atas mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fadzil berkata polis Selangor akan terus mempergiatkan operasi pemantauan PKPB berikutan masih ramai individu berdegil dan ingkar arahan dikeluarkan pihak berkuasa.
"Antara kompaun lain ialah 59 kompaun dikeluarkan terhadap individu yang melakukan aktiviti memancing beramai-ramai di sebuah kolam pancing ikan di Hulu Selangor.
"Sebanyak 14 kompaun lagi dikeluarkan kepada pengunjung yang berkumpul di Pantai Remis, Jeram, di sini yang menjadikan keseluruhan kompaun semalam ialah 100 (kompaun)," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.