KUALA LUMPUR – Kemelut rumahtangga usahawan kosmetik, Datuk
Seri Aliff Syukri kembali menjadi spekulasi apabila surat tuntutan cerai
isterinya, Datin Seri Nur Shahida tersebar di media sosial.
Surat itu didedahkan oleh Aliff sendiri di Instagram miliknya.
Sebelum ini, Aliff sering memuat naik status kecewa dan sedih,
sekali gus menguatkan lagi dakwaan rumah tangganya kini dilanda badai.
Difahamkan, kes perbicaraan perceraian mereka bakal didengar semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Aliff juga dikatakan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan permohonan perceraian.
Dalam masa sama, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik mahkamah
gagal menemui penyelesaian dan difahamkan pasangan itu sudah tidak
tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.