Khamis, 2 April 2020

Peranan penting GLIC rangka strategi ekonomi semasa PKP

Wartawan MalaysiaGazette
91381741_2894012634010610_7009480394798006272_o
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa persidangan video bersama enam teraju utama GLIC hari ini.


KUALA LUMPUR – Peranan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) penting dalam membantu kerajaan merangka strategi ekonomi yang komprehensif semasa dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meminta GLIC dan GLC memainkan peranan yang lebih proaktif serta menjadi contoh kepada syarikat atau industri lain dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat membantu rakyat berdepan kesukaran semasa wabak Covid-19.

“Pagi ini saya mengadakan persidangan video bersama enam teraju utama GLIC bagi membincangkan hal-hal berkaitan ekonomi negara,” katanya dalam Facebooknya.

GLIC terlibat adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tunku Alizakri Raja Alias, CEO PNB, Jalil Rasheed dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Shahril Ridzuan.

Turut sama adalah CEO Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) Syed Hamadah Syed Othman, CEO Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Nik Amlizan Mohamed dan CEO Lembaga Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.