Peniaga turut sediakan perkhidmatan penghantaran dari pintu ke pintu
ALOR SETAR–
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah membuka bilik
gerakan bagi membantu membeli serta memasarkan produk petani dan nelayan
sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14
April ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan
Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri, Azman Nasrudin
berkata, sebanyak empat Pasar Tani Kekal (PTK) dibuka dan beroperasi
dari 6 pagi hingga 12.30 tengah hari iaitu PTK Guar Chempedak, PTK
Changlun, PTK Kuala Kedah dan PTK Kulim.
Barangan runcit dan segar juga disediakan
di 10 Agrobazar Rakyat (ABR) dan 27 Agrobazar Kedai Rakyat (AKR) di
seluruh negeri, katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, terdapat peniaga yang
mengambil inisiatif menjual hasil mereka secara atas talian, selain
menyediakan perkhidmatan penghantaran dari pintu ke pintu bagi
memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan bahan segar sepanjang PKP ini
dilaksanakan bagi membendung wabak COVID-19. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.