Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Islam ajar berada di rumah apabila malam, tiada lagi aktiviti maksiat
PERTAMA kali dalam sejarah, seorang Perdana Menteri berdoa, menadah tangan secara live…..
Ya Allah, panjangkanlah umur PM untuk terus memimpin Malaysia tercinta ini…
Negara sangat memerlukan pemimpin seperti
ini, yang sentiasa membawa rakyat mengingati Pencipta, bukannya seperti
ultra kiasu sebelum ini, memandu negara ke arah kemaksiatan.
Jarang saya melihat atau mungkin pertama
dalam sejarah, apabila seorang Perdana Menteri dalam ucapannya menadah
tangan berdoa secara ‘live’ memohon kepada Allah S.W.T, untuk.
memberkati negara tercinta ini daripada ancaman wabak COVID-19.
PM memohon kepada Allah supaya diberikan kesejahteraan dan keselamatan kepada rakyat Malaysia.
Selain itu, PM turut menyeru kepada
khalayak (rakyat) akan tuntutan sembahyang berjemaah di rumah, ketika
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ucapan inilah adalah saat-saat yang paling saya nanti-nantikan selama ini keluar daripada seorang bergelar Perdana Menteri.
Selama ini, saya sentiasa ternanti-nanti,
sampai bilakah negara ini akan mendapat seorang pemimpin yang berani,
yang akan menyeru rakyatnya untuk tunduk dan sujud kepada Pencipta. Dan
hari ini, saya dengar semua itu.
PM turut menyeru dan mengingatkan rakyat
akan tanggungjawabnya kepada Pencipta. Tidak kiranya sama ada Islam atau
tidak. Lebih-lebih lagi kita yang beragama Islam.
Pada saat yang begitu getir ini, kepada
siapa lagi kita mampu berharap setelah segala usaha dilakukan, melainkan
kepada Yang Maha Mencipta, iaitu Allah SWT..
Secara peribadi, saya merasa akan
bersyukur kerana Malaysia mendapat seorang PM seperti ini, yang berserah
kepada Allah, selain usaha yang tidak pernah putus.
Moga Allah panjangkan sihatkan tubuh badannya, panjangkan umurnya untuk terus memimpin Malaysia.
Janganlah hendaknya jatuh kepada tangan ultra kiasu lagi.
Bapak ultra kira dan ultra kiasu setelah
tidak ada kuasa, hanya pandai bercakap dan mengkritik. Saya tidak boleh
bayangkan jika mereka terus memerintah.
Saya juga amat bersyukur kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan.
Malam-malam begitu aman, tidak ada lagi
aktiviti maksiat, perjudian, pelacuran, kelab malam, merempit, melajak
basikal, mengedar dadah, rompak, curi dan sebagainya.
Walaupun ada yang melakukan secara
diam-diam, sekurang-kurangnya wabak (termasuk PKP) ini telah mengajar
dan memberikan pengajaran kepada kita semua. Kembalilah kepada Pencipta.
Perkara ini (PKP) perlu difikirkan untuk
masa akan datang dalam bentuk lain, selepas tidak ada lagi COVID-19,
demi untuk menyelamatkan anak bangsa.
Pergerakan bebas pada waktu malam, tanpa
ada apa-apa tujuan kerja, hanya akan merosakkan anak bangsa Melayu,
dengan aktiviti-aktiviti merosakkan.
Sebenarnya, Islam sudah lama mengajar kita. Kembalilah atau duduklah di rumah apabila malam menjelma.
Kita perlu tidur secukupnya, untuk
mencari kekuatan keesokan harinya, meneruskan kehidupan membangunkan
agama, bangsa dan negara.
Sebab itulah, buktinya, sangat jelas,
waktu senja atau maghrib, dalam Islam, juga dalam kaum Cina sekalipun,
yang berpandukan kalendar mengikut peredaran bulan (kalendar lunar),
masuknya hari baru atau berakhirnya satu hari, adalah pada waktu senja
atau maghrib.
Maghrib atau senja atau waktu kemuncak untuk kita berada semua berada di rumah, bukan berkeliaran tidak tentu pasal.
Sebab itulah, kita selalu digalakkan
berada di rumah apabila senja menjelma. Itu sahaja saat-saat kita dapat
bersama berjemaah bersama keluarga, setelah penat bekerja sepanjang
hari.
Wahai rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama memberikan sokongan padu kerajaan dalam menangani wabak ini.
Doakanlah kesejahteraan dan keselamatan
pemimpin-pemimpin negara untuk terus memacukan negara ini untuk
mendapat rahmat dan keberkatan Allah S.W.T, setelah segala usaha
dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.