Dua
penerbangan kargo membawa sumbangan kelengkapan perubatan daripada
Yayasan Jack Ma dan Yayasan Alibaba bagi membantu negara dalam memerangi
penularan Covid-19, telah tiba di Malaysia, kelmarin.
“Bekalan tersebut juga akan diedarkan kepada tiga negara Asia Tenggara lain bagi memerangi virus itu,” menurut akaun Twitter rasmi MAHB, @MY_Airports, semalam.
Sejak tercetus wabak Covid-19, MAHB berkata KLIA memainkan peranan penting dalam penyampaian dan pengedaran barang e-dagang dan bekalan perubatan kepada pelbagai negara di rantau ini.
“Pengedaran ke negara lain mempergunakan keupayaan logistik merentas sempadan dalam hab Perdagangan Dunia Elektronik (eWTP) yang pertama di dunia,” menurut pengendali KLIA itu.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.