Bank-bank
diarahkan untuk menangguhkan selama enam bulan bayaran balik hutang
peminjam untuk semua pinjaman dan bayaran kewangan, kecuali untuk baki
kad kredit, bermula 1 April.
Untuk layak menerima kemudahan ini, pemberi pinjaman tidak boleh ada bayaran tertunggak melebihi 90 hari sebelum 1 April dan pinjaman tersebut mesti dalam bentuk mata wang ringgit.
Bank telah diarahkan untuk menyediakan pemberi pinjaman dengan maklumat yang mencukupi mengenai bagaimana pembayaran balik pinjaman yang digantung akan dikendalikan semasa tempoh penangguhan dan pilihan bagi peminjam untuk meneruskan pembayaran selepas itu.
"Institusi perbankan pada umumnya dijangka akan memudahkan proses pembayaran balik dimulakan semula selepas tempoh moratorium konsisten dengan kemampuan peminjam.
"Ini termasuk menawarkan pelan bersesuaian bagi melangsaikan pembayaran balik prinsipal (bayaran pokok) dan (bunga) faedah terakru semasa tempoh moratorium, dengan mengambil kira keupayaan peminjam untuk membayar balik.
"Institusi Lembaga perbankan juga perlu memastikan individu seta perniagaan kecil dan sederhana (SME) yang tidak ingin memanfaatkan penangguhan secara automatik ini boleh meneruskan membuat pembayaran dengan sedikit kesulitan," tulis Chew.
Baki kad kredit jadi pinjaman bersyarat, kalau...
"Ini juga termasuk pertimbangan bersesuaian pembiayaan tambahan untuk menyokong aliran tunai serta penjadualan semula dan penstrukturan semula kemudahan sedia ada," tulis Chew.
Bagi
individu yang tidak dapat memenuhi pembayaran bulanan minimum untuk
baki kad kredit, Bank Negara telah mengarahkan bank untuk mengubah baki
itu menjadi pinjaman bersyarat.
Bank-bank juga digalakkan untuk mengelak daripada meningkatkan persaingan untuk deposit kerana ia akan menyebabkan pasaran dana tergendala dan pecah serta memberi kesan terhadap keadaan kredit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.